Wednesday, March 23, 2016

:: Saigon Trip

Atau, Ho Chi Minh

Trip kali ni lebih kepada..

eh, aku nak ke mana ek hujung minggu ni??
Ok, kita pergi HCM la.....

Ok, itu tipu.. Hahaha

Tapi memang plan tiba-tiba je nak pergi sini. Akak namakan trip ni.. #rombonganammaramsyarkehocimin... sebab, kali ni ahli rombongan ialah nenek yayah..misi laki bini dan anak mereka ammaramsyar..Tujuan utama ialah lebih kepada nak beli kain telekung bagai seperti yang telah tersebar di seluruh dunia yang mengatakan soping di HCM murah

Jadi, jangan haraplah ada cerita pergi sg.mekong..muzium perang dan masuk terowong bagai...x sesuai okeh.


Sebelum meneruskan cerita trip ni dengan lebih lanjutkan, akak nak bagitau, trip ni dah setahun setengah yang lepas. Tak tau la pengalaman akak ni masih valid ke x. But, maybe  can help la ye. Dan entry ni tiada gambar.



Day 1


Sampai airport sana tengahari. Dah study siap2 dah kan macam mana nak survive pergi town dari airport. Because Saigon kat banyak scam. Study siap2 pun kitaorg tetap kena gak. Ok, kalau bujangan yang berjalan, option terbaik adalah naik bas. Tapi sebab rombongan kan ada warga emas dan anak2 kecil, naik teksi la jawapannya. Ulat-ulat teksi yang menyambut memang banyak. Konon2 tepis la. Nak jugak cari tempat teksi Vinasun tu. Tapi tertewas jugak dengan ulat-ulat teksi. Ulat first Berjaya tepis. Ulat kedua tewas. Takpe, tewas2 pun nasib servis baik. Mungkin tengok kitaorang dengan stroller lagi, luggage2 besar lagi.



Kerugian dalam RM80. Memang hantar sampai pintu hotel. Sampai2 hotel terus booking teksi balik nanti. RM40. See, sekali lipat kata orang indon harganya. Stay dekat Blue Diamond Hotel. Jalan kaki pergi Pasar Ben Thanh. Setel urusan hotel, makan mandi bagai, hari pun dah malam. Ok, malam kitaorang pergi Saigon Skydeck. Konon2 nak jalan kaki. Sebab dari pasar tu x da la jauh sangat. Tapi mengenangkan bawak orang kampungkan, naik teksi vinasun tu je. ok, tambang murah je. Teksi tu pun x nak hantar mula2 sebab dekat. Dengan anak2 kecil lagi kan. Tapi last2 hantar juga.


Apa ada dekat Saigon Skydeck? Ate.. Nampak Bandar Saigon la malam2. Nampak jalan sana jammed, jalan sini jammed..


Setel dekat tower.. we all naik teksi, back to Ben Thanh market area and pegi pasar malam. Malam first dah start melabur da duit dong, beli telekung and jubah. Bukan dekat night market but kedai-kedai area that market. Alamak... lupa nama! kedai yang nama melayu tu. nama perempuan melayu. dan tokey islam.






Day 2










Kan cakap memang trip nak pegi beli kain telekung kan.. so hari kedua memang pergi pasar Ben Thanh je la. pergi pasar, balik hotel, pergi pasar balik, pergi kedai telekung semalam. balik hotel. Tahan abang jual coffee yang naik motor tu. Pergi pasar malam dan balik tidur. ok, terlupa.. malam pergi makan dekat kedai depan hotel.


Peringatan: Jangan bagi mereka pegang kasut kita, sebab nak lap kasut kita dan lepas tu caj harga RM80.. gilosss..dah macam harga kasut baru dekat sogo.

Day 3

ok...jom balik Malaysia
akak mcm x suka Saigon. lambat lagi nk dating lagi........


sampai jumpa nanti..!