Thursday, July 11, 2013

:: The Lone Ranger via KLIPS

Thanks to KLIPS for tickets..



The Lone Ranger




Siapa yang minat Johnny Depp, mesti tunggu hendak tengok filem ni.. The Lone Ranger. Tengok tajuk pun boleh tahu jalan cerita macam mana kan? 

Movie ni mengisahkan John Reid balik ke kampung untuk melawat abangnya  Dan Reid dengan naik keretapi. Keretapi yang sama juga dinaiki Tonto dan penjenayah Butch Cavendish yang mana dia di bawa ke Colby untuk dihukum. Keretapi yang dinaiki mereka tu sebenarnya telah diambush oleh geng-geng Cavendish dan Cavendish berjaya larikan diri.  Oh, Tonto tu seorang puak india yang ditahan juga di dalam keretapi ni. Eh, sebelum lupa, abang John iaitu Dan adalah salah seorang Texas Ranger.

Jadi memandangkan Cavendish ni berjaya melarikan diri, Dan (iaitu abang John) bersama-sama 7 lagi ranger yang lain telah diarahkan untuk mencari dia. John juga telah direkrut olah abangnye jadi ranger dan mencari Cavendish. Dipendekkan cerita, disebabkan ada traitor di kalangan ranger ni, ranger-ranger ni semua mati kecuali John. Oh, John dalam separuh sedar nampak macam mana abangnya dibunuh iaitu Cavendish yang jahat tu makan jantung abangnya. Macam mana John selamat? John diselamatkan oleh Tonto. Selepas John sedar, adengan gaduh, becanggah pendapat, kutuk mengutuk, bermula lah misi John membalas dendam atas kematian abangnya dan dia bersama-sama dengan Tonto.

Iya, itu lah Tonto dan John

Secara keseluruhannya, saya suka movie ni. Dalam action ada diserapkan elemen kelakar menjadikan movie ni best. Watak John dan Tonto memang compliment each other. Ada lebih 5,6 scene jugakla membuatkan satu hall gelak.

Antara scene yang saya suka:

i. Scene keretapi tu x berhenti di stesyen terakhir dan terus laju menuju ke tempat railroad yang sedang construction dan macam mana keretapi tu berhenti. 

ii. Scene bila Tonto dan John bergaduh sesama sendiri..actually bukanlah bergaduh macam samseng bergaduh tu...lebih kepada berlawan cakap..kutuk sama sendiri. Contoh isu burung gagak Tonto, nama panggilan John yang Tonto bagi...etc..

iii. oh, scene paling saya suka scene yang diaorg berlawan dalam, atas keretapi untuk scene climax..background music juga membantu menjadikan scene ini lebih menarik..

iv. Scene sistem batter Tonto dengan orang yang dah mati..

Ada sedikit curious, macam mana Tonto terlepas daripada dalam jail ek? dan selamatkan John.. 

Erm, untuk filem ini saya bagi 4/5..

Sampai jumpa nanti!



p/s ; Ok, thanks again to KLIPS for this movie. Don't miss my review for Despicable Me 2 nanti! ok! 







No comments:

Post a Comment