Thursday, May 8, 2014

:: Hari-hari Hari Emak

Post akak kali ni adalah post paling penting dalam dunia iaitu cerita pasal emak. Emak..dulu zaman belum pakai tudung labuh ada panggil dia mumy,sekarang ni ada timbul balik keinsafan dan ketimuran, berubah jadi emak. Selama-lamanya. TAPI.. dia gembira pulak panggil nenek la ni. Ye la..orang ada cucu.

Emak suka masak. Setiap pagi mesti dia masak walaupun nasi goreng ibad je. Semua anak cucu menantu balik je dari rumah dia mesti tak tangan kosong. At least ada cekodok makan dalam kereta.

Emak suka pegi kedai. Selalu kedai runcit bawah blok rumah kitaorang.juga kalau balik rumah dia, sikit-sikit ajak pergi pekan. Dia cakap nak beli satu barang je. Bila masuk kereta mesti lebih dari satu. 2,3,4 selalu. Terutama bila pegi kedai dua ringgit.

Emak suka kucing. Dulu dia ada kucing sendiri. Siap bg nama orang Spanyol. Sekarang ni, dia bagi makan je mana-mana kucing yg lalu belakang rumah dia. Termasuk kucing muka pecah rumah.

Emak tak kedekut. Anak-anak dia dah besar pun dia masih nak belikan barang-barang keperluan contoh bakul,besen, kepala gas, tong air waktu air kena catu dan smartphone. Ciss...abang aku dapat hp,aku dapat tong air je..

Sekarang emak ada hobi baru. Main fb!! Asal ada wifi, sibuk dia nak online. Email adress guna nama cucu. Sekali hari tu dia pergi sign out..lepas tu x tau password. Sabo je! Tunggu akak gak balik keje utk selamatkan fb dia. Sekarang dia lebih berhati-hati. Takut tak boleh sign in lagi nak stalker maria bacok.

Setiap hari akan telefon emak bila emak tak de dekat umah sini. Soalan hari-hari.. masak apa?makan apa? Itu je..janji dengar dia dengar suara anak-anak.

DAH JADI PERKARA WAJIB CAKAP DENGAN EMAK HARI-HARI SEBAB HARI -HARI ADALAH HARI EMAK.

SELAMAT HARI EMAK, EMAK. LOVE YOU TILL JANNAH

eh lupa..happy mothers day juga untuk mama ibad,cikgu lebir,misi serdang dan kawan-kawan sedara mara yang dah jadi emak.

Akak? Penantian itu satu penyeksaan beb.....

posted from Bloggeroid