Friday, May 3, 2013

:: Seoul Trip!

Ok, mahu mula cerita aktiviti ke Seoul Mac hari tu. Alasan mahu update sebab saya takut lupa. Macam entry pergi Guilin. Lagi satu, saya mahu ke tempat lain pula bulan depan. Jadi sebelum cerita makin bertindan, baik update dulu mana yang ada. 

Entry ke Seoul kali ini mungkin tidak membantu jika hendak ke sana untuk percutian budget. Maaf ye. Saya pergi dengan mengikut agent dan tambahan pula dengan bertransit bagai. Tapi mungkin  info tempat-tempat yang saya dah pergi ini boleh membantu kalau hendak ke sini.

Gyeongbok Palace

Tempat pertama yang saya pergi ialah Gyeongbok Palace. Ok, nama pun palace kan, jadi mestilah istana. Mahu tahu istana apa, boleh wiki sahaja ya. Jalan-jalan dalam kawasan istana tu seperti tengok dalam drama-drama maharaja Cina, Korea. Memang istana ni jadi tempat tumpuan pelancong-pelancong. Saya rasa kalau bercuti secara backpackers tidak akan ke sini tapi memandangkan kita mengikut travel agency, kena lah pergi melawat tempat-tempat macam ni. Tidak lah bosan sangat. Sedikit interesting juga sebab macam istana tu macam dalam drama-drama. Hahaha.














Gambaran sekitar istana tu. Kan, macam lokasi pengambaran kan? haha. 

Oh, sebelum terlupa, saya akan tempek banyak gambar dalam entry ni!!


Cheongwadae Sarangchae

Tempat seterusnya juga tempat yang x akan dipergi kalau berjalan-jalan di negara orang secara bersendirian yang tidak terikat dengan travel agency  iaitu Cheongwadae Sarangchae. Sebenarnya tempat ni macam galeri lah. Tempat untuk memberi info kepada pelancong tentang sejarah Seoul, presiden korea, asal -usul mata wang...etc...bla..bla.. Boleh lah nak pergi kalau memang kalian bertujuan bercuti dan ingin menghayati negara tersebut. Tiada masalah. 




oh, ini di luar




Ini di dalam...


Kimchi School

Tidak Korealah anda kalau pergi Korea x pergi buat kimchi. Hahaha. Termasuk dalam iternary juga, pelancong-pelancong di bawa ke tempat buat kimchi dan lepas belajar boleh oder kimchi untuk bawak balik Malaysia. Sebenarnya tempat buat kimchi ni ada banyak. Boleh google sahaja kalau rasa nak pergi Korea lepas tu nak merasa buat kimchi. 



Saya tidak tahu memasak. Apa lagi nak buat kimchi. Lelaki sebelah lagi pandai lemuih, gulung kimchi dari saya. Saya punya tak jadi, tak cantik. Lepas daripada kelas buat kimchi ni, saya dah nekad, tidak akan buat kimchi lagi sampai bila-bila. hahahha. Saya mahu makan sahaja!

Dekat sekolah kimchi ni juga boleh try pakaian tradisional Korea. Ala...kalau datang Korea mesti nak sibuk-sibuk pakai baju tradisional diaorang lah. Saya pun sibuk juga.....

Nam-I Island

Ok, tempat ni hampir semua orang yang datang ke Korea hendak pergi. Nam-I Island. Tempat yang winter sonata berlakon tu. Dah nama pun island kan, jadi hendak sampai ke sana kena naik feri. Sebenarnya seumur hidup, saya tidak pernah naik feri. Jadi pertama kali saya naik feri adalah di Korea. Hebat kan? hahaha. Macam tiada feri sahaja di Malaysia. Gagaga. Nak masuk tempat popular, pastilah kena bayar kan. Tapi saya lupa sudah berapa kena bayar. Sebenarnya jalan-jalan dekat sini adalah aktiviti yang memenatkan kaki. Sebab turun feri, dan jalan lah sampai hujung....baru lah jumpa betul-betul tempat diaorang berlakon tu. Pemandangan cantik juga. Ok lah, untuk puaskan diri sendiri yang penat berjalan sampai hujung :P













oh, dalam banyak-banyak gambar saya di Korea, saya paling suka gambar saya dengan dn yang ini. Hahhaa. Jadi, nak tunjuk juga di sini. :D

Mt. Sorak

Lagi satu tempat popular ialah Mt.Sorak. Cantik. Saya merasa pegang salji di sini walaupun salji saki baki sahaja. Jakun3. Kalau pergi sini, naiklah cable car sekali untuk sampai ke atas gunung. Turun cable car belum lagi sampai gunung. Masih kena panjat lagi ke atas. Jangan risau, sudah disediakan laluan yang memudahkan. Ada juga yang datang ke sini tidak panjat ke gunung. Hanya berjalan di bawah sahaja.Sebab di sini juga terdapat tokong patung buddha yang besar. 









Daepohang Seafood Market

Pasar yang menjual makanan laut. Yang hidup ada, yang mati kering pun ada. Macam-macam jenis makanan laut yang tidak pernah jumpa di Malaysia, boleh jumpa di sini. Mahu makan segar-segar di situ pun boleh. Dia rebus hidup-hidup binatang-binatang tu. 









Phoenix Park Ski Resort

Wah, tempat seterusnya ialah tempat main ski!! X guna lah kalau datang Korea waktu ada salji tapi x main ski. Jadi...saya adalah kategori itu. Hahaha. Sebab, saya pergi dah musim bunga, tempat main ski pun dah tutup walaupun masih ada salji. Jadi, kita datang ke sini dan hanya tengok trek orang main ski sahaja lah. 




Jadi lah kan, buat-buat pijak salji. At least merasa. Huhu

Lotte World

Ini adalah tempat yang kalau tidak pergi pun x pa sebab kat Malaysia pun ada. Iaitu Genting Higland. Fungsi sama sahaja iaitu theme park cuma lagi besar, lagi banyak game. Sudah ada dalam iternary dan telah bayar sekali dalam pakej, jadi main sahaja lah apa yang sempat. Lepas tu kebulur sebab tiada lunch. Duit korea banyak lagi dalam poket tapi x boleh nak beli makanan sebab x halal. Jadi, kalau nak datang dan nak main sampai theme park ni tutup, bawak bekal nasi lemak, roti gardenia, biskut tiger plus air mineral banyak-banyak. Untuk kebajikan perut sendiri.










Nanta Show

Ini adalah aktiviti yang paling saya syor kan kalau jalan-jalan di Seoul. Pergi tengok nanta show. Bukan show tarian sambil bawak bendera atau lilin. Tapi show yang macam teater, tapi tidak bercakap, hanya melalui pergerakan dan perbuatan. Lagi sekali jakun ganda 8. Kalau ke Seoul, saya pasti akan ke sini lagi! Boleh google ya untuk detail show ni. Lokasi nya di Myeongdong. Salah satu tempat shopping. Oh, ini akan saya ceritakan di bawah point shopping kejap lagi. Hahaha. Lagi sekali, sila tengok nanta show ini kalau kalian ke Seoul ya!




63 City Building

Bangunan ni bukan ada 63 ye, nama sahaja 63. X tahu lah kenapa 63. Agaknya tourist guide ada cerita kot tapi saya tidur kot. Dekat sini saya pergi Seaworld ala-ala aquaria KLCC. Oh, aquaria KLCC pun saya tidak pernah pergi, tapi Korea punya saya dah sampai dulu. Deabak!. Dan lagi satu, di sini juga terdapat Wax Museum. Banyak lah patung-patung orang / hero / kartun  yang popular dekat dunia ni. 







Gwanghwamun Square

Ini adalah tempat yang saya tidak tahu apa tujuan ke sini. Square di tengah bandaraya Seoul yang ada patung jeneral diaorang dengan maharaja ka apa ntah. Kalau ke Seoul, ini x termasuk dalam iternary pun x pa, tapi kalau accident terpegi, boleh dimaafkan. Fungsinya sama seperti melawat tugu negara. Eh, tugu negara pun ada taman. Ini betul-betul square tengah jalan. x pa lah...buat jalan-jalan tidak tahu mana nak pergi, boleh la datang sini sambil tangkap gambar. Sebenarnya, kalau datang kena dengan harinya, ada aktiviti di square ni.




Shopping 

Ok, boleh mula tajuk untuk bershopping. Saya hanya pergi dua tempat sahaja untuk shopping. Ada lagi pasar lain tapi dalam iternary hanya pergi dua tempat sahaja. Iaitu satu di Myeongdong dan satu lagi di Dongdaemon. Antara dua tempat ini, kalau mahu cari servenior Korea ni, boleh cari di Dongdaemon. Dongdaemon ni macam uptown la, buka sampai pukul pagi. Harga barang di sini juga lagi murah dari Myeongdong. Ada juga tempat lain untuk bershopping macam di Insa-dong atau di Itaewon. Eh, banyak lagi lah tempat lain. Kalau pergi sendiri tanpa agency memang akan pergi tempat-tempat lain. 

Korea adalah tempat untuk cari alat-alat kosmetik. Saya ada juga pergi ke Cosmetic Duty Free Centre. Jangan risau, jika tidak tahu mana hendak cari, masih boleh cari juga di Myeongdong atau Dongdaemon. Tempat shopping yang lain juga ada. Kebanyakan produk masih menggunakan bahan yang sama, tapi jenama sahaja. Tapi berhati-hati juga. Sebab kita tidak faham tulisan korea. Ouch!

 Makan

Kelebihan berjalan mengikut agency ni ialah kebajikan makan memang terjaga. Tetapi dekat Lotte World tu je kebulur. Huh! Kalau perut ada enam belas macam saya ni, memang makan menjadi benda penting yang diambil kira. Kalau mahu mencari makanan halal di Korea, paling mudah hendak cari ialah di Itaewon. oh, di Nam-I Island juga ada kedai makan yang halal. Kalau di Malaysia tidak suka makan kedai mamak, kalau ke Korea, korang mesti jadi suka. Hahaha. Saya sudah mula berangan mahu jadi penjual nasi lemak di Korea.  Saya suka makanan Korea dan saya boleh makan kimchi. Sebab kimchi kat Korea dia telah perap banyak tahun, tu pasal lagi sedap kot. 

 Penerbangan

Saya ke Seoul dengan menggunakan Vietnam Airlines. Tapi kena transit dulu di Ho Chin Minh. Flight ok. Ada sediakan makanan halal by requested. Tapi untuk penerbangan singkat, maksudnya dari KL - Ho Chin Minh - KL , makanan untuk muslim tidak disediakan. Makanan seperti manusia yang lain.



Ok, kesimpulan, seronok juga ke Seoul. Saya akan hendak ke sini lagi. Bye2

Sampai jumpa nanti!









No comments:

Post a Comment