Saturday, March 29, 2014

:: Pemanggang Ajaib

Akak sibuk dengan kerja-kerja sampingan akak dekat ofis tu sampai akak tak sempat nak jalankan kerja-kerja hakiki akak untuk update blog. Sorry.

Walaupun akak sibuk, hobi akak iaitu membaca resepi tetap tidak lupakan. Pergi kedai buku tetap akak luangkan untuk intai-intai buku resepi terkini yang ada di pasaran. Semalam akak pergi Main Place Subang Jaya yang baru bukak depan opis. Masuk kedai buku.

Seperti biasa, mesti lah ada hasilkan. Akak beli buku resepi baru..101 resepi pemanggang ajaib. Tertipu akak sebab ahli biasanya ada 10% diskaun. Tapi tak de pulak untuk buku tu. Tag kuning kak. Fix price. Kata budak cashier. Ok, takpe la. Hobi kan.. baca resepi. Bayar je la.

Sampai opis, tak sabar-sabar akak nak baca resepi yang ada. Uishh..senang-senang ni. Boleh buat nanti. Sosej lada hitam,murtabak makaroni, nasi nenas ..semua ada. Semua pakai pemanggang ajaib. Uishh..senang lah. Simple je resepi. Bahan-bahan basic. Dah rasa tak sia-sia la akak beli buku resepi tak de diskaun ni. Balik ni nak try satu resepi yang ada. Azam akak.

Balik rumah...

1.Dapur gas tak da kepala gas
2. Pemanggang ajaib? Baru order dengan mama ibad. Bulan 5 baru dapat.

Start kereta, akak balik rumah nenek yayah dengan harapan resepi pemanggang ajaib ni menjadi kenyataan dengan pemanggang ajaib beliau.

Ok. Habis

posted from Bloggeroid