Tuesday, January 14, 2014

:: Lone Survivor via Nuffnang


Lets watch the trailer first..if you like war film...now the show time!!! Sila tengok okeh!

First thanks DN gave me these couple pass. Then, thanks Nuffnang gave DN that pass. Haha. Rezeki akak ye dek..dapat tengok filem free lagi..

Orait, filem ini based on true story ye. War between United States Navy SEALS and Taliban di Afghanistan dan kegagalan Operasi Sayap Merah tahun 2005. Serba ringkas sinopsis filem ni seperi di bawah ini ye..



Empat orang US Navy Seal iaitu Marcus Luttrell, Micheal P.Murphy, Danny Dietz dan Matthew Axelson telah diarahkan ke pergunungan sempadan Afghanistan-Pakistan untuk sesi tinjauan bagi Operasi Sayap Merah iaitu menangkap pemimpin al-Qaeda. Walau bagaimanapun, sesi tinjauan ini tidak berjaya dan keempat-empat tentera ini telah diserang oleh tentera Taliban bertubi-tubi dan sehingga akhirnya, bertepatan dengan tajuk filem iaitu Lone Survivor, hanya seorang sahaja yang hidup iaitu ketua operasi Marcus Luttrell yang dilakonkan oleh Mark Wahlberg.

Sila pergi tengok filem ini untuk mengetahui lebih lanjut perkara-perkara berikut:-


  1. Punca yang menyebabkan misi tinjauan ini gagal sedangkan keempat-empat tentera tersebut tiba di setiap checkpoint dengan selamat
  2. Tanggungjawab sebagai ketua operasi dalam membuat keputusan 
  3. Melihat  semangat setiakawan di dalam peperangan dan memberi semangat antara satu sama lain walaupun peluang untuk terus hidup tipis.
  4. Tentera yang selamat perlu teruskan hidup untuk meneruskan perjuangan kawan-kawannya yang telah mati

Komen saya untuk filem ini :-

Sebuah filem perang yang mana at the end, feel a bit touching. Serius! Perjuangan seorang tentera yang mana berjuang hingga mati dalam peperangan demi negara. Berfikiran optimis dan semangat tidak putus asa oleh tentera-tentera ini perlu dicontohi.


Ye, selepas tengok filem ini, saya teringat abah saya yang mana dia juga seorang tentera. Saya bagi 4/5 bintang untuk filem ini.

Thanks DN, thanks Nuffnang. 

Sampai jumpa nanti!


No comments:

Post a Comment