Saturday, March 30, 2013

:: Guilin Trip

Iya, ini entry yang melampau sangat sebab saya mengambil masa lebih setahun untuk kongsi pengalaman saya ke Guilin, China. Memang sangat melampau sebab saya masih pasti ke tidak tempat yang saya pergi. Hahaha. Try my best ok. nak cerita ni....

Saya sudah hilang ingatan ye untuk ingat aktiviti berdasarkan hari. Jadi saya kongsi secara rawak sahaja ini. Berdasarkan kepada gambar-gambar yang ada dengan tempat-tempat yang saya pergi.

Banyan Lake (Rong Hu) & Fir lake (Shan Hu)

Berjalan-jalan di dua tasik besar di Bandar Guilin. Tasik ni memang dijadikan tempat rekreasi untuk penduduk tempatan dan memang tourist guide juga akan membawa pelancong pusing-pusing tasik ni sambil cerita sejarah tasik ini.



Tengok gambar kitaorang sahaja lah ye. Background belakang tu baru lah tempat yang dimaksudkan.

Yangshuo

Kebanyakan orang yang ke Guilin, akan juga ke Yangshuo. Pekan kecil yang berpuluh kilometer juga dari Bandar Guilin. Ada juga beberapa tempat menarik di sini.

Fengyu Cave

Siapa yang suka berjalan-jalan dalam gua, boleh ke sini. Seperti gua-gua dekat Malaysia juga cuma diupgrade dengan lighting yang bermacam warna. So, apa yang menarik di sini ialah melihat batu-batu gua yang kena side effect daripada lampu. So, jadilah cantik batu-batu gua tu. 




Li River

Aktiviti menaiki bot dan melihat pemandangan di sepanjang sungai. Interesting juga. Sepanjang sungai boleh tengok gunung-gunung. SubhanaAllah...cantik bumi Allah ini.













Dan cantik juga makhluk-makhluk Allah ini :D

Elephant Trunk Hill

Dekat Li River ni, ada lagi portion lain yang menjadi tarikan manusia. Elephant Trunk Hill yang mana bentuk bukit ni seperti gajah. 


Ok, cuba tengok bukit belakang tu, kan macam belalai gajah.... :D

Pemandangan malam di bandar kecil ini juga cantik dan menarik. Musim sejuk....Ya Rabbi....sejuknye....berair sudah hidung.






Erm, sebenarnya ada beberapa tempat lain yang saya pergi tapi, saya sudah tidak ingat nama. Saya ada pergi Silk Store, Dr. Tea dan kedai-kedai herba cina, Adeh! 

Kalau hendak membeli belah, boleh pergi ke Zhengyang Market / Pedestrian Street. Tidak lah murah juga cuma boleh lah untuk membeli untuk di bawa balik Malaysia. Jangan lupa cari badam / kekacang ye kalau di sini. Sedap!  Sudah tidak tahu mana hendak cari kalau di Malaysia ni. 

Tips : Bargain harga separuh daripada yang diaorang bagi okeh!

Erm, ok. Maaf sebab saya sudah sakit otak nak ingat mana tempat saya pergi dekat Guilin. Diingatkan, kejadian ini setahun lebih yang lepas. 

Pendapat peribadi : Sesiapa yang suka tengok pemandangan semulajadi, yang suka tenang, jauh daripada kesesakan Kuala Lumpur tu, boleh la jalan-jalan ke Guilin. Yang tujuan datang untuk shopping, mungkin bukan di sini. Kalau untuk honeymoon...erk! bukan semua destinasi luar negara ke korang nak jadikan tempat honeymoon?? adeh!

Saya baru balik dari Korea. Entah, agak-agaknya tahun depan kot baru update cerita ke sana.

Ok, sampai jumpa nanti!




Friday, March 15, 2013

:: Tua dah..

Bila tengok cermin je, tengok rambut. Terutamanya bila ambil wuduk di ofis. Sudah nampak rambut-rambut putih. Pusing lah gaya rambut macam mana pun, nampak juga rambut putih walaupun secara mata kasar masih lagi nampak rambut hitam. Habis lah, siapa yang baca entri ni tahu sudah saya ada uban!!!

Kenapa beruban ye? Sebab rambut rosak agaknya. Erm, mungkin. Salah guna syampu atau apa-apa produk rambut kot. Pun boleh jugak kan. Ke sebab banyak sangat berfikir?? hahaha. Eh, boleh jadi. 

Entah lah.. yang pasti bila ada uban je dikaitkan dengan orang tua. Ye lah, mengaku lah saya semakin tua. Kalau cabut pun, dia tetap beruban balik. X pe lah, emak cakap  dia dengar ustaz cakap, x baik cabut uban. Sebab setiap helai uban tu adalah cahaya akhirat. Jadi, kalau kita cabut uban, kita menghilangkan cahaya akhirat daripada kita. Jadi, tidak lah saya mencabut uban.

Ye, saya semakin tua. 

Ok, habis. Sampai jumpa nanti!

Tuesday, March 5, 2013

:: Bedtime.Save My Country

Siap sudah claimed millage for last two months. Bercinta mahu sudahkan. Erm, sambil tu tengok Nightline. Update tentang beberapa anggota polis yang terkorban di Semporna. Saya tidak tengok berita pukul 8 tadi. Balik kerja tadi lalu di tanah perkuburan USJ 20 dan ramai sudah manusia di sana. Untuk sama-sama mengebumikan jenazah salah seorang anggota yang terkorban. Touching pula saya tiba-tiba.

Teringat pula saya waktu kecil dulu. Bila abah keluar rumah pakai uniform askar, mesti tanya abah, 'bila abah balik?' Sebab tahu abah nak masuk hutan. Abah dulu komando, selalu masuk hutan. Zaman abah dulu ada lagi komunis. Jadi, memang tahu abah kerja dalam hutan. Paling seronok bila abah balik. Kadang-kadang abah balik tengah malam sebab bila bangun tido nampak abah tengah tido. Tau lah tu yang abah balik malam tadi.

Jadi, bila terkenangkan anggota yang terkorban, terfikir saya, mesti anak-anak mereka seperti saya dahulu. Tahu abah keluar rumah nak pergi kerja lama-lama dan asyik tanya mak je bila abah nak balik. Alhamdulillah, dulu abah saya akan balik lepas kerja lama-lama dalam hutan. Dan saya terbayang anak-anak mereka sekarang yang tengok ayah pergi kerja dan bila ayah balik, orang lain yang angkat ayah mereka. Sedihnya..

Now, deep in my small heart, pray and hope agar situasi / konflik / masalah / negara saya hari ini berakhir. Tiada lagi manusia terkorban. Tiada kekejaman.

Ya Allah, forgive us. save our country, allow us to live in peace and harmony. 

Wassalam. Sampai jumpa nanti!

Sunday, March 3, 2013

:: Me , BestF, Paradigm Mall

Start my March's with a day i spent with my bestf. One of. Apat. Bukan dah lama x jumpa dia tapi dah selalu sangat. Antara  coursemate yg close and stayed nearby. She's married and dah anak pun. So if saya nak a girls day out dengan ddia, kena bawa anaknya sekali, Aisyah. Saya habis meeting,  then picked up her at home, dan ke Paradigm. Dah lama planned nak ke Paradigm sebab saya x pernah pergi. Jadi, bila orang tanya,sekurang2nya, saya sudah pergi sekali. :D

Ok, aktiviti biasa. Minum-minum dan cuci mata. Tiada yang istimewa. Mahu cari sesuatu tetapi belum gaji.Hahaha. 





Paradigm Mall; Ada sedikit x tahu jalan nak masuk. Sebab first time pergi. Parking banyak sebab during office hour kan pergi. Hahaha. Sesat dalam mall adalah perkara biasa walaupun Apat dah banyak kali pergi. Saya suka butik-butik yang ada dan yang penting surau dia adalah selesa!

Dalam tidak bergaji, saya masih melabur juga di mall ni. Hasil akhir perlaburan adalah yang berikut:-

Yang penting, saya hendak pergi sini lagi sebab sudah aim apa yang hendak dibeli. 
Ok, sampai jumpa nanti!