Wednesday, February 12, 2014

:: CCM

Sapa-sapa tak tahu apa tu CCM..pergi cari sendiri. Akak tak de hati nak terangkan..

Keje jadi kuli macam akak ni, CCM termasuk salah satu kerja kena buat. Paling malas bila time akak kena attend CCM yang bukan projek akak. Lepas tu waktu tengah feeling-feeling summer ni. Lagi la buat akak menyumpah dalam hati. Tapi nak buat macam mana.. kuli..tak buat nanti kena maki. Ye dak?

Ok, hari ni akak kena ganti pergi CCM projek orang lain. Tak pe, hari ni ikhlas. Akak pun keluar ofis awal sikit sebab tempat-tempat akak tak biasa ni memang akak akan berdrama la nak cari parking. Baik keluar awal kan. Pusing-pusing, wrong way, kena hon berlaku dekat akak tadi sewaktu nak cari parking untuk JLP.tapi dengan rintangan yang akak hadapi tadi, JLP selamat di parking.Ikhlas kan nak pergi CCM...mesti senang punya lah.

Awal lagi ni, dengan berjalan gaya perempuan akak sampai ke tempat yang dituju. Jumpa receptionist rambut merah cukur kening,tanya dekat mana bilik meeting. Dia pun cek komputer, telepon siapa ntah..akhirnya jumpa. Akak salah level ok!

Hoi! Email kau tulis Level 3 tapi meeting kau level 2.4. Level apa tu?

Kan akak cakap hari ni akak ikhlas, jadi nak pergi bilik meeting tu ada orang bawakkan. Tu pun sebab dia pun nak join CCM. Masuk bilik meeting, akak cari port baik. Tak jauh dari pintu. Senang nak blah awal, tak jadi tumpuan utama..berbangga akak dengan port yang akak dapat ni.

Sorang-sorang datang. Makin lama makin ramai. Alamak! Kiri kanan akak pun dah ada orang duduk. CCM pun start....biasa la, part akak depan- depan kan so dah setel la.Makin la masuk part orang lain, makin agresif CCM ni..akak buat tak tau je. Jadi akak pun update la blog. Macam sekarang akak tengah buat ni....

Waktu sama, arkitek,engineer mulakan pendapat masing- masing.Makin lama makin agresif masing-masing... Akhirnya..keikhlasan akak semakin meluntur sambil dalam hati penuh cacian dan makian...

"Korang jangan nak memekak tepi telinga aku boleh tak?"

Port paling akak bangga tadi menjadi paling puaka akak rasa...sebab akak duduk di antara orang penting CCM..

Cis..

Ws

posted from Bloggeroid