Friday, January 25, 2013

::Uninstalled

Ok, uninstalled dah new apps untuk update blog. Can't upload picture. How come ha? Oh, now getting sick with windowphone(sometimes). With limited apps can found at market place, instagram sikda untuk windowphone.huh! Apps for blogging pun x banyak choice. Banyak yang apps yang individu created untuk syok sendiri. And now, updating this page still through phone but kna masuk page blogger dulu. No direct apps. But saya just download shortcut for getting here ang dia ada pin for blog,google translate,youtube and lagi satu x ingat. Ok lah. Better then nothing.
Ok, even less apps i can get from this phone, i'm not regreted bought it. Sayang kot. Susah kot untuk saya tukar2 phone. Bye!

See later!

Monday, January 21, 2013

:: Hujung Minggu

Simple activity dengan kawan-kawan sekerja. BerBBQ dan bermandi air terjun di Hutan Lipur Sendat, Hulu Yam. Walaupun aktiviti di air terjun, saya nak highlightkan tiada pun gambar air terjun yang saya ambil. Terlampau excited tengok air terjun, langsung terlupa hendak captured gambar air terjun.

Sampai sahaja, set up tempat nak bakar ayam. Everything under schedule sehingga mereka sempat makan breakfast dulu dekat kedai mamak. BBQ pun ok cuma saya terlupa bawa minyak dan tiada penyepit ayam. Kepak je ranting yang macam buluh tu untuk jadi penyepit ayam.









Ok, sampai jumpa nanti!

Thursday, January 17, 2013

Thursday, January 10, 2013

:: Koc Untuk Wanita

Dah lama sebenarnya saya tidak menggunakan train untuk kemana-mana. Dulu waktu time study, nak balik kampung, sampai puduraya je naik train nak balik rumah. Ni bila dah kerja, memang x da keperluan lah nak naik train. Saya lah antara ramai-ramai yang bersesak-sesak dekat Klang Valley intercity highway ni.Dan hari tu, saya tiba-tiba kena pergi meeting dekat KL Sentral. Masalah utama saya bila pergi tempat-tempat macam ni ialah tidak tahu dekat mana hendak parking. Jadi atas advised kawan sekonsultan yang lain, saya pun naik lah train. Itu pun fikir-fikir kat mana nak letak kereta, stesyen mana nak pergi. Di pendek cerita, balik meeting, mahu singgah MidValley. Jadi naik komuter. 

Mula-mula, berdiri lama juga dekat auto-machine tiket tu sebab mencari-cari dekat mana nak tekan dulu. Peduli lah orang belakang ramai ke tidak. Dah dapat tiket, nak pergi masuk platform. Saya tidak tahu lah hari tu je ke atau sememangnya hari-hari yang tiket tu x payah masuk dah dekat mesin yang ada palang tu. Saya carilah mana satu mesin yang boleh sebab semua tanda X warna merah. Rupa-rupanya guard palang tu cakap masuk je..x da masuk-masuk tiket. Ok, sistem baru kot. Lepas tu menggelabah, MidValley dekat platform berapa. Saya ingat sama dengan nak pergi Subang Jaya..maksudnya platform ke Pelabuhan Klang. Rupa-rupanya dekat platform Seremban. Nasib baik sebelah-sebelah. 

Saya first time merasai koc untuk wanita. Sebelum cerita lebih lanjut, saya cakap awal-awal ye, saya memang jakun sebab saya dah lama x naik komuter / LRT. Jadi, kalau anda nak cakap jakun ke ape, saya xkisah :)

Dekat platform pun sebenarnya dah ada ruang menunggu untuk wanita. Waktu peak hour, memanglah ramai manusia tengah tunggu train. Saya turun sahaja eskalator, nampak sign ni, terus sahaja ke sini. 


Komuter sampai sahaja memang tepat kena koc untuk wanita. Saya ingatkan lagi sekali yang saya berada di tahap jakun ye. Benda ni bukan perkara baru bagi manusia lain tapi perkara baru bagi saya.


Koc memang kosong. Tidak perlu berebut pintu masuk dengan orang lelaki. Yang penting dalam koc tu hanya ada wanita. Saya rasa selesa walaupun saya berdiri.


Saya rasa seronok pula naik komuter sebab first time bagi saya, saya rasa selesa. Mula lah berangan hendak naik train pergi kerja tapi tiada pula nearby station di rumah dan office. Lepas ni saya memasang niat hendak naik public transport lah kalau kena ke pusat bandar. 

Boleh tak lepas ni wujudkan shopping complex untuk wanita, kedai makan untuk wanita sahaja. Hahahaha. Bahagia pula rasanya kalau ada sesuatu tu untuk wanita sahaja. :D

Ok, sampai jumpa nanti!



:: Handbag

Saya sebenarnya sudah masuk fasa hilang sabar juga sebab saya tak jumpa apa yang saya hendak cari dalam handbag. Handbag bukanlah besar mana pun, tapi serbanika yang ada tu boleh cari tak jumpa.

Bukannya banyak benda yang ada. Seperti handbag orang lain juga. Ada kunci2,handphone,purse. Yang extra ada vicks. Tapi bengang juga, cari handphone x jumpa. Masalah sebenarnya, dalam tu ada tiga handphone. Bila seluk2, saya xdapat handphone yang saya nak terutamanya bila tengah drive, handphone berbunyi, nak pick up, saya tergrabbed handphone lain. Handphone yang berbunyi tak dapat. Itu lah masalah selalu saya.

Bila di ofis, saya keluarkan semua handphone letak atas meja. Kunci2 letak dalam laci dan purse juga. Penyudahnya handbag kosong juga. Selalu terfikir, kenapa orang perempuan ni tak macam orang lelaki. Items yang nak di bawa sama saja dengan mereka. Mereka x bawak handbag pun. Yang kita2 ni sibuk usung handbag.  Erm....terfikir tiba2 benda ni.

Ok lah. Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, January 4, 2013

:: Dinner

Nothing special. No idea to write here. Just sharing this photo. Simple dinner after worked.  Strawberi Western Fried Rice, Chicken Butter Rice, Fresh Orange and. Fresh Watermelon Lychee.

Ok, see later!

Published with Blogger-droid v2.0.6