Monday, January 27, 2014

:: Sushi

Balik HK, akak terasa macam nak try buat sushi. Entah mana datang cahaya. Mungkin sebab tengok kegigihan kawan akak buat sushi sendiri dan bawa bekal sampai ke Macau...sushi serunding pulak tu dekk....tak kan jumpa la kat Macau.

Dengan semangat yang membara-bara, petang tu akak habis meeting awal lak. Dalam pukul 5 akak dah masuk Puchong. Jadi, singgah IOI la..nak cari perkakas dan bahan buat sushi.

Tengah berkobar-kobar ni! Tak da siapa pun boleh halang dari pergi IOI..

Elok pula waktu tu hp mahal akak plus ada data habis bateri. Ilmu di dada untuk buat sushi memang tak da. Yang tau, kena cari buluh nak gulung sushi.

Buluh gulung sushi - setel ( ada dekat daiso, tu pun pergi tanya budak daiso. Konon-konon tak jumpa. Padahal akak tak tau rupa sebenar benda tu)

Next, pergi cari bahan dekat Aeon. Tapi sebelum tu singgah Popular cari buku resepi. Ok, setel resepi. Buku tu siap bagi gambar real lagi bahan-bahan utama makanan Jepun. Lagi bersemangat akak nak makan sushi buatan sendiri malam nanti. Dah berangan gak, nanti weekend nak buat untuk Nenek Yayah. Nak buat sushi sambal ikan bilis. Perghhhh..

Dengan berpandukan buku resepi baru beli, akak cari bahan. Mula-mula cari seaweed. Ok,jumpa.setel. Lepas cari cuka jepun.

Cari yang macam dalam gambar. Tak jumpa. Ok, tak pe. Akak belek setiap botol. Ada tulisan jepun je. Disebabkan akak bukan tadika dekat jepun, jadi satu benda pun tak paham. Ok, tak pe. Tengok botol sebelah. Memang kalau kita ikhlas dalam sesuatu, mesti Allah permudahkan jalan kan....akhirnya, ada juga botol tu tulis huruf rumi dan yang paling tepat 'vinegar for sushi'

Harapan nak guna buluh gulung sushi baru beli semakin bersinar...

Capai botol tu, akak baca bahan-bahan. Nasib baik waktu sekolah dulu akak belajar kimia. Jadi ingat la sikit-sikit nama bahan dalam bahasa sains. Ok, semua bahan-bahan melepasi undang-undang Islam. Setel.

Dah baca satu-satu bahan..dah pengakhiran tu ada perkataan duduk dalam kurungan...

(This contain include alcohol)


Akak tak paham bahasa inggeris jadi akak terus keluar aeon dan terus ke sushi king....

Ws
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. HAHAHA..ape ni akak! ish ish ish.. :D

    ReplyDelete
  2. hahhaa...apalah kakak nie...meh makcikanak3 yang ajar kan... http://suemarni80.blogspot.com/2013/10/homemade-shushi.html cek kat sini

    ReplyDelete