Wednesday, December 18, 2013

:: Mee Suah plus Crab

Haha...akak x tau masak dekkk.. Kira macam dalam gambar ni dah kategori terbaik dah...hahs Antara salah satu makanan kesukaan. Mee suah! Senang benar nak masak. Sampai emak pun x sanggup nak masakkan.haha. Saya nak makan, kena masak sendiri! Kali ini bubuh crab...nyum3 Resepi? Haha...malu akak nak kongsi dekk. Aci campak2 sambil tengok drama tv9. Sampai jumpa nanti!

Saturday, December 14, 2013

:: Hat Yai Trip!

Jika ikut kronologi, saya sepatutnya cerita trip ke Bangkok dahulu baru cerita di Hat Yai. Saya ke Bangkok dan balik ke Malaysia melalui Hat Yai. Bukan naik kereta ke, bas ke. Dari Bangkok saya fly ke Hat Yai. Dan dari Hat Yai saya balik ke Kuala Lumpur dengan train. Ok, itu sinopsis.




Sampai di Airport Hat Yai dalam pukul 3 waktu sana. Study dah sikit-sikit macam mana nak survive dekat Hat Yai ni. Kalau buka blog-blog orang Malaysia, kebanyakan pergi sini sama ada naik kereta ataupun train. x banyak cerita yang naik flight. Jadi bila sampai airport, tenang nye lah airport sini. Macam dekat Krabi. Hahaha. Salah satu cara mudah hendak ke bandar dari sini adalah menaiki teksi. Ye! pilihan yang terbaik!

Keluar airport, nampak ada satu meja kecil dan seorang perempuan tengah duduk. Kitaorang cari tempat nak naik teksi tu tapi macam x da tempat lain je nak tuju, so kitaorang tuju la ke perempuan tu. Ye, betul..dia adalah kaunter teksi. Tapi teksi yang tunggu van penuh. Seorang 100 baht. Belasah sajalah sebab tengok macam xda tempat lain dah nak cari teksi. Tapi..bila dah naik van tu..baru nampak ada lagi satu bahagian dekat airport ni ada ramai orang..

ooo...dekat situlah agaknya yang kata ada teksi ke bandar 150 baht je! huhu. xpe lah.. dah naik kan van tu.

Awal-awal lagi perempuan dekat meja tu tadi tanya hotel mana. Disebabkan kitaorang x de booking mana-mana hotel, jadi cakap kat dia nak berhenti dekat stesyen keretapi. Ye lah, besok balik nak naik keretapi, sekurang-kurangnya tau lah kat mana stesyen tu. Dah tau stesyen, cari lah hotel-hotel yang dekat dengan situ. Bijak kan? haha


Stesyen keretapi Hat Yai ni memang dekat bandar. Jalan sikit ada shopping mall Robinson. Kitaorang pun jalan sikit lepas Robinson, nampak dah beberapa hotel. Masuk satu hotel. Harga standard la..hotel x berapa nak budget tapi mampu milik. Tapi kena reject. Sebab..

i. x de wifi dekat bilik ( penting woo....sebab x paham tok sami siam cakap apa dalam tv)
ii. Ladyboy jaga kaunter tunjuk gambar bilik..macam x best je.. haha. Nak duduk satu malam je..boleh nak melebih2 plak kan aku! over!
iii. Ada bau colok kat lobi...pening mak! padahal bukan nak tido kat lobi pun kan. mengada-ngada

Then, seberang jalan sikit, jumpa lagi satu hotel. Lupa lah namanya. Dan telah menepati kriteria yang kitaorang hendak, harga pun ok..so proceed. Lupalah nama hotel. Serius! tapi memang dekat je lah dengan stesyen keretapi. Kurang 10 minit la jalan kaki. Kira dekat lah kan?

Gambar katil, toilet ada...nama hotel lupa plak nak tangkap gambar.




Typical Malaysian...setiap sudut dalam bilik tangkap gambar..huhu

Dah ting tong ting tong....perut pun lapar...last makan pagi tadi dekat Chatuchak. Jadi keluar cari makan lah. Plan asal hendak pergi Floating Market tapi mengenangkan duit baht dah nak habis dan tambang tuk tuk pun boleh tahan..kitaorang x jadi pergi lah. 

Makanan halal dekat  Hat Yai ni pun x susah nak cari. Jalan sahaja ke Lee Garden tu..banyak gerai-gerai dekat situ. Ok, berada di Lee Garden tu seperti berada di Malaysia ye. Sebab berlambak orang Malaysia di sana. Restoran yang menjadi tumpuan orang Malaysia ialah Restoran Hamid. Boleh bayar dalam RM juga. Harga seperti biasa, boleh tahan.. haha

Kenyang makan di restoran..jalan-jalan lah sekitar Lee Garden. Hari dah malam. Ramai orang Malaysia. Bila kita senyum, x nak senyum balik..Helloo!! ko pergi Hat Yai je kot! 

Dekat Bangkok saya x dapat makan pulut mangga. Dekat Hat Yai saya pulun makan! Harga 40-60 baht je kot. Ikut saiz mangga. Manis pulak tu. Tapau lah. nak makan kat bilik. Tapau juga dim sum, udang, buah-buah..nak berkelah dalam bilik pulak. haha. lepas tu pusing beli kacang, fm dan t-shirt. T-shirt tulis Bangkok ye, bukan Hat Yai. Dekat Bangkok x rasa nak beli, kat sini baru nak beli! huhu

Oh, di bilik dapat TV3. Jadi malam tu kitaorang tengok cerekarama. haha. Sebelum tu channel apa ntah tayang movie White House Down. Bahasa Siam. Saya jadi tukang translate pada member. Sebab dah tengok kan.. huhu

Besoknya...Hat Yai sedikit hujan. Kitaorang keluar terus check out. Tinggal beg dekat lobi dan pergi makan. 


Tengahari ni kitaorang makan di Restoran Salma pula. Pun dekat juga dengan Lee Garden Plaza ni. Kitaorang masuk sekejap Lee Garden ni...apa benda lah yang ada sampai ramai benor yang datang sini....At least masuk kan.. haha

 Typical Malaysian again..tangkap gambar makanan

Lepas makan, boleh tapau lagi sekali pulut mangga tu..sebab nak makan dalam train. Hahaha. Sebelum ke hotel balik ambil beg, kitaorang masuk pula Robinson. Janji masuk kan..

Setel semua, ambil beg dan terus pergi stesyen keretapi. waktu tiket pukul 1600..waktu Thailand ye. Bukan Malaysia. Di stesyen ini pun ada surau. Jangan risau. Tiada alasan untuk tidak solat :D




Naik train, mestilah ambil yang ada katil ye. Gila kau lebih 12 jam nak tidur duduk..haha


Ok, si jakun yang gemuk ini excited naik train dan ada katil. First time kan! Hahaha. Nanti nak pergi lagi Hat Yai dengan naik train dan ada katil sebab nak makan pulut mangga. Sini mahal kot..RM12 dekat Thai Thai..hahaha


Ok, sampai jumpa nanti!




Friday, December 6, 2013

:: Putu Perak

Iya, ini gambar putu Perak. Kuih tradisional. Tidak pasti hanya boleh jumpa di Perak sahaja atau tidak. Yang pasti, saya beli di R&R Ulu Bernam arah selatan...masih di Perak. Iya, di RTC Gopeng juga ada. Pun di Perak..boleh cari di sana jika mahu cuba ya! Sampai jumpa nanti!