Wednesday, December 31, 2014

:: Party Time!

Ada kawan kata,
kawin awal ibarat pergi party balik pukul 9

Jadi aku?? Tak reti-reti balik dari party ke???

Goodbye 2014,
Bring together all the happiness
and left all the sadness!

Welcome 2015

11.59 pm
31/12/2014
DM

Tuesday, December 30, 2014

:: Dongak Langit

Dia tegur aku, katanya aku jalan mendongak langit..

Aku pandang dia..

Sebabnya, dia kenal aku tapi aku tak kenal dia..

Lain fakulti di universiti

#tepukdahi

Dalam surau WM

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 19, 2014

:: Macau Hong Kong Macau Trip!

Projek menghabiskan duit kali ni ke tempat judi dengan tempat soping...rasa-rasa kau habis x duit???

Projek ni dah berkurun jugak la. Alasan x share dekat blog ialah  malas! Bukan sebab sibuk ye, x sempat la, banyak kerja la...bla...bla..bla... bosan hakakk baca blog-blog yang ada tulis gitu! Ayat klise...

Lupa dah...kot mana nak start cerita ni......

Hari 1
 
Pergi berdua, flight AA petang..Kolumpo ke Macau. Sampai Macau malam dah... blurr.. bukan sekejap tapi lama! Selalu orang pergi HK singgah Macau. Tapi kitaorang pergi Macau singgah HK.


Ini adalah gambar blur yang dicaptured dari atas flight apabila touchdown. Macau tempat landing dia atas laut k! Yang lampu-lampu meriah jauh di sana tu adalah tempat-tempat judi...
Ceritanya bermula begini.. sampai Macau dah malam. Lepas keluar toilet, amek luggage, pergi tourist centre yang bukak lagi, terus blur. Simple je, dekat Macau ni, dari airport ke, ferry terminal ke, bus terminal ke, ada je perkhidmatan bas-bas free yang tempat-tempat judi sediakan. Naik je bas-bas tu. Tapi make sure tau la nak pergi mana sebab bas-bas tu memang berhenti dekat hotel-hotel diaorang sahaja.
Macau ni ada dua tempat ye, satu dekat Macau satu lagi dekat Taipa. Jadi, jangan seronok-seronok je nak naik bas-bas judi tu sesuka hati. Kang salah tempat kang, ko reti nak cakap cina? lagi satu, jangan haraplah ko dapat bermanja-manja dengan pakcik bas, pakcik teksi mahupun budak receptionsit hotel. 
Malam sampai tu, kitaorang terusla nak pergi ke hotel. Hotel dekat tanah Macau. Nak naik teksi? Bukan percutian orang-orang kaya kan.Berhasrat nak naik bas-bas judi ni. Diingatkan lagi sekali, kena tau lokasi nak pergi dan nama hotel judi. Pendekkan cerita, kitaorang naik shuttle bas Wynn Macau sebab kitaorang nak pegi Grand Lisboa. Tapi Lisboa punya bas takde. Turun Wynn seberang ke Lisboa. Hotel kitaorang?? mestilah yang kena jalan dekat 1km dari Grand Lisboa ni...Tapi x jauh dari Senado Square.





Belum turun bas lagi hakakk dah jakun tengok lampu-lampu neon mewah kaya raya sepanjang jalan. Turun bas apatah lagi! Hilang berat bagpack yang akak sandang. Lupa sekejap yang hotel ntah kat mana duduknya. Tangkap gambar lampu-lampu casino dulu. Memang untung berjuta-juta ye bukak casino ni. Disebabkan iman akak kuat dan tidak dikaburi tipu daya syaitan, kalau tak memang cita-cita nak bukak casino! kah..kah..kah.. Dekat Macau ni, tak payah ada lampu jalan pun takpe agaknya, sebab dah meriah malam-malam. Tapi disebabkan kerajaan diaorang ni pikir panjang, diaorang bubuh jugak lampu jalan. 

Dari Lisboa nak p hotel, lalu Senado Square. Malam-malam pun ramai orang gak. Sebab?? Serbanika kedai ada dekat sini, bangunan-bangunan sejak zaman Portugis ada dekat sini, kedai servinior ada dekat sini dan Watson 3 ke 4 tingkat pun ada dekat sini. Tapi, waktu kitaorang sampai sini, kedai banyak yang dah nak tutup. Kecuali watson. Meriah watson sini. Depa pakat shopping dekat watson ni..




Ini serba sedikit gambaran Senado Square pada waktu malam. Dah nak CNY kan, mesti lah ikut tema..cuba datang waktu bulan Ramadhan, mesti ada ketupat gantung-gantung!

Malam tu tido hotel mana? ha.. kelass hotel akak malam ni tido. Apa kes datang Macau duduk guesthouse ke hostel. huhu. Nak hotel kan? Nah gambar kipas akak bagi..





Kitaorang tido di San Va Hotel. Dekat mana tu? Boleh tengok la map di bawah ni...


Tak jauh pun dari Senado Square. Harga? Boleh cek website. Tapi.. jangan terkejut la harga tak sama dengan keadaan bilik. Ok lah, sebenarnya dekat Macau ni, harga-harga hotel dia memang mahal. Ye la kan, orang berjudi kan banyak duit. Apa kisah dengan harga bilik. Jadi, hotel yang kitaorang duduk ni kategori paling murah walaupun RM200 lebih semalam. Tapi, standard dia x macam hotel. Lebih kepada hostel. Dinding papan yang mana boleh dengar bilik sebelah berdengkur. Takde aircond, ada kipas je. Itu takpe la sebab tengah winter kan. Bilik air kongsi. Pun takpe la..tapi jangan tulis hotel la... tulis la hostel.... ok, itu je rasa tak puas hatinya. Hahaha. Harga mahal. Murah lagi harga hotel 4 bintang dekat Taipa. 





Ok, ini malam


Ini siang.. gambar dari dalam bilik. Bilik ada balkoni tu... huahua
Nah, hadiah dari hotel!


Hari 2

Iternary hari ni adalah pergi Hong Kong. Tengok, kan cakap tadi, pergi Macau tapi singgah ke Hong Kong. Tapi sejujurnya kitaorang ni pergi Hong Kong tapi ikut jalan Macau. Sebab? Tiket pegi Macau lagi murah dari pergi Hong Kong. Ntah ape2 kan AA.. padahal sebelah-sebelah je kan.

Macam mana nak pergi Hong Kong dari Macau? Rilek2..akak akan ceritakan satu -satu. Jangan risau, entry trip kali ni adalah entry paling panjang sekali dalam blog ahkak!

Dari hotel, selepas berbalas bahasa isyarat dengan receptionist, hasilnya kitaorang seberang jalan untuk tunggu bas yang nak pergi ke ferry terminal. Bas no berapa dari Macau ke ferry terminal, akak x ingat dekk.. korang tanya je la orang sana nanti kalau pergi. Blogger-blogger macam akak ni bukan boleh percaya sangat. Hahaha.

Naik bas tu, tukar duit kecik siap2. Jangan harap ada baki. Pakai duit HK je. Tak payah tukar Pataca. Dekat bus stand pun ada dah tulis harga tiket. Jadi kalau x bagitau driver ko nak pergi mana, dengan letak duit tu dia tau dah nak pergi mana. Tapi dasar pelancong kan, mesti lah banyak bertanya x sesat jalan.. cakap dengan driver nak gi ferry terminal. Sebenarnya station terkahir adalah ferry terminal lah. Ciss...

Nah belanja sikit muka akak berhimpit2 dalam bas...



Seperti dibincangkan mula-mula tadi, Macau kan terbahagi kepada dua iaitu Macau dan Taipa, jadi..ferry terminal yang kitaorang pergi ni ialah ferry terminal Macau (Macau Outer Harbour). Sampai ferry terminal ramai benor orang nak naik feri. Ramai benor nak gi HK gamaknya. Papan tanda tulis arah ticket counter tapi bila ikut sign, x jumpa pun counter. Ceh! Dalam kalut-kalut tu jumpa terus beli... bila dah beli, baru perasan pergi ke Hong Kong. Kitaorang sebenarnya nak pergi ke Kowloon. Mula macam mengelabah sekejap, tapi bila pikir-pikir balik, kita kan memang nak pergi HK! Dah sampai sana nanti pandai-pandai lah nak pergi Kowloon macam mana...betul x?





Ok, ini bukan jerebu. Tapi ini ialah winter di Macau


Dalam 45 minit naik feri, sampai dah HK. Sebenarnya, dekat HK ni, semua public transport dia integrated each other. Jadi, kalau korang sesat dekat HK ni, maknanya korang x reti tengok map public transport dia. Haha. Dah sampai HK Macau Ferry Terminal ni, lepas tu naik lah MTR plak ke Kowloon. Terminal feri ni MTR station dia Sheung Wan. Nah, akak tempek map MTR, Tram HK kat sini.. curi dari mana ntah ni.. kredit to owner la ye!





Pendekkan cerita, dekat HK ni kitaorang stay dekat guesthouse. Seriously not bad! Wifi laju. haha. Kitaorang stay dekat Galaxy Guest House. Dekat Nathan Road, MTR station Jordan. Dari station ke guesthouse jarak dia jarak sakit kaki jalan. Masa plak mula2 cari 10 minit, bila dah terror jadi 5 minit la. Satu rumah banyak bilik. bilik air x share. share pantry dengan pintu masuk rumah je.

Gambar bilik ? Page akak ni bukan website hotel ke hostel ke.. jadi akak x berapa ada masa nak tangkap gambar bilik, bilik air bagai dan segala accommodation. Yang penting selesa walaupun solat atas katil.haha 

Dah setel tempat tido, kitaorang keluar cari makan. Datang HK memang nak cari dimsum kan. Jadi, rasanya yang muslim nak makan dimsum dekat HK ni mesti pegi dekat Islamic Centre Canteen. Masjid Ammar.


Macam mana nak pergi ye?? search la, taip kat google. Ramai yang share cara nak pergi sini. Cara akak pergi sini, payah sikit nak cerita. Hahaha. Kitaorang naik MTR lepas tu naik tram. Tapi ada orang-orang lain turun MTR jalan kaki je nak ke sini. Lepas makan kitaorang pergi pasar..Bowrington Road Market. Pergi cari nasi itik halal. Dekat je dengan Masjid Ammar ni.. kalau x sesat la. Kena lalu celah-celah bangunan sebetulnya baru sampai cepat. Ikut laluan kereta jadi bermeter-meter la. Dalam market ni, pergi food court dia dekat atas, kena lalu dulu kedai-kedai makan jual pig pink.. belakang tu baru ada kedai halal. Dia jual nasi itik sahaja. Itik masak kari kot.





Jalan-jalan ke bawah pasar.. kitaorang beli buah. Murah! dan manis. Anggur dan oren kecik2. Siap bagi extra lagi sebab akak cakap dia lengloi! Rezeki memang rezeki tapi memberatkan beg plastic je. Akak ni pelancong moi.. bukan jalan-jalan pegi pasar beli sayur. Banyak lagi tempat-tempat pelancongan yang akak kena pergi dengan bawak buah oren ni. Huhuhu....

Petang ni kitaorang decide nak pergi naik Victoria Peak Hong Kong. Tempat-tempat RM pergi, kitaorang kena pergi la jugak. Pergi naik tram berhenti dekat stesyen no 66W. Turun tram tu belum sampai lagi ye. Kena naik bukit pulak pergi Lower Station the Peak. Jangan risau, ikut je sign anak panah. Sakit kaki gak la berjalan nak ke lower station. Nasib akak x da istilah OOTD. Kalau bukan winter, akak pakai selipar je kot.



Sampai lower station yakni tempat beli tiket tram nak naik atas, mak aihh... ramainya orang. Siap dia letak sign  waiting 3 hour.. Kitaorang tetap gak beratur... tapi xda la sampai sejam. Barisan still bergerak, bergerak dan bergerak..



Kitaorang amek tiket return peak tram je. Kitaorang sesi melancong orang-orang miskin. Memang x teringin nak masuk Madame Tussauds. Kalau teringin, kat Bangkok lagi kitaorang dah masuk. Oh, siapa pengumpul HRC punya baju..boleh dapatkan dekat sini ye. Kena naik tram dulu baru dapat beli k! Ok, nah belanja gambar.....








Dah sejuk beku dekat atas, beratur balik nak naik tram turun. Pun beratur panjang gak. Bertabah la duhai hati! Dah sampai stesyen bawah, x kan menapak lagi nak pegi stesyen tram kan.. huhu.. jadi hasil dari bacaan akan yang bijak sikit ni, balik kitaorang naik bas. Kan cakap ada octopus card tadi, so touch je la untuk bayar tambang....

Naik bas no 15c. Bas tu akan bawa ke Central Pier. Dari situ dah boleh naik MTR untuk ke mana-mana jua..


Sape peminat apple, boleh singgah sini k! untuk beli buah apple



Ishh.. tak habis lagi jalan untuk hari ni.. kitaorang tak penat lagi ni. Naik MTR kitaorang sambung ke Ladies Market pulak. Berhenti dekat Mong Kok station. Exit berapa? tak payah kalut-kalut study awal dekat Malaysia. Dekat station tu nanti, dia tunjuk la korang exit mana yang korang kena keluar untuk pergi tempat-tempat mana nak pergi. Korang tengok je map dekat station tu nanti!

Setel dekat market ni, beli lah apa yang patut beli, baru kitaorang balik bilik. Rasa macam jauh je perjalanan hari ni tapi... belum pukul 10 dah sampai bilik kot! Sambil-sambil layan Harry Potter dekat tv subtitle cina. Nasib diaorang tak alih bahasa kan. HK maju, rakyat pandai baca kot. haha.

Hari 3

Hari ni hari Ahad. HK dah berubah wajah jadi Manila. Hahaha. Sebab? hari ni maid-maid yang datangnya dari Philipina ni, hari ni diaorang cuti satu hari. So, diaorang adakan perjumpaan dan party reunion satu Negara diaorang. Jadi, kalau naik tram, diaorang sahaja yang penuh k. Yang kaya sikit naik MTR. Kalau korang tak caya, pergilah HK hari Ahad.

Ok, habis mukadimah hari 3. Hari ni kitaorang lebih kepada menziarahi tempar RM pergi iaiatu pergi escalator terpanjang di dunia ke asia ke.. ntah la. katanya. Pun pergi naik tram. Kalau korang nak naik tram, korang tengok map tram tu. Tram ada beberapa warna line ye. So folo je. Tambang pun murah! Nah, akak tempek Tram punya map kat sini..


Nampak tak gambar mid level escalator tu? ha, berhenti je la mana station tram yang terdekat. Turun tu ada la signboard nanti. Jangan mengelabah la plak tengok ada eastbound dengan westbound. Tu maknanya tram tu menghala ke timur ke barat ke..dan tengok warna line tu ye. Warna line tu sama dengan warna depan kepala tram. Dan tengok setiap kaler tu sampai ke mana dia pergi. Senang je.. kalo sesat, diingatkan sekali lagi, korang x reti baca map!


ok, ini tram.. line oren.nmpk x kaler oren tu..

ok, nah belanja gambar lagi..













Ok, dekat mid level escalator ni takde benda yang interesting pun cuma dia bina escalator yang panjang sebab dapat menghubungkan jalan besar dengan bangunan-bangunan SOHO, office dan apartment yang ada di kawasan ni yang mana kawasan yang mempunyai aras topografi yang berbeza..maksudnya kawasan tinggi sedikit la kat sini. Escalator ni xda la terus panjang sampai atas. Still ada pit stop nya. Oh, sepanjang perjalanan dari bawah ke atas ni, ada masjid ye dekat sini. Jenuh jugak kitaorang cari masjid ni sebab kitaorang dengar bunyi orang mengaji, sigboard masjid ada, masjidnya x jumpa... sebenarnya kitaorang x perasan pun masjid tu. kalo naik escalator ni, menuju ke atas, masjid tu jadi belah kiri ye. pintu pagar kecik je....

Dah mendaki separuh lebih escalator, kitaorang penat dah. Sebab, waktu kitaorang naik  escalator ni menurun...jadi kitaorang naik tangga. Tapi bila kitaorang turun, escalator ni jadi menaik pulak. Eh, geram plak..Escalator ni otomatik..kalo satu turun, semua jadi turun. Jadi, kalo rasa nak naikkan dia, korang tahanla escalator ni dekat sensor dia bagi dia tukar arah jadi naik. ha, macam tu la lebih kurang. Sebab, kitaorang sampai sini pagi, jadi, semua orang keluar dari rumah dan menuju ke jalan besar..tu yg jadi semuanya menurun.
 
Dah berpeluh-peluh, kitaorang turun dan pergi stesyen tram. Tapi bukan stesyen yang turun tadi, stesyen lain plak.. tapi nak pergi stesyen tu, kitaorang lalu satu bangunan shopping mall macam Summit USJ pun ye, macam skudai prade pun ye.. ha, bangunan tutup hari ahad kan...tapi, dekat bangunan ni la berubah dari HK ke Manila..



Diaorang bentang tikar, kotak dekat korridor dan berkelah dekat sini. Reunion dekat sini. 

Lepas jalan-jalan dekat sini, kitaorang naik MTR pergi Stesyen Tsim Sha Tsui untuk ke Masjid Kowloon dan kedai perfume murah. Turun MTR ikut je signboard exit mana nak keluar ye. Kalau nak pergi masjid, ambil exit Kowloon Park k. Tapi... jika tersalah exit pun x pe sebab boleh seberang jalan dengan mengikut zebra crossing yang telah ditetapkan. 
 
Tadi dari HK kita singgah Manila kan. Sekarang dari Manila kitaorang singgah pula ke Jakarta. Hahaha. Tapi ok sikit la dari Manila tadi..sebab open air..





Kalau rasa tekak tu x lalu dah makan megi, dimsum, nasi itik, nasi brahim, biskut oreo, nak cuba makan nasi dengan ayam goreng, ikan masak kari, masakan sunda padang apa bagai, boleh datang kowloon park ni pada hari ahad ye. Orang Indonesia dekat HK ni memang berniaga makanan diaorang dekat sini.. beli makan terus dekat situ pun boleh. x payah basuh tangan. Depa bagi siap2 glove plastic.

Selesai dekat Kowloon Park, kitaorang jalan ke tepi laut plak. Victoria Harbour versi siang. Show lampu dia setiap malam. Pukul 8 malam. Malam pun kitaorang pergi. Macam mana nak pergi? Pun senang... stesyen MTR yang sama iaitu Tsim Sha Tsui, cari exit Victoria Habour k! Tapi exit dia ni..kalo ikut laluan MTR station maksudnya laluan bawah tanah...rasa exit yang paling jauh la..Kalau ikut laluan atas tanah, lalu bangunan-bangunan seberang jalan bagai, kalau sesat boleh bergaduh la. Jadi, sebaiknya lalu je laluan bawah tanah. ikut signboard k! Memang senang!


Siang dan malam



Disebabkan hari ni last kitaorang kt HK, lepas tengok show lampu, kitorang decide nak pergi Ladies Market balik untuk cari servinior lagi. Padahal banyak je market lain boleh nak pergi, tapi kitaorang malas nak cari tempat lain, tu yang pergi Ladies Market. ok, memang ramai orang.. tapi kalo sesat pun, kitaorang tau macam mana nak balik. Setel semua, kitaorang balik bilik. Besok kitaorang nak balik Macau!




 
Hari 4
 
 
Hari ni kitaorang nak balik Macau. Pun naik feri. Kalau datang hari tu kitaorang naik feri dekat Macau Outer Harbour Ferry Terminal ke Hong Kong Macau Ferry Terminal, kali ni balik kitaorang naik dari Hong Kong Kowloon China Ferry Terminal ke Macau Taipa Ferry Terminal. Terminal Kowloon ni belakang Kowloon Park je. Lepas tu kalau belum sampai tu jangan bayangkan la kena sampai tepi laut lepas tu nampak banyak feri..memang x jumpa la terminal feri tu. Canggih kot terminal feri dia, dalam shopping complex.. haha. Seperti biasa, imigresen HK Macau ramai orang baratur.. ok, tu je nak cakap.
 
 
Sampai Taipa, kitaorang dah tak tercangak-cangak dah macam mula-mula sampai hari 1. Eh, kata pun balik Macau kan..mestilah terror dah. Lepas imigresen terus pergi ke shuttle bas The Venetian. Terus letak beg2 dekat tempat beg bawah bas lepas tu naik dengan penuh konfiden. Memang gaya kitaorang salah seorang penjudi-penjudi tegar dekat Vanetian ni. Hahaha.
 
 
Eh, kitaorang stay dekat The Venetian la.... 1.3km dari Venetian..Hahaha. Nak free naik shuttle bas. Lepas tu 1.3km jalan kaki bawak bagpack dengn luggage..hahaha. Kitaorang stay dekat Best Western Hotel Taipa. 4 bintang katanya...tapi..wifi kat lobi je! Ntah ape2. Akak bagi 2 bintang je. Agoda suh akak rate and comment pun akak malas. Kang budak receptionist tu xda kerja kang kalo akak komen.hahaha.
 
 
Jom tengok gambar dari The Ventian dan perjalanan ke hotel.....
 
 
 
Ni la The Venetian siang-siang.. ni portion belakang je ni..depan-depan dia ada lagi
 
 
 
Ni Galaxy Macau.






 
Okeh, ni tapak projek hotel-hotel dan tempat perjudian yang bukan akak tokehnya sedang dalam pembinaan. Kaya2. Nama? Marketing belum jumpa lagi nama yang sesuai..haha
 
 
Sampai hotel, dah kebulur. Lepas setel makan solat apa bagai, kitaorang keluar balik dan nak pergi Macau. Eh, hotel kitaorang pun ada shuttle bas la..jadi kitaorang naik shuttle bas kitaorang je. Percuma kan. Nak ke Macau dengan free pun senang..Apa2 pun pergi checkpoint2 free shuttle bus tu macam ferry terminal dan airport.. dan macam dah cakap mula-mula tadi, mesti tau dekat mana nak pergi. Untuk ke Macau, boleh naik Wynn, Sands.. Eh, sikitnya bas. Haha. Sebab casino2 besar banyak dekat Taipa. Macau ni pusat bandar dia kan.. banyak lagi benda lain diaorang kena bubuh dekat sini.Takkan casino je. Ha, Macau Tower pun dekat sini ye..
 
Sampai Macau dah petang. Time depa nak balik keje. Dari Wynn, kitaorang jalan kaki ke Sanado Square. Dari Wynn, kena seberang ke Lisboa, Senado square belakang Lisboa. Tapi bukan belakang tepat2 ye.. kenal jalan la. Ramai orang waktu kitaorang pergi. Servinior Macau boleh jumpa dekat sini. Harga? Ko terjun lombong pun diaorang x bagi kurang. Diaorang sanggup tak jual dari kena turun harga.
 
 
 


 
Sedap oo..winter time makan benda-benda ni!
 
Kitaorang setel dekat Senado ni dekat Maghrib gak la. Lepas tu jalan kaki balik nak g Wynn. Sampai Wynn dah nak macam habis Maghrib. Lampu-lampu semua dah terpasang dah. Dekat Wynn ni, ada persembahan air berlagu-lagu ye. Dia bagi percuma je tengok. So, x pelik la kalau orang Macau ni dating depan pusat judi! haha.
 








 
Dari Wynn, naik bas ke ferry terminal. Dari Terminal naik bas ke Taipa. Ok, balik ni kitaorang tunggu bas Venetian..tapi x muncul2. Jadi...kitaorang naik bas City of Dreams. Sama je..cuma kena seberang jalan la. Siapa nak pergi Hard Rock Hotel boleh naik bas ni. Dekat sini ada beberapa hotel dan casino.
 
 






ok, seberang jalan sambil tengok free show animasi dekat dinding besar Venetian...
 



 
Ok, dah habis satu casino dan shopping complex ni kitaorang redah, tibalah masa untuk balik ke pangkal jalan. Balik ni xda nak naik shuttle bas dah. Kitaorang naik teksi je dari casino ni. Tu pun pakcik teksi tu otok sebab kitaorang pergi hotel 1km je..haha. berapa dollar ntah bayar. Dia igt kitaorang nak sambung melontar kat Macau kot.
 
Ok, habis dah hari ni... besok lagi balik ke realiti! Time to balik Malaysia! waaa... x mo balik boleh??? Harga petrol mahal! eh :P
 
 
Ok, habis dah. Berapa bulan ntah nak tulis entry ni! Entry paling panjang! Entry ni untuk cover setahun punya post. So, kalau setahun x update jangan marah! kah3
 
Bye, sampai jumpa nanti!