Saturday, April 26, 2014

:: Bangkok Trip!

Salah satu wishlist place to go untuk tahun 2013...Bangkok!  Yeay, akhirnya akak sudah sampai Bangkok..Lets check apa yang berlaku di sana...

Hari 1

Trip kali ni pergi berdua. Memang berhajat untuk bercuti dari kerja plus reward myself juga sempena birthday. Happy birthday me! Fly dengan tambang x berapa nak murah AA, so landing airport ialah Dong Muang. Jangan berharaplah Dong Muang seperti Suvharnabumi yang complete semua public transport bagai. Jadi, keluar airport Dong Muang ni, transport yang ada teksi dan bas sahaja. Jenis bas yang ada...bas loncat ke town dan bas shuttle ke Suvharnabumi. Blur sekejap.. Nak naik apa ni??? pandang kiri nampak segerombolan manusia tengah beratur..ada lah 5,6 barisan..then, nampak mat-mat saleh pun beratur...jadi, we all pun beratur sama. iya! tunggu turn untuk dapat teksi.

Jom beratur sama!


Memang lah datang sini nak pergi  town kan? So x payah nak bagi extra baht dekat pakcik teksi tu suruh hantar sampai town. Cakap siap-siap dekat kakak kat kaunter teksi waktu beratur tadi nak pergi BTS Stesyen Mo Chit. Tu pun akak dah kena bayor 150 baht. Harga tu dah termasuk servis untuk driver teksi. Nak menyembang dengan driver teksi tu memang tak dapat lah. Satu patah bahasa pun kitaorang tak paham. Jadi baik kitaorang belajar map yang ambil dekat airport tadi.

Dah sampai Mo Chit naik sahaja BTS. Tak tahu lah sebenarnya Stesyen Mo Chit ni stesyen pertama atau terakhir. Yang pasti naik-naik confirm dapat tempat duduk punya.



Ha..tu la BTS dia..Tak tau lah gambo artis mana tu. Kalau bubuh artis k-pop kenal gak lah sikit-sikit. Huhu

Perut dah lapar ni...ye la, sampai pun over the noon.Apa-apa pun pergi cari hotel. Hotel kitaorang  dah booked di Shukumvit Road, nearby BTS stesyen ialah Thong Lo. Memang cari hotel yang  dekat dengan stesyen. Tapi berpeluh gak lah ketiak nak jalan pegi hotel. Dengan bawak backpack lagi. 



After check in, then dengan menggunakan wifi percuma di bilik cari mana tempat nak makan. Dah nak petang kot. Kalau google blog-blog  orang Malaysia ni..tempat makan halal Bangkok semua hampir sama. Jadi destinasi jjcm kitaoarang pun sama macam blogger lain. Cari yang paling dekat nak pergi dengan turun di Stesyen Phrom Pong iaitu Restoran Usman. Satu stesyen sahaja dari Thong Lo. Restoran tu letaknya di Soi 22 Shukumvit. 

Dah kenyang makan, jalan balik ke BTS sambil-sambil tengok keadaan sekeliling. Orang Siam tengah balik keje. Jadi jalan sesak sana-sini




Oh, di Stesyen Phrom Pong ni ada pusat membeli belah ye. Iaitu The Emporium Shopping Complex.  Kinokuniya di KLCC kitaorang tak pergi, tapi kitaorang boleh membeli pulak di Kinokuniya di sini. Ye, persis KLCC rasanya emporium ni. Kitaorang beli goreng pisang dengan ketuk2 ubi ada kelapa di sini dan Americano..Americano. Feeling-feeling winter dekat Korea pula..Padahal suhu kat sini lagi tinggi dari Malaysia..hoho. Berjalan lebih kurang di sini dan kitaorang pun balik ke hotel. Waktu balik lagi sesak dalam BTS sebab semua orang dah balik kerja..Nasib satu stesyen sahaja..Phewww

Sampai hotel dah malam. Sampai bilik terus tak keluar dah la..zzzzz

Good night hari 1.....

Hari 2

Hari ni kitaorang hendak naik bot-bot yang ada di Bangkok ni. Rakyat Bangkok ni memang ramai sebab semua jenis transport dekat Bangkok ni penuh dengan diaorang. Semua jenis public transport penuh diaorang saja dan termasuklah bot. 

Ok, itu mukadimah pasal bot. haha

Nak naik bot kena pergi jeti. Macam mana hendak pergi jeti? Senang...naik BTS sahaja boleh sampai. Pergi ke stesyen Saphan Taksin turun tangga dan sampai lah jeti. Bot dekat jeti ni pun ada macam-macam jenis dan berbeza harga. Ada warna biru, oren, putih. Waktu pergi kitaorang naik bot warna biru. Balik naik bot warna oren. Harga bot biru mahal sikit...harga bot oren memang murah..memang murah sangat. Disebabkan murah tu la semua orang Siam naik bot kaler tu...Adeh! Ok, at least merasa naik dua-dua bot.



Ini bot biru. Ada lah merasa duduk. Bot oren? nak keluarkan kamera untuk bergambar pun tak dapat. Akak duduk bawah ketiak pak arab....hohoho

Dengan naik bot ni, kitaorang berhenti dekat Tha Chang untuk ke Grand Palace. Ha..lagi satu info, sebelum naik bot, tengok dulu pier mana nak berhenti sebab tidak semua bot berhenti dekat semua pier. 

Sambung balik cerita Grand Palace. Kalau turun Tha Chang, ikut je laluan ramai-ramai orang lalu tu...nanti nampak lah bangunan Grand Palace. Dia punya tokong. Kitaorang masuk dekat pintu luar je. Sebab nak masuk dalam kena bayar. Rasanya fee dia macam melampau, tu pasal kitaorang tak masuk. Lagi satu macam tak de kerja je bayar dan hendak tengok tok pekong dia. kan...

Dah jalan lebih kurang dekat Grand Palace, kitaorang naik tuk tuk pergi Khao San Road. Tambang tuk tuk  8 baht. Murah ke mahal ke, at least merasa naik tuk tuk sebenar di Bangkok. Khao San Road ni lagi petang ke malam lagi meriah. Kitaorang pergi tengahari. Belum ramai orang. Jalan dari hujung sini sampai hujung sana dengan tenang. Agaknya foreigner ramai yang tidur lagi. owh, kalau hendak cari hostel, hotel budget, boleh cari di sini. 


Lepas buang masa di Khao San Road, kitaorang balik ke jeti, nak balik ke stesyen Saphan Taksin. Dah la panas, perut lapar..mahu emo darab lapan lah. Kali ni JJCM kitaorang dekat MBK Centre. Siapa pergi Bangkok, tak singgah sini, kategori tak Bangkok lah korang. Dekat sini ada kedai tomyam halal yang sedap dan mahal. Cari dekat tingkat 5. Yana Restaurant. Gambar tomyam? typical blogger lah kalau asyik nak bubuh gambar makanan..hahaha

Dekat MBK Centre ni ada surau. Jangan risau. Dekat area parking tingkat atas. Siap lengkap telekung sejadah tempat wudhuk bagai. Jangan risau. Jangan tinggal solat ye! haha. Dekat sini juga kitaorang beli sutera thai. Pandai mengorat, dapat lah harga murah. Akak dapat kek lagi sebab birthday kan...haha. Lama gak kitaorang dekat MBK ni. Sampai malam. Lepas dapat hasil melontar, kitaorang balik hotel. Oh, nak ke MBK berhenti di Stesyen National Stadium eh.

Balik hotel, penat dan tidur

Selamat Malam Hari 2.

Hari 3

Sudah 3 hari kitaorang dekat Siam ni. Tak bosan. Rasa taknak balik pun ada. Haha. Hari  3 kitaorang lebih rasa hendak jalan-jalan secara santai. Floating market tak de dalam iternary akak okeh..bukan tak teringin hendak pergi tapi belum terasa hendak pergi. Lain kali lah.

Hari 3 kitaorang start hari dengan breakfast di hotel. Lepas breakfast kitaorang jalan dekat sekitar hotel. Tak de benda pun. Tengok orang Siam pergi kerja, Ada lah supermarket seberang jalan. Singgah la sekejap then beli keropok buah-buahan yang ada tanda halal. Lepas tu kitaorang balik bilik dan sambung tidur. Seronok kan? Tak de sibuk-sibuk nak penat kaki, berhimpit-himpit dalam bas pergi pasar apa bagai. hahaha. Actually, sebenarnya hari ni kitaorang decide hendak pergi Siam Paragon dan adik beradik Siam dia yang lain. 

Lepas bangun tidur, siap-siap hendak cari makan untuk lunch. Kali ni kitaorang pergi  Restoran Mak Yah. Boleh berhenti di Stesyen Ratchathewi ye kalau mahu ke sini.


Ok, sederet dengan Restoran Mak Yah ni pun ada beberapa kedai makanan halal yang lain. Jadi jangan terpedaya sangat dengan apa yang blogger-blogger lain puji makanan Mak Yah ni. Boleh cuba kedai lain juga walaupun kedai lain tak de aircond macam Mak Yah. Sorry Mak Yah, akak terpaksa bersikap terlus dalam penulisan. Bukan kedai Mak Yah ni tak sedap...boleh la kalau nak makan. Tapi mahal benor rasanya makanan Mak Yah ni. Kalau dekat MBK akak boleh terima lagi..huhu.

Dah kenyang makan dengan jayanya, kitaorang pergi balik ke stesyen and naik BTS ke Stesyen Siam. Bermulalah percutian kitaorang ala-ala orang berduit dengan jalan-jalan di Siam Paragon Shopping Centre. Berkembar dengan Siam Paragon ni juga ada Siam Center dengan Siam Discovery Center. Siapa nak pergi Madame Tussauds dekat Bangkok, boleh pergi di Siam Discovery eh. Kitaorang memang tak pergi lah tempat-tempat macam ni..Habiskan duit tengok patung. Memang bukan akak la dekk... Ok, apa kitaorang buat dekat Siam2 ni? Kitaorang duduk lepak-lepak sambil makan sandwish tuna..haha.





Dah 3 tahun akak tak potong kek birthday,,so, ini lah birthday party yang akak create sendiri di Siam Paragon. Kesian kan? haha.. tak de orang ingat birthday akak..jadi akak je lah ingat birthday sendiri :P. Silap timing waktu datang ni sebab Harrods belum bukak. Takpe, kejap lagi akak pergi Siam, akak akan jenguk ke Harrods...(wishlist again)

Dah setel habiskan masa seperti orang-orang kaya di Siams, kitaorang seberang jalan ke MBK untuk cari barang-barang untuk kali terakhir. Sebab besok nak blah dah dari Bangkok. Selesai semua kitaorang balik hotel.

Selamat malam hari 3

Hari 4

Hari ni last kitaorang dekat Bangkok. Lepas ni kitaorang ke Hat Yai. Flight ke Hat Yai lebih kurang pukul 2. So, pagi tu sempat jalan-jalan lagi. Disebabkan hari ni hari Sabtu, sebelum pergi airport kitaorang dah plan hendak singgah dulu ke Chatuchak Market. Lagi sekalim kalau pergi Bangkok then korang tak singgah pasar ni, sia-sia je la matlamat korang pergi Bangkok tu. Kenapa akak cakap macam tu?

Sebab dekat pasar ni lah korang boleh beli segala macam mak nenek barang-barang mampu milik untuk bawak balik. aka shopping. Selipar, baju, kasut, topi, beg, jersey segala bagai lah boleh jumpa kat sini. Besar woo pasar dia. 

Sambung cerita balik

Kitaorang keluar hotel awal then tak sempat breakfast pun sebab nak singgah Chatuchak. Ala, nak pergi airport pun kitaorang akan ke Chatuchak juga sebab pasar ni betul-betul di Stesyen BTS Mo Chit. Kitaorang nak naik teksi ke airport pun dari sini juga. Jadi decide perut yang kebulur ini akan diisi di pasar. Seperti biasa, kalau check kedai makan halal di pasar ni dekat blog-blog yang ada, diaorang akan sebut satu kedai tu..lupa dah akak namanya apa. Mula-mula kitaorang decide nak pegi makan dekat situ gak la.

Tapi, tengah jalan tu, kitaorang jumpa satu kedai tu jual nasi ayam sahaja. Nampak macam menarik..jadi akhirnya brunch kitaorang di kedai itu.


Nasi ayam sedap. Dan murah.Dan tak menyesal makan dekat sini walaupun incidently jumpa. Senang je nak jumpa kedai ni. Turun BTS, jalan ikut flow nak chatuchak, dah masuk kawasan pasar...kedai ni adalah kawasan kedai makan mula-mula akan jumpa. Sebelah kiri ye. (direction tak berapa nak membantu sebenarnya ni..haha). Dah kenyang, kitaorang jalan-jalan dalam pasar ni..baru terjumpa kedai makan yang banyak blog-blog lain sebut tu. Ye, seperti di Malaysia sahaja kedai tu sebab meja penuh dengan orang Malaysia. Next time la akak try makan kat situ.

Dah setel dekat pasar ni, kitaorang naik teksi ke Dong Muan airport. Check in pukul 12..hendak ke Hat Yai pula.


Sementara tunggu gate buka.....

Cerita di Hat Yai? eh..dah cerita awal-awal dah.. so boleh baca di sini

Ok, sila tunggu cerita akak dekat tempat lain pula.. Sampai jumpa nanti!













  

No comments:

Post a Comment