Tuesday, September 3, 2013

:: Krabi Trip!

Ini adalah entry trip saya ke Krabi, Thailand. Saya cuba cerita mengikut kronologi masa dan aktiviti. Saya ingin mengingatkan, ini merupakan entry yang panjang kerana saya sudahkan semua cerita dalam satu entry.

20hb Jun 2013

Misi ke Krabi tetap diteruskan juga walaupun tidak cukup orang. Mula sampai di Krabi sekitar pukul 7 pagi waktu Krabi ( 1 jam lewat daripada Malaysia). Lepas settle pergi toilet, checked imegrisen, so kami berjalan nak keluar airport. Ok, jangan risau bila ke Krabi tanpa agency pelancongan. Sebab tidak susah hendak jalan-jalan di sini. Belum pun keluar airport, sudah ada information counter, kaunter beli tiket bas, teksi dan kaunter tiket flight untuk penerbangan domestik. 

ok, ini ialah matahari pagi pandangan daripada tingkap kapal terbang,
 konon-konon mahu ambil angle menarik tapi.......

Memandangkan ini adalah percutian budget, jadi segala pergerakan dan perjalanan, kami cuba meminimakan kos. Hahaha. Bila berdua, pilihan menggunakan bas adalah sebetulnya. Jadi, kami terus ke kaunter tiket bas. Sudah ada perempuan jerit Aonang! Aonang! Krabi!.. Tambang ke Aonang ialah 150 bath / pax..Oh, nak kira duit dekat sana sangat senang..buang sahaja 0 dekat belakang. Jadilah duit kita, RM, plus minus. Sudah naik bas pun,  jangan risau nak tekan loceng dekat mana...tunjuk sahaja nama hotel, driver bas akan tahu mana hendak hantar..sampai celah-celah bangunan dia lalu. Agaknya tema syarikat bas ni..'Delivery Into Your Hotel Doorstep'..:P


Memang dasar bukan orang tempatan, gambar bas pun mahu ambil. Kan?

Sampai pintu hotel sekitar 9 pagi lebih. Rasanya. Dengan harapan boleh check-in terus. Harapan sahaja lah ye. Sememangnya manusia dalam bilik pun masih tidur lagi. Sudah tulis dalam peraturan hotel yang check-in pukul 2, lagi hendak tanya boleh check-in ke tidak pukul 9. Disebabkan belum ada bilik dan tidak tahu kemana hala tuju, minta belas ihsan hotel untuk advice apa yang kami boleh buat sepanjang pagi ni.

Dia mula buka sistem aktiviti apa yang kami boleh buat pada hari itu. Memandangkan kami sampai pagi tapi bukan awal pagi iaitu pukul 8, hanya beberapa aktiviti sahaja yang boleh dilakukan. Oh, cerita berkaitan hotel akan saya jelaskan di dalam point penginapan nanti ya! Setelah kira-kira,  memang lah katanya pakej-pakej aktiviti ni, kena jalan-jalan untuk cari mana best price, tapi kami ambil sahaja apa yang orang hotel ni offer. Sudah malas hendak fikir dan cari yang lain. * Baru sampai beberapa jam saya sudah malas hendak fikir apa yang patut dan tidak patut bila ada di Krabi ini.

Sebetulnya perut sudah lapar. Walaupun sudah breakfast di nasi lemak Marrybrown di LCCT tadi..saya masih lapar. Setelah decide apa aktiviti hendak buat, kami ada masa satu jam untuk menunggu agent tu datang ambil. So, kami berjalan untuk mencari apa yang boleh dimakan. Saya juga akan ada point makanan kejap lagi..

Dekat sahaja dengan hotel, ada satu kedai makan Islam. Kedai tidak bernama. Itu sahaja yang buka, jadi masuk sahaja dan makan apa yang ada.

Belum pukul 10, kami sudah makan nasi. 
Set sambal belacan dan ulam tu memang dia bagi dan sambal itu pedas!

Sudah kenyang, balik hotel dan tunggu orang datang ambil untuk beraktiviti. Apa yang kami buat pada hari ini ialah....

Elephant Tracking = 600 bath
Kayaking = 600 bath
* Orang hotel kata ini harga after diskaun..tapi bila tanya-tanya orang Malaysia yang jumpa dekat sana..memang itulah harga yang sebenarnya.


Elephant Tracking

Jauh-jauh pergi oversea adalah untuk naik gajah. Dekat Malaysia sudah tiada gajah? Itu ialah soalan saya buat untuk diri sendiri. Kalau dekat negara sendiri tidak tahu bila akan naik gajah kan? Jadi, kata pun sudah sampai Siam yang similar dengan gajah, naik sahaja lah. Barulah Krabi!



Boleh buat muka cuak lah bila  sedang menaiki gajah. Lagi-lagi bila gajah dari atas darat masuk dalam sungai. Ini kali pertama dan terakhir saya naik gajah. Haha. Bukan tidak seronok tapi sudah tidak mahu naik lagi lain kali. Sewaktu naik gajah saya sudah terbayang, kalaulah gajah tu tiba-tiba mengamuk, lepas tu dia libas saya dengan belalai, dia tolak-tolak badan dia, lepas tu saya jatuh. wah, drama sungguh! ok, itu sebab saya tidak mahu naik gajah lagi.

Lepas naik gajah, boleh bagi gajah makan pula.
 Saya terbayang tangan saya dah masuk dalam mulut gajah yang besar tu. Oh, drama lagi!


Kayaking

Selepas pusing hutan dengan gajah, kami berkayak pula. Tips; Kalau rasa dekat Malaysia hanya tidur, lepak, makan tanpa buat apa-apa exercise, tidak digalakkan melakukan aktiviti ini. Aktiviti yang memenatkan tetapi menyeronokkan. Saya rasa berbaloi dengan membayar aktiviti ini. 



Berkayak daripada laut ke muara sungai dan patah balik ke laut. Sambil tengok pemandangan yang cantik. SubhanaAllah..saya suka.




Sudah letih berkayak, kami balik hotel dan tidur maghrib waktu Malaysia.... sakit-sakit badan hanya Allah sahaja yang tahu. Terfikir juga, sebenarnya saya sedang bercuti, kenapa perlu buat aktiviti yang meletihkan dan menyakitkan? Untuk mengubat rasa sakit, saya menjadi optimis bahawa kayaking ini memang menyeronokkan! Dan memang...seronok!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21hb Jun 2013

Esok hari sudah siap-siap mahu pergi pulau. Breakfast di hotel. Pakej-pakej untuk ke pulau ini juga ada banyak. Kena pandai pilih sahaja. Kami punya pakej pergi Tup, Poda, Chicken Sii dan Phra Nang Cave Bay. Semua 500 bath. Oh, ini juga bukanlah pakej yang terbaik tapi kami ambil disebabkan percaya sahaja apa yang orang hotel  recommended. Kalau rajin, sehari sebelum hendak island hoping, pusing-pusing la pekan Aonang atau Krabi  untuk tengok pakej mana yang best ok! Jangan risau, kebanyakan kesemua pakej ini termasuk sekali dengan lunch, dan halal.











Aktivti ke pulau ini memang mengambil masa satu hari. Pagi sampai petang. Lebih kurang pukul sebelum pukul 5 sudah sampai pintu hotel. Hari ini tidak memenatkan seperti semalam. Sampai hotel, kami mandi, solat dan keluar balik untuk makan dan shopping. 

Oh, Jumaat, Sabtu dan Ahad, di Pekan Krabi ada Night Market. Boleh lah kalau hendak ke sana. Kami pun berangan hendak ke sana juga sampai sewa motor, 250 bath / 24 hours. Penyudahnya entah sampai ceruk mana-mana di Pekan Krabi. Jumpa pasar yang jual makanan sahaja. Tidak beli apa pun. Pusing-pusing sekejap dan mengelabah juga mahu balik ke Aonang sebab hari sudah malam. Balik ke Aonang juga sesat..Hahaha...sesat di negara orang bukanlah sesuatu yang kelakar tapi kalau kita sesat, elakkan dari menggelabah dan mari berfikir yang kita masih di bumi Allah lagi.Sekali lagi saya berfikiran optimis ketika di Krabi ini. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
22hb Jun 2013

Sudah 2 malam kami di sini dan hari ini adalah hari untuk balik. Sekejap kan? Flight tengahari, jadi pagi sebelum balik, kami berjalan di Aonang untuk menghabiskan saki baki duit yang tinggal. Lepas last called shopping, balik hotel for check out then ke airport...Bye2 Krabi!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penginapan

Kami stayed di Aonang Cozy Place. Overall, hotel ini memuaskan juga. Harga juga berpatutan.Tempah di Agoda. Siap pakej breakfast. Bersih..cuma tiada toiletries seperti sabun, syampu etc. Oh, setakat tinggal budget hotel, mahu semua kemudahan. Melampau..kan?. Kemudahan lain agak ok. Tetapi ada pula anjing dekat hotel ni. Sedikit kurang best lah.  

Jika mahu bercuti di sini, boleh tinggal sama ada di Pekan Krabi atau Pekan Aonang. Rate harga lebih kurang sahaja. Jika mahu dekat dengan laut, boleh stay di Aonang. Pilihan hotel juga banyak di Aonang. Aonang dan Krabi lebih kurang 30 minit juga kalau naik scooter..vroom..vroom. Jangan risau juga jika belum booking hotel sebab walk-in juga mudah dapat. Jika bukan peak season.





Makanan

Makanan halal juga senang nak jumpa di sini. Jika kalian dari Krabi, mahu menuju ke Aonang, banyak juga kedai makan halal di tepi-tepi jalan. Gerai-gerai yang boleh angkut meja kerusi pun ada. Tapi waktu siang lah. 

Biasa kalau ke Krabi, orang akan cari pencake. Saya pun x tahu benda tu glemer. Rasa macam makan roti canai pisang je. Tapi, apa salahnya cuba kan? Tak perlu bawa bekalan makanan daripada Malaysia. Harga juga tidak jauh beza dengan Malaysia. Jangan lupa cuba tom yam dan makan Mango sticky rice ya!


Ok, ini adalah padthai dan pencake...


Pengangkutan

Disebabkan kami tinggal di Aonang, dan kebanyakan kedai makan dan tempat bershopping di sini, kami hanya berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana. Tapi, pada malam 1st sahaja. Besoknya sudah sewa scooter sebab malas dah nak berjalan. Tidak berlesen atau tidak berhelmat tiada masalah di sini. Bak kata orang hotel tu, jika jumpa polis, tak payah tunjuk lesen. 'They don't want your license, they want the money'! Tapi, saya tak jumpa polis pun tahan motor. Orang di sana tak pakai helmet pun...kami je yang sibuk nak jugak pakai helmet.


Shopping

Krabi bukanlah tempat untuk membeli belah. Krabi lebih kepada tempat bercuti dan beraktiviti. Jadi, tidak perlu masukkan shopping untuk list to do in Krabi. Seperti tempat perlancongan lain, banyak kedai-kedai menjual sevinior sahaja di sini. Kepoweran saya bargain membargain ni macam tak jalan sahaja di sini. Susah pulak rasanya nak goda orang siam ni. Sepanjang tepi laut di Aonang ni banyak kedai-kedai menjual. Singgah sahaja yang mana nak ok!

Ok, habis cerita trip ke Krabi. Tunggu trip saya lepas ni.

Sampai jumpa nanti!




2 comments: