Monday, May 27, 2013

:: I Hate Tuesday

Really need foot massage right now. Yaaaa! Sakit kaki. Kesan2 nak jadi atlit. Huh! Plus plak tengah period pain..rasa nak cabut perut letak tepi then boleh sambung tido. Kaki pun nak cabut letak tepi.besok pagi pasang balik.

Tadi lepas blik keje, try makan kat tempat baru. Erm, makanan dia so-so je. nasi goreng hambar kata partner makan tadi. Now, saya tahu mana nak guna perkataan hambar. Nasi goreng hambar maknanya nasi tu xda la x sedap sangat tapi rasa dia hambar. Eh..betul kot mcm tu. I know apa yg dia maksudkan tapi x reti nak explain macam mana hambar tu.

Ok, saya nak tido tapi saya xnk bangun2 tido besok dah selasa. Saya x suka hari selasa sebab kena pergi meeting yg sy x suka. Erm, ok lah. Babai!

Thursday, May 23, 2013

:: Tiada Dompet

Cerita pertama. Saya pergi site. Sudah atas highway baru perasan yang dompet tertinggal di ofis.

Cerita kedua. Saya balik kerja. Hari dah malam. Singgah kedai dan oder untuk dinner. Hendak bayar baru perasan dompet tiada dalam handbag. ya!!!! tertinggal di ofis 

Jalan penyelesaian : Nasib baik dalam kereta saya ada duit seringgit dan berhelai-helai. Syiling pun boleh tahanlah. Duit-duit tu hasil daripada:-

i. Baki duit kalau saya bayar duit tol
ii. Baki duit kalau saya beli drive-thru Mcd or KFC or petronas
iv. Baki duit kalau saya bayar car wash (kadang-kadang)
v. Baki duit kalau saya bayar autopay parking. Oh, kalau parking di Garden Mall tingkat atas, bayar parkingnya di kaunter pintu keluar.Selalu pecah duit juga di situ. Hahaha
vi. Baki duit beli sarapan dekat kakak kat depan pagar tu..

Jadi, sekarang duit dalam kereta saya dah habis sebab kan cerita kedua. Saya kena menabung balik sebab this lame lady akan ulang perkara yang sama iaitu tertinggal dompet lain kali. Dah tahu dah.

Cuma, polis jangan buat roadblock waktu dompet saya tertinggal ye!

Sampai jumpa nanti!

Saturday, May 18, 2013

People, I'm Bored...

Who were you with yesterday?
Workmates. Not just yesterday.  Everyday in weekdays...

What woke you up this morning?
Alarm

Where are you?
Home. why?

Is tomorrow going to be a good day?
Hope

Do you like anybody?
Maybe

What’s on your mind RIGHT NOW?
Sleep......

What kind of home would you like?
Not so big..because i have problem to tidy up then..

What do you want to be when you grow up?
Oh, if i have chance to choose again, I'll say no to my job right now!

Where do you see yourself in 5 years?
Erm...no idea lah

Do you listen to music every day?
Yup...during driving.

What was the last thing you ate?
Crab Ball

Are you a fast typer?
Maybe..

Are you listening to music right now?
Nope...

When were you the saddest in your whole life?
Erk, rahsia...

What time is it?
1215 am

Do you use ebay to buy or sell?
Nope..

Who makes you mad?
Liar..

Have you ever heard a song written about you?
Haha..nope lah

What do you do when you’re mad?
Be silent

What’s the worst thing you’ve done when you were mad?
Erm...x da kot

Ever made anyone cry when you were mad?
Yup, my roomate

When was the last time you actually cried?
Maybe last week kot. Tengok drama. hahaha...touching kan?

Ever cried yourself to sleep?
Yup. but sometimes. depends.....

Do certain songs make you cry?
Ada kot...

What usually makes you cry?
Anything related to family matters. Terutamanya drama dalam tv..haha

Are you usually a happy person?
I think...yess

What makes you the happiest?
When anybody did something and still remember me....

Do you believe in yourself?
haha.. 50-50

Saturday, May 11, 2013

Via NKVE


Ini hasil melontar saya hari ini di Restoran Jejantas Sungai Buloh....
Balik rumah emak kalau ikut NKVE, selalu singgah restoran jejantas. Ikut mood. Sebab....

1. Nak beli sate samuri. Sebab tau sampai rumah nanti mesti emak x masak. Emak akan masak by requested.

2. Nak singgah beli burger king. Sebab sini je burger king yang senang sikit nak pergi.

3. Nak beli dunkin donut. Malas nak singgah petronas Damansara. Ni kalau rasa nak makan donut la..

4. Singgah solat Maghrib. Ni selalunya bila hari Jumaat. Lepas balik keje terus balik kg.

Tapi bukan lah selalu singgah. Kalau rasa rajin sahaja. Tapi selalunya akan jadi singgah! Ada sebab lain juga..sebab saya rasa kalau singgah r & r, baru lah terasa macam ada suasana balik kg. Hahaha. Walaupun kg saya ni, lepas balik keja hari-hari pun saya boleh balik gak kadang-kadang.

Ok, burger saya dah sampai! Jom balik kg!
Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, May 8, 2013

Bayam ke Kangkung?

What ashamed when I can't differentiate between bayam and kangkung. Huh! Seriously, sangat memalukan. Woman at this age should not did this silly mistake. Now, feeling, so loser I am. Bukan salah emak yang melahirkan ok!

Thinking to change the blog's name because this lame's lady x tahu beza bayam dan kangkung!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, May 3, 2013

:: Seoul Trip!

Ok, mahu mula cerita aktiviti ke Seoul Mac hari tu. Alasan mahu update sebab saya takut lupa. Macam entry pergi Guilin. Lagi satu, saya mahu ke tempat lain pula bulan depan. Jadi sebelum cerita makin bertindan, baik update dulu mana yang ada. 

Entry ke Seoul kali ini mungkin tidak membantu jika hendak ke sana untuk percutian budget. Maaf ye. Saya pergi dengan mengikut agent dan tambahan pula dengan bertransit bagai. Tapi mungkin  info tempat-tempat yang saya dah pergi ini boleh membantu kalau hendak ke sini.

Gyeongbok Palace

Tempat pertama yang saya pergi ialah Gyeongbok Palace. Ok, nama pun palace kan, jadi mestilah istana. Mahu tahu istana apa, boleh wiki sahaja ya. Jalan-jalan dalam kawasan istana tu seperti tengok dalam drama-drama maharaja Cina, Korea. Memang istana ni jadi tempat tumpuan pelancong-pelancong. Saya rasa kalau bercuti secara backpackers tidak akan ke sini tapi memandangkan kita mengikut travel agency, kena lah pergi melawat tempat-tempat macam ni. Tidak lah bosan sangat. Sedikit interesting juga sebab macam istana tu macam dalam drama-drama. Hahaha.














Gambaran sekitar istana tu. Kan, macam lokasi pengambaran kan? haha. 

Oh, sebelum terlupa, saya akan tempek banyak gambar dalam entry ni!!


Cheongwadae Sarangchae

Tempat seterusnya juga tempat yang x akan dipergi kalau berjalan-jalan di negara orang secara bersendirian yang tidak terikat dengan travel agency  iaitu Cheongwadae Sarangchae. Sebenarnya tempat ni macam galeri lah. Tempat untuk memberi info kepada pelancong tentang sejarah Seoul, presiden korea, asal -usul mata wang...etc...bla..bla.. Boleh lah nak pergi kalau memang kalian bertujuan bercuti dan ingin menghayati negara tersebut. Tiada masalah. 




oh, ini di luar




Ini di dalam...


Kimchi School

Tidak Korealah anda kalau pergi Korea x pergi buat kimchi. Hahaha. Termasuk dalam iternary juga, pelancong-pelancong di bawa ke tempat buat kimchi dan lepas belajar boleh oder kimchi untuk bawak balik Malaysia. Sebenarnya tempat buat kimchi ni ada banyak. Boleh google sahaja kalau rasa nak pergi Korea lepas tu nak merasa buat kimchi. 



Saya tidak tahu memasak. Apa lagi nak buat kimchi. Lelaki sebelah lagi pandai lemuih, gulung kimchi dari saya. Saya punya tak jadi, tak cantik. Lepas daripada kelas buat kimchi ni, saya dah nekad, tidak akan buat kimchi lagi sampai bila-bila. hahahha. Saya mahu makan sahaja!

Dekat sekolah kimchi ni juga boleh try pakaian tradisional Korea. Ala...kalau datang Korea mesti nak sibuk-sibuk pakai baju tradisional diaorang lah. Saya pun sibuk juga.....

Nam-I Island

Ok, tempat ni hampir semua orang yang datang ke Korea hendak pergi. Nam-I Island. Tempat yang winter sonata berlakon tu. Dah nama pun island kan, jadi hendak sampai ke sana kena naik feri. Sebenarnya seumur hidup, saya tidak pernah naik feri. Jadi pertama kali saya naik feri adalah di Korea. Hebat kan? hahaha. Macam tiada feri sahaja di Malaysia. Gagaga. Nak masuk tempat popular, pastilah kena bayar kan. Tapi saya lupa sudah berapa kena bayar. Sebenarnya jalan-jalan dekat sini adalah aktiviti yang memenatkan kaki. Sebab turun feri, dan jalan lah sampai hujung....baru lah jumpa betul-betul tempat diaorang berlakon tu. Pemandangan cantik juga. Ok lah, untuk puaskan diri sendiri yang penat berjalan sampai hujung :P













oh, dalam banyak-banyak gambar saya di Korea, saya paling suka gambar saya dengan dn yang ini. Hahhaa. Jadi, nak tunjuk juga di sini. :D

Mt. Sorak

Lagi satu tempat popular ialah Mt.Sorak. Cantik. Saya merasa pegang salji di sini walaupun salji saki baki sahaja. Jakun3. Kalau pergi sini, naiklah cable car sekali untuk sampai ke atas gunung. Turun cable car belum lagi sampai gunung. Masih kena panjat lagi ke atas. Jangan risau, sudah disediakan laluan yang memudahkan. Ada juga yang datang ke sini tidak panjat ke gunung. Hanya berjalan di bawah sahaja.Sebab di sini juga terdapat tokong patung buddha yang besar. 









Daepohang Seafood Market

Pasar yang menjual makanan laut. Yang hidup ada, yang mati kering pun ada. Macam-macam jenis makanan laut yang tidak pernah jumpa di Malaysia, boleh jumpa di sini. Mahu makan segar-segar di situ pun boleh. Dia rebus hidup-hidup binatang-binatang tu. 









Phoenix Park Ski Resort

Wah, tempat seterusnya ialah tempat main ski!! X guna lah kalau datang Korea waktu ada salji tapi x main ski. Jadi...saya adalah kategori itu. Hahaha. Sebab, saya pergi dah musim bunga, tempat main ski pun dah tutup walaupun masih ada salji. Jadi, kita datang ke sini dan hanya tengok trek orang main ski sahaja lah. 




Jadi lah kan, buat-buat pijak salji. At least merasa. Huhu

Lotte World

Ini adalah tempat yang kalau tidak pergi pun x pa sebab kat Malaysia pun ada. Iaitu Genting Higland. Fungsi sama sahaja iaitu theme park cuma lagi besar, lagi banyak game. Sudah ada dalam iternary dan telah bayar sekali dalam pakej, jadi main sahaja lah apa yang sempat. Lepas tu kebulur sebab tiada lunch. Duit korea banyak lagi dalam poket tapi x boleh nak beli makanan sebab x halal. Jadi, kalau nak datang dan nak main sampai theme park ni tutup, bawak bekal nasi lemak, roti gardenia, biskut tiger plus air mineral banyak-banyak. Untuk kebajikan perut sendiri.










Nanta Show

Ini adalah aktiviti yang paling saya syor kan kalau jalan-jalan di Seoul. Pergi tengok nanta show. Bukan show tarian sambil bawak bendera atau lilin. Tapi show yang macam teater, tapi tidak bercakap, hanya melalui pergerakan dan perbuatan. Lagi sekali jakun ganda 8. Kalau ke Seoul, saya pasti akan ke sini lagi! Boleh google ya untuk detail show ni. Lokasi nya di Myeongdong. Salah satu tempat shopping. Oh, ini akan saya ceritakan di bawah point shopping kejap lagi. Hahaha. Lagi sekali, sila tengok nanta show ini kalau kalian ke Seoul ya!




63 City Building

Bangunan ni bukan ada 63 ye, nama sahaja 63. X tahu lah kenapa 63. Agaknya tourist guide ada cerita kot tapi saya tidur kot. Dekat sini saya pergi Seaworld ala-ala aquaria KLCC. Oh, aquaria KLCC pun saya tidak pernah pergi, tapi Korea punya saya dah sampai dulu. Deabak!. Dan lagi satu, di sini juga terdapat Wax Museum. Banyak lah patung-patung orang / hero / kartun  yang popular dekat dunia ni. 







Gwanghwamun Square

Ini adalah tempat yang saya tidak tahu apa tujuan ke sini. Square di tengah bandaraya Seoul yang ada patung jeneral diaorang dengan maharaja ka apa ntah. Kalau ke Seoul, ini x termasuk dalam iternary pun x pa, tapi kalau accident terpegi, boleh dimaafkan. Fungsinya sama seperti melawat tugu negara. Eh, tugu negara pun ada taman. Ini betul-betul square tengah jalan. x pa lah...buat jalan-jalan tidak tahu mana nak pergi, boleh la datang sini sambil tangkap gambar. Sebenarnya, kalau datang kena dengan harinya, ada aktiviti di square ni.




Shopping 

Ok, boleh mula tajuk untuk bershopping. Saya hanya pergi dua tempat sahaja untuk shopping. Ada lagi pasar lain tapi dalam iternary hanya pergi dua tempat sahaja. Iaitu satu di Myeongdong dan satu lagi di Dongdaemon. Antara dua tempat ini, kalau mahu cari servenior Korea ni, boleh cari di Dongdaemon. Dongdaemon ni macam uptown la, buka sampai pukul pagi. Harga barang di sini juga lagi murah dari Myeongdong. Ada juga tempat lain untuk bershopping macam di Insa-dong atau di Itaewon. Eh, banyak lagi lah tempat lain. Kalau pergi sendiri tanpa agency memang akan pergi tempat-tempat lain. 

Korea adalah tempat untuk cari alat-alat kosmetik. Saya ada juga pergi ke Cosmetic Duty Free Centre. Jangan risau, jika tidak tahu mana hendak cari, masih boleh cari juga di Myeongdong atau Dongdaemon. Tempat shopping yang lain juga ada. Kebanyakan produk masih menggunakan bahan yang sama, tapi jenama sahaja. Tapi berhati-hati juga. Sebab kita tidak faham tulisan korea. Ouch!

 Makan

Kelebihan berjalan mengikut agency ni ialah kebajikan makan memang terjaga. Tetapi dekat Lotte World tu je kebulur. Huh! Kalau perut ada enam belas macam saya ni, memang makan menjadi benda penting yang diambil kira. Kalau mahu mencari makanan halal di Korea, paling mudah hendak cari ialah di Itaewon. oh, di Nam-I Island juga ada kedai makan yang halal. Kalau di Malaysia tidak suka makan kedai mamak, kalau ke Korea, korang mesti jadi suka. Hahaha. Saya sudah mula berangan mahu jadi penjual nasi lemak di Korea.  Saya suka makanan Korea dan saya boleh makan kimchi. Sebab kimchi kat Korea dia telah perap banyak tahun, tu pasal lagi sedap kot. 

 Penerbangan

Saya ke Seoul dengan menggunakan Vietnam Airlines. Tapi kena transit dulu di Ho Chin Minh. Flight ok. Ada sediakan makanan halal by requested. Tapi untuk penerbangan singkat, maksudnya dari KL - Ho Chin Minh - KL , makanan untuk muslim tidak disediakan. Makanan seperti manusia yang lain.



Ok, kesimpulan, seronok juga ke Seoul. Saya akan hendak ke sini lagi. Bye2

Sampai jumpa nanti!