Monday, January 27, 2014

:: Sushi

Balik HK, akak terasa macam nak try buat sushi. Entah mana datang cahaya. Mungkin sebab tengok kegigihan kawan akak buat sushi sendiri dan bawa bekal sampai ke Macau...sushi serunding pulak tu dekk....tak kan jumpa la kat Macau.

Dengan semangat yang membara-bara, petang tu akak habis meeting awal lak. Dalam pukul 5 akak dah masuk Puchong. Jadi, singgah IOI la..nak cari perkakas dan bahan buat sushi.

Tengah berkobar-kobar ni! Tak da siapa pun boleh halang dari pergi IOI..

Elok pula waktu tu hp mahal akak plus ada data habis bateri. Ilmu di dada untuk buat sushi memang tak da. Yang tau, kena cari buluh nak gulung sushi.

Buluh gulung sushi - setel ( ada dekat daiso, tu pun pergi tanya budak daiso. Konon-konon tak jumpa. Padahal akak tak tau rupa sebenar benda tu)

Next, pergi cari bahan dekat Aeon. Tapi sebelum tu singgah Popular cari buku resepi. Ok, setel resepi. Buku tu siap bagi gambar real lagi bahan-bahan utama makanan Jepun. Lagi bersemangat akak nak makan sushi buatan sendiri malam nanti. Dah berangan gak, nanti weekend nak buat untuk Nenek Yayah. Nak buat sushi sambal ikan bilis. Perghhhh..

Dengan berpandukan buku resepi baru beli, akak cari bahan. Mula-mula cari seaweed. Ok,jumpa.setel. Lepas cari cuka jepun.

Cari yang macam dalam gambar. Tak jumpa. Ok, tak pe. Akak belek setiap botol. Ada tulisan jepun je. Disebabkan akak bukan tadika dekat jepun, jadi satu benda pun tak paham. Ok, tak pe. Tengok botol sebelah. Memang kalau kita ikhlas dalam sesuatu, mesti Allah permudahkan jalan kan....akhirnya, ada juga botol tu tulis huruf rumi dan yang paling tepat 'vinegar for sushi'

Harapan nak guna buluh gulung sushi baru beli semakin bersinar...

Capai botol tu, akak baca bahan-bahan. Nasib baik waktu sekolah dulu akak belajar kimia. Jadi ingat la sikit-sikit nama bahan dalam bahasa sains. Ok, semua bahan-bahan melepasi undang-undang Islam. Setel.

Dah baca satu-satu bahan..dah pengakhiran tu ada perkataan duduk dalam kurungan...

(This contain include alcohol)


Akak tak paham bahasa inggeris jadi akak terus keluar aeon dan terus ke sushi king....

Ws
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 21, 2014

:: Disclaimer....eh Ralat

Selamat tahun 2014. Dah nak habis Januari baru nak ucap. Tu pun ni bukan entry pertama 2014..

Okeh, sempena tahun 2014 ni, akak nak buat pengakuan dek...entry akak yang sebelum sebelum ni adalah fake semata-mata. Keh..keh..

Akak berpura-pura menulis secara teratur dan bersopan sebab nak matchingkan gaya penulisan dengan tajuk blog. Nak nampak ala-ala lady kan.Jadi itu semua lakonan dalam karangan!

Jadi, akak berazam untuk 2014 onwards (selagi belum dapat cahaya-cahaya lain) ini, akak akan menulis secara terlus, dengan gaya tersendiri tanpa terikat dengan mana-mana kamus dan dengan IKHLAS dan belasah je apa yang terlintas.

Korang tak nak baca sudah! Tapi akak akan terus berblog sehingga blog akak ini mencapai tahap universal. Kalau boleh sampai tahap robot-robot dekat cybertron tu baca. Biar diaorang tau..entah apa ntah fungsi sebenarnya si optimus dengan megatron tu sibuk bergaduh dekat atas bumi ni.

Sekian. Azam dan harapan masa depan akak dengan menjadi blogger.

Ws




posted from Bloggeroid

Tuesday, January 14, 2014

:: Lone Survivor via Nuffnang


Lets watch the trailer first..if you like war film...now the show time!!! Sila tengok okeh!

First thanks DN gave me these couple pass. Then, thanks Nuffnang gave DN that pass. Haha. Rezeki akak ye dek..dapat tengok filem free lagi..

Orait, filem ini based on true story ye. War between United States Navy SEALS and Taliban di Afghanistan dan kegagalan Operasi Sayap Merah tahun 2005. Serba ringkas sinopsis filem ni seperi di bawah ini ye..



Empat orang US Navy Seal iaitu Marcus Luttrell, Micheal P.Murphy, Danny Dietz dan Matthew Axelson telah diarahkan ke pergunungan sempadan Afghanistan-Pakistan untuk sesi tinjauan bagi Operasi Sayap Merah iaitu menangkap pemimpin al-Qaeda. Walau bagaimanapun, sesi tinjauan ini tidak berjaya dan keempat-empat tentera ini telah diserang oleh tentera Taliban bertubi-tubi dan sehingga akhirnya, bertepatan dengan tajuk filem iaitu Lone Survivor, hanya seorang sahaja yang hidup iaitu ketua operasi Marcus Luttrell yang dilakonkan oleh Mark Wahlberg.

Sila pergi tengok filem ini untuk mengetahui lebih lanjut perkara-perkara berikut:-


  1. Punca yang menyebabkan misi tinjauan ini gagal sedangkan keempat-empat tentera tersebut tiba di setiap checkpoint dengan selamat
  2. Tanggungjawab sebagai ketua operasi dalam membuat keputusan 
  3. Melihat  semangat setiakawan di dalam peperangan dan memberi semangat antara satu sama lain walaupun peluang untuk terus hidup tipis.
  4. Tentera yang selamat perlu teruskan hidup untuk meneruskan perjuangan kawan-kawannya yang telah mati

Komen saya untuk filem ini :-

Sebuah filem perang yang mana at the end, feel a bit touching. Serius! Perjuangan seorang tentera yang mana berjuang hingga mati dalam peperangan demi negara. Berfikiran optimis dan semangat tidak putus asa oleh tentera-tentera ini perlu dicontohi.


Ye, selepas tengok filem ini, saya teringat abah saya yang mana dia juga seorang tentera. Saya bagi 4/5 bintang untuk filem ini.

Thanks DN, thanks Nuffnang. 

Sampai jumpa nanti!


Sunday, January 5, 2014

:: Ammar

My nephew, Ammar...kena bengkak-bengkak dan merah-merah. Tak tahu lah apa yang menyerang. Dah few weeks. Baru lepas sapu calamine then baru bolej tidur dengan aman. X mahu tidur dengan nenek dan mama...now sleeping beside me... good night sayang...cepat sembuh ye! See later!