Tuesday, February 21, 2017

:: Kiri ke Kanan?

Kiri duri kanan pun berduri...arah mana ke mana???

Assalamualaikum semua...masih ada lagi kah yang membaca??

Dalam hidup kita ni seringkali kita TERPAKSA membuat pilihan. Sebenarnya semalam baru tengok Running Man (RM), yang Haha kena buat pilihan nak selamatkan siapa among the members kan... sorry if ada yang tak tengok RM but that variety show tu walaupun nampak macam tak de hala tuju..but sometimes what happened in that show berlaku sebenarnya dalam hidup kita..

Back to topic, mengambil contoh diri sendiri sahaja.. bila sesuatu decision tu kena buat kita perlu consider banyak benda dan yang paling selalu adalah apa orang sekeliling akan fikir?? If kalian tiada berfikiran macam tu..go ahead. teruskan. But me, masih ada pemikiran macam tu.

Tapi, tidak menghalang untuk saya membuat keputusan!!

Tanggapan orang yang saya sangat takut tu...saya jadikannya lebih cepat saya nak buat sesuatu keputusan. In my mind, saya tak boleh halang manusia dari memberi tanggapan dan berfikir apa saja. Yes, saya perlukan pendapat orang lain but tidak bermakna saya kena hidup mengikut tanggapan orang lain.

Jika saya kena buat pilihan.. hendak memilih manusia A atau manusia B, saya sentiasa teringat, someone yang pernah hadir sekejap dalam hidup saya pernah advise, if pilihan tu melibatkan manusia, choose wisely. Jangan ada yang terluka..dan  win-win situation. Thanks kepada sesiapa yang pernah bagi nasihat begini dekat saya!  If pilih manusia A, manusia B tak terluka or tak rugi apa-apa. Begitu lah sebaliknya.

Saya letak dalam kepala ; pilihan yang dibuat hendaklah resultnya lebih dari apa yang ada but if tidak dapat lebih, ianya tidak kurang dari apa yang ada...................

Berbalik cerita RM tadi, final game of the show, Haha kena pilih siapa yang akan naik bungee jumping either himself or team members yang kena punishment dengan dia. End up, Haha sacrificed dirinya walaupun dia memang takut tempat tinggi. But end of the story, dia x perlu terjun pun because semua tu adalah surprised party untuk dia. Walaupun dalam show tersebut, jalan ceritanya telah diaturkan, but I still related in reality life.. sometimes bila kita dikenakan membuat pilihan, pengorbanan juga perlu sebagai rencah dalam make decision. Pengorbanan yang dilakukan tak mustahil menghasilkan result yang terbaik.

Dalam membuat keputusan, korbankan pessimist minded and insyaAllah anda akan jadi optimist thinker

We choose the life we want to live


Haha korbankan perasaan takutnya kat tempat tinggi and take that punishment and team members yang lain selamat. In positive thinking, Haha berani cabar diri dia untuk halang ketakutannya di tempat tinggi.
 

Sampai jumpa nanti!