Saturday, February 23, 2013

:: #Random #Mode

Dedicate to unknown

See later!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, February 21, 2013

:: Online dan Shopping!!

Background music, Dingin by Ziana Zain

Cerita tiada kena mengena dengan lagu di atas. 

Perempuan suka shopping, emak suka jugak shopping, saya pun suka. Emak suka pergi Tesco, NSK, Econsave untuk cari ikan,Mydin Mart dekat Taman Tasik Prima dan pergi pasar setiap hari ahad. Nak cari ayam. Saya suka pergi Jusco. Oh, sekarang dah jadi AEON. Suka Taman Equin. Sebab senang nak cari parking. Kadang-kadang saya pergi IOI Mall. Tapi parking susah sikit. Kena berebut juga kadang-kadang. Selalu juga ada bangsa lain yang main masuk je parking walaupun saya dah bagi signal q masuk parking. huh, geram!

Ok, panjang intro. Sebenarnya, selain saya memiskin diri dekat pasaraya, dekat depan laptop ni pun saya boleh memiskinkan diri. Ala, orang lain pun banyak je beli-beli barang online ni. Termasuk saya. Kali ni bukan saya beli dekat Zalora, tapi saya beli dekat MPHONLINE . *saya tidak dibayar oleh MPH ye untuk cerita pasal dia dekat sini. Saya cari sebuah buku, dan dengar cerita buku tu distributor x banyak. Jadi saya mencari online dan saya buka la laman sesawang memang main distributor buku tu. Orang tanya soalan, admin x nak jawab. 2x kot tanya. Yelah, semangat membuak-buak nak dapatkan buku tu tahap over dah. Jadi bila x dapat layanan yang baik, try la search lagi kot-kot ada yang lain ke dan memang buka website MPH, mana lah tau MPH ada..dan, keputusannya, memang ada!

Selalu saya shopping baju, tudung online. Kali ni saya shopping buku. Teruja! Pilih-pilih buku, add to chart..dan bayar! Saya suka servis online yang disediakan oleh MPH ni. Kebaikan yang saya dapat dengan shopping buku dekat sini:-

i. Harga buku if beli online kadang-kadang lebih murah dari dekat store. Beli online dapat diskaun. Tidak perlu bayar yuran keahlian untuk dapatkan diskaun. Just daftar online je macam korang daftar nak jadi members airasia, facebook etc

ii. Tak payah susah-susah nak cari parking, lepas tu naik eskalator untuk pergi beli. Duduk depan laptop, pilih-pilih, masukkan no. visa / online banking then siap shopping! Cuma, kalau beli online x immediately dapat lah buku tu. 

iii. MPH sentiasa update status order kita, dan dia tidak menjanji manis yang mengatakan hari ni pos besok sampai. Dia bagi kita estimate hari yang bila kita boleh dapat buku tu. Bukan janji tapi pasti.

iv. Beli RM50 ke atas, shipping free. Makin banyak buku, makin tebal, makin berat, kos penghantaran percuma. Beli satu yang harga RM20 kena caj penghantaran RM7 ( kos minyak kereta dan duit parking Sunway Pyramid)

Reminder, saya tidak dibayar oleh MPH ye untuk page ini. Saya just share je. Kalau u all ada masa lapang dan suka membaca, boleh la buka website MPHONLINE untuk tengok update buku-buku yang terbaru, hot seller dan promotion online. Boleh klik sini  ye. 

Done. Sampai jumpa nanti!


Friday, February 15, 2013

:: Truly ; Jangan Lupa Namaku

Ikhlas dari hati, dedicate to u....

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana aku mengingati mu
Kerana aku mencintaimu

Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu, sepenuh hati

Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu
oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu


Wednesday, February 13, 2013

:: Malaysians. Shopping. Money.

Sepatutnya cuti sempena Tahun Baru Cina sampai hari ini sahaja (Rabu). Tapi tiba-tiba dapat mesej dari boss, office buka next Monday. Hendak cakap terima kasih dekat boss pun macam berat je sebab saya sudah berangan hendak kerja hari Khamis sebab kerja masih banyak yang pending. Satu, bukan sebab saya ni workaholic ye sampai x mahu cuti walaupun dah bagi. Dua, cuti lama-lama, nanti malapetaka macam-macam akan jadi bila mula kerja nanti. Tiga, x percaya, tengoklah nanti!

Mula runsing apa hendak buat cuti ni, sebab saya tinggal sendiri. 

Ok, cerita sebenarnya, saya pergi ke Batu Pahat last week. Sebelum balik ke rumah, singgah pula ke JPO (Johor Premium Outlets). Erm, boleh ke saya panggil singgah sebab saya kena menghala ke JB dulu dan kemudian baru balik KL? Jadi,manusia seperti saya iaitu realiti hidupnya banyak tempat belum pernah pergi, bermaksud, saya sebenarnya first time pergi JPO. Hee. Mahu tahu apa yang seronoknya shopping di sini. Orang lain dah banyak kali pergi, saya baru hendak pergi. x pe lah, bukan benda wajib pun kena pergi JPO, Legoland, Sunway Lagoon, Time Square, Aquaria KLCC, I-City.... (tempat-tempat yang saya tidak pernah pergi).

Jadi, bila sampai sini..erm, memang begitu ramai umat manusia. Pada hari raya cina pun, ada juga jumpa orang cina ke sini. Apa x pergi beraya ke diaorang? adoi! Orang Malaysia ada, orang x Malaysia pun ada. Suasana macam pergi J-Card members punya sale. Ke memang hari-hari orang datang JPO ni untuk shopping? Banyak sungguh duit diaorang. Cerita pasal banyak duit, dah penat berjalan, duduk sekejap berehat. Sambil-sambil tu tengok orang yang keluar masuk butik-butik yang ada. Bila tengok orang-orang yang lalu lalang dan keluar masuk pintu, saya boleh simpulkan, hampir sebahagian besar mesti bawa hasil membeli. Dekat tangan tiada yang kosong. x kisah lah walaupun hanya membeli coklat di JPO! Dan lalulah di tepi saya satu geng manusia ni. Ada lelaki dan perempuan dan saya rasa umur muda sedikit dari saya. 5-6 orang. Wahhh...setiap orang bawa hasil dari COACH! Kayanya buadak-budak ni! Then ada 2,3 orang dalam group tu bawa hasil juga dari BONIA.Tu belum lagi keluar PEDRO bawa hasil.

Kesimpulan awal saya buat, murah sangat ke barang-barang ni dekat sini? sampai semua orang boleh beli. Ke ada diskaun jualan runtuh. Lepas tu saya buat andaian, budak-budak ni orang kaya kot. Sekali shopping boleh beli macam-macam barang berjenama. Lepas tu buat andaian lagi...alah...tu mesti ada orang kirim. Hahaha. Annoying kan saya sebab boleh tengok apa yang diaorang beli lepas tu boleh fikir pasal duit diaorang. Erm, saya rasa miskin pulak datang sini. Takut saya tengok orang-orang dekat sini bershopping. Macam menggila je. Tu belum dekat butil-butik yang mampu milik. 

Alah, saya cakap orang lain, saya pun bershopping jugak. Hahaha. Tapi barang yang saya beli masih lagi di dalam bajet yg saya target for spent there n saya rasa worth it untuk beli. Kalau harga after less still sama with sunway pyramid, buat apa susah-susah cari sampai JPO. Dan bila saya cakap, saya nak shopping dengan bajet RM500, i'll try to spend less from that amount. Kalau terlebih, saya dah rasa, saya telah mempapa kedanakan diri sendiri. Erm, itu lah saya. Kalau saya rasa saya x mampu nak beli handbag cap COACH, saya x beli. Handbag jenama biasa-biasa pun apa salahnya!

oh, banyak pulak nyamuk dekat rumah mak ni. Sampai jumpa nanti! 

Wednesday, February 6, 2013

:: It's Just a Planning

Actually, it's not a compulsory activity tetapi bila hampir setiap tahun berlaku, terasa macam pelik pula this year belum ada plan apa-apa lagi untuk saya pergi bercuti. Itu lah yang ingin saya highlight kan kali ini. Saya bukanlah berduit mana pun yang mana mesti pergi berjalan-jalan but sometimes dengan pergi pergi bercuti buat kita lupa sekejap tanggungjawab rutin harian hidup hari-hari.

For 2013, i already planned for myself what i'm going to do and where i'm going to go. Just myself! Hohoho. Harap sangat saya berjaya. Selain tujuan berjalan-jalan, saya mahu belajar mengikis sifat paranoya yang ada dalam diri. At late 20th aged, i'm still paranoid in lots of things. Ok, jom start merancang ! Erm. That's all. 

Sampai jumpa nanti!