Wednesday, December 18, 2013

:: Mee Suah plus Crab

Haha...akak x tau masak dekkk.. Kira macam dalam gambar ni dah kategori terbaik dah...hahs Antara salah satu makanan kesukaan. Mee suah! Senang benar nak masak. Sampai emak pun x sanggup nak masakkan.haha. Saya nak makan, kena masak sendiri! Kali ini bubuh crab...nyum3 Resepi? Haha...malu akak nak kongsi dekk. Aci campak2 sambil tengok drama tv9. Sampai jumpa nanti!

Saturday, December 14, 2013

:: Hat Yai Trip!

Jika ikut kronologi, saya sepatutnya cerita trip ke Bangkok dahulu baru cerita di Hat Yai. Saya ke Bangkok dan balik ke Malaysia melalui Hat Yai. Bukan naik kereta ke, bas ke. Dari Bangkok saya fly ke Hat Yai. Dan dari Hat Yai saya balik ke Kuala Lumpur dengan train. Ok, itu sinopsis.




Sampai di Airport Hat Yai dalam pukul 3 waktu sana. Study dah sikit-sikit macam mana nak survive dekat Hat Yai ni. Kalau buka blog-blog orang Malaysia, kebanyakan pergi sini sama ada naik kereta ataupun train. x banyak cerita yang naik flight. Jadi bila sampai airport, tenang nye lah airport sini. Macam dekat Krabi. Hahaha. Salah satu cara mudah hendak ke bandar dari sini adalah menaiki teksi. Ye! pilihan yang terbaik!

Keluar airport, nampak ada satu meja kecil dan seorang perempuan tengah duduk. Kitaorang cari tempat nak naik teksi tu tapi macam x da tempat lain je nak tuju, so kitaorang tuju la ke perempuan tu. Ye, betul..dia adalah kaunter teksi. Tapi teksi yang tunggu van penuh. Seorang 100 baht. Belasah sajalah sebab tengok macam xda tempat lain dah nak cari teksi. Tapi..bila dah naik van tu..baru nampak ada lagi satu bahagian dekat airport ni ada ramai orang..

ooo...dekat situlah agaknya yang kata ada teksi ke bandar 150 baht je! huhu. xpe lah.. dah naik kan van tu.

Awal-awal lagi perempuan dekat meja tu tadi tanya hotel mana. Disebabkan kitaorang x de booking mana-mana hotel, jadi cakap kat dia nak berhenti dekat stesyen keretapi. Ye lah, besok balik nak naik keretapi, sekurang-kurangnya tau lah kat mana stesyen tu. Dah tau stesyen, cari lah hotel-hotel yang dekat dengan situ. Bijak kan? haha


Stesyen keretapi Hat Yai ni memang dekat bandar. Jalan sikit ada shopping mall Robinson. Kitaorang pun jalan sikit lepas Robinson, nampak dah beberapa hotel. Masuk satu hotel. Harga standard la..hotel x berapa nak budget tapi mampu milik. Tapi kena reject. Sebab..

i. x de wifi dekat bilik ( penting woo....sebab x paham tok sami siam cakap apa dalam tv)
ii. Ladyboy jaga kaunter tunjuk gambar bilik..macam x best je.. haha. Nak duduk satu malam je..boleh nak melebih2 plak kan aku! over!
iii. Ada bau colok kat lobi...pening mak! padahal bukan nak tido kat lobi pun kan. mengada-ngada

Then, seberang jalan sikit, jumpa lagi satu hotel. Lupa lah namanya. Dan telah menepati kriteria yang kitaorang hendak, harga pun ok..so proceed. Lupalah nama hotel. Serius! tapi memang dekat je lah dengan stesyen keretapi. Kurang 10 minit la jalan kaki. Kira dekat lah kan?

Gambar katil, toilet ada...nama hotel lupa plak nak tangkap gambar.




Typical Malaysian...setiap sudut dalam bilik tangkap gambar..huhu

Dah ting tong ting tong....perut pun lapar...last makan pagi tadi dekat Chatuchak. Jadi keluar cari makan lah. Plan asal hendak pergi Floating Market tapi mengenangkan duit baht dah nak habis dan tambang tuk tuk pun boleh tahan..kitaorang x jadi pergi lah. 

Makanan halal dekat  Hat Yai ni pun x susah nak cari. Jalan sahaja ke Lee Garden tu..banyak gerai-gerai dekat situ. Ok, berada di Lee Garden tu seperti berada di Malaysia ye. Sebab berlambak orang Malaysia di sana. Restoran yang menjadi tumpuan orang Malaysia ialah Restoran Hamid. Boleh bayar dalam RM juga. Harga seperti biasa, boleh tahan.. haha

Kenyang makan di restoran..jalan-jalan lah sekitar Lee Garden. Hari dah malam. Ramai orang Malaysia. Bila kita senyum, x nak senyum balik..Helloo!! ko pergi Hat Yai je kot! 

Dekat Bangkok saya x dapat makan pulut mangga. Dekat Hat Yai saya pulun makan! Harga 40-60 baht je kot. Ikut saiz mangga. Manis pulak tu. Tapau lah. nak makan kat bilik. Tapau juga dim sum, udang, buah-buah..nak berkelah dalam bilik pulak. haha. lepas tu pusing beli kacang, fm dan t-shirt. T-shirt tulis Bangkok ye, bukan Hat Yai. Dekat Bangkok x rasa nak beli, kat sini baru nak beli! huhu

Oh, di bilik dapat TV3. Jadi malam tu kitaorang tengok cerekarama. haha. Sebelum tu channel apa ntah tayang movie White House Down. Bahasa Siam. Saya jadi tukang translate pada member. Sebab dah tengok kan.. huhu

Besoknya...Hat Yai sedikit hujan. Kitaorang keluar terus check out. Tinggal beg dekat lobi dan pergi makan. 


Tengahari ni kitaorang makan di Restoran Salma pula. Pun dekat juga dengan Lee Garden Plaza ni. Kitaorang masuk sekejap Lee Garden ni...apa benda lah yang ada sampai ramai benor yang datang sini....At least masuk kan.. haha

 Typical Malaysian again..tangkap gambar makanan

Lepas makan, boleh tapau lagi sekali pulut mangga tu..sebab nak makan dalam train. Hahaha. Sebelum ke hotel balik ambil beg, kitaorang masuk pula Robinson. Janji masuk kan..

Setel semua, ambil beg dan terus pergi stesyen keretapi. waktu tiket pukul 1600..waktu Thailand ye. Bukan Malaysia. Di stesyen ini pun ada surau. Jangan risau. Tiada alasan untuk tidak solat :D




Naik train, mestilah ambil yang ada katil ye. Gila kau lebih 12 jam nak tidur duduk..haha


Ok, si jakun yang gemuk ini excited naik train dan ada katil. First time kan! Hahaha. Nanti nak pergi lagi Hat Yai dengan naik train dan ada katil sebab nak makan pulut mangga. Sini mahal kot..RM12 dekat Thai Thai..hahaha


Ok, sampai jumpa nanti!




Friday, December 6, 2013

:: Putu Perak

Iya, ini gambar putu Perak. Kuih tradisional. Tidak pasti hanya boleh jumpa di Perak sahaja atau tidak. Yang pasti, saya beli di R&R Ulu Bernam arah selatan...masih di Perak. Iya, di RTC Gopeng juga ada. Pun di Perak..boleh cari di sana jika mahu cuba ya! Sampai jumpa nanti!

Wednesday, November 27, 2013

:: Berbola Dan Berkuda

What your children can do at MB? Iaitu....berbola dan naik kuda! Mana-mana MB pun ada playground untuk kanak-kanak yang x nak duduk diam di meja makan. Dah melalak kat meja, bawak bagi main then lepas tu melalak balik sebab kena pijak dengan kanak-kanak lain yang lagi ganas! Ok fine...jom balik!
See later!

Friday, November 22, 2013

::FM

Bukanlah hobi sebenar....bukan suka sangat tengok peti sejuk tu penuh. Rimas sebab sarat lagi ada....tapi macam feeling2 seronok pulak tengok banyak tempat tertampal kat situ..haha See later!

Saturday, November 16, 2013

:: Weekend.Home

Washing,sorting clothes...like usual. No cooking today. Lunch at Tesco. Portugese grill. The tasted is not too nice and not too bad. Bought chatime. Then, going back in heavy rain.

Friday, November 15, 2013

Sunday, November 3, 2013

:: November Gateway

First day on November, every year and never changed, Happy Birthday myself. No regreted if nobody remembered it.

But, thanks mom because always be the first! Followed by sisters and brother always forgot then wished at night on that day. Thanks familia! Love never end.

My xoxo girls....thanks also.

Now, on the way back to real life...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, October 26, 2013

:: Semperit Merah Emak

Ha, ini gambar kuih semperit (xpasti ejaan betul ke x). Berwarna merah. First time saya makan semperit warna merah. Emak buat. Adunan ikut majalah resepi..warna tambah sendiri. Kenapa warna merah?? Sebab cucu di rumah bernama ammar suka makan apa sahaja berwarna merah.....that's why, emak bubuh kaler merah..termasuk kalau masak kek, kuih apam dan nasi hujan panas..tetap akan lebihkan warna merah.

Resepi kuih semperit warna merah??? Boleh cari sendiri ya resepinya. Kalau saya kongsi resepi di sini, emak mesti berbangga sebab saya mampu bagi resepi dekat orang lain dan emak pun x payah susah-susah beli buku or majalah yang ada resepi untuk memasak and baking. Hahaha...

Ok, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 24, 2013

:: People, I'm Waiting..

Waiting for ktm's. Out for meeting at Sentral. Very hard to find place for JLP..heawww....Malaysia, u asked ur people using public transports, so u should provide the best facilities for them. Okeh!

See later!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 4, 2013

:: Mandi Bunga?

Kan ada kepercayaan orang-orang tua, eh..orang dulu-dulu,..kena mandi bunga untuk buang bad luck? Betul ke?
Mengarut kot? Tahyul kot? Mana nak cari bunga 7 jenis? 7 kaler? Mandi dekat 7 sungai? 7 berembun berturut-turut? Macam mana??

Jadi....JLP, jom kakak bawak pergi mandi ek...bukan mandi bunga, tapi mandi sabun...

Dah lama tak mandi ni...tu pasal orang hentam.

Ok, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 30, 2013

:: People are not same

Feeling sick, everybody around me.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 25, 2013

:: Lets Be A Good....Receptionist

Kalau pergi mana-mana office, selalunya kita akan jumpa siapa lepas masuk pintu?

....... receptionist! 

Jadi, first impression outsider for that office are base on their receptionist.. kan? Diaorang memang mainkan peranan penting juga untuk company kan? Without them, huru hara juga office. Cuba kalau diaorang cuti sehari...

.....siapa nak buka kan pintu office kalau ada orang tekan loceng?

......siapa nak jawab kalau ada orang telefon?

.....siapa nak tolong buatkan courrier kalau ada urgent?

.....siapa nak tolong cop kan received date untuk surat?

.....siapa nak tolong ingatkan schedule meeting? ha..siapa? siapa? Sendiri mau ingat lah sebab sendiri yang mau pergi meeting! hahaha

Jadi, tugas diaorang bukan sahaja sebagai penyambut tetamu tapi jadi telephonist, jadi secretary juga, jadi menteri kebajikan juga. 

Ok, macam mana mahu jadi receptionist yang good, excellent, smart dan ohsemmm??


Kita adalah orang  yang ditugaskan mengawal orang keluar masuk office. Betul x? Bukan lah maksudnya jadi pak guard tapi kita lah satu-satunya orang yang boleh bagi orang lain sama ada boleh ke tak masuk dalam office. sebab kita adalah orang yang control intercom /security pintu tu. Jadi, bagi yang kedudukannya memang menghadap pintu masuk utama office, tiada masalah sebab kita boleh tengok siapa yang tekan loceng. Tapi bagi yang kedudukannya memang x nampak pun pintu masuk, yang hanya tengok dari cctv siapa yang tekan loceng, tanyalah dulu melalui intercom tu siapa. Jangan main bagi je masuk. Tanya siapa, dari mana dan mahu jumpa siapa. Simple kan? Kalau main bagi masuk je, tiba-tiba yang naik tu, perompak bawa parang? Naya..naya.....


Kita adalah orang pertama jawab panggilan telefon kan. Jadi, simple juga...ala, kan kita suka tengok drama-drama yang kat tv tu. Yang selalu kalau berlakon dekat pejabat je, semua nak gaya korporat. Ada kan? pernah tengok kan? Jadi, janganlah tengok drama tu, tengok semata-mata je, Tengoklah sekali apa orang-orang yang berlakon dekat pejabat tu buat...

Bila pickup phone, contoh

" Syarikat ABC, good morning, 
oh, Mr.X...may i know who's on the line? and from? Regarding what project?
ok...hold on ya!"

Senang kan? Tak kena bayar pun kalau tanya banyak. Kena tahu who's on the phone tu..jangan main transfer sahaja. Ni ntah-ntah orang nak jual insuran ke, jual kupon nak kurus ke..

Contoh lain,

" Syarikat ABC, good morning, 
oh, Mr.X not in office. May i leave your massage? 
Phone no? May i know who's on the line and what purpose? Any urgent matter?

Ok, tidak digalakkan memberi phone no staff yang tiada tu sesuka hati kepada orang luar. Dia boleh tinggalkan mesej dekat kita dan kita sendiri boleh contact staff tu. Guna je telefon office tu untuk contact staff. 

Dan, angkat telefon dengan berhemah. Jangan gaya seperti along kutip hutang. Ingat, imej syarikat berada di tangan anda! :D

Ada setengah office kecil, kita juga yang menguruskan segala keperluan office. Seperti update filing, check stationary, kebersihan dan keindahan office, buat kerja-kerja admin..bancuh kopi..eh.

Betul x? 

Jadi, make sure segalanya smooth. Jangan hari ni kita oder pen.. besok pulak tengok ubat stapler habis, kita oder ubat stapler, lusa oder gam, tulat oder kertas, tonggeng oder fail keras, lepas tu hari lepas tonggeng oder fail nipis.....

Ha, nampak sangat korang rajin mengoder hari-hari. Jadi, sebenarnya kalau kita yang uruskan segala benda-benda tu, kita tahu apa yang ada, apa yang dah habis. Betul x? Jadi, buat lah checklist sebelum membeli. Haishh....x kan ini pun akak yang kena ingatkan???


Ok, actually, simple sebenarnya semua benda kalau kita ikhlas dalam bekerja! Ingat, imej syarikat berada di tangan anda..besarkan tanggungjawab anda? hehehe. 

Ok, sampai jumpa nanti!








Tuesday, September 3, 2013

:: Krabi Trip!

Ini adalah entry trip saya ke Krabi, Thailand. Saya cuba cerita mengikut kronologi masa dan aktiviti. Saya ingin mengingatkan, ini merupakan entry yang panjang kerana saya sudahkan semua cerita dalam satu entry.

20hb Jun 2013

Misi ke Krabi tetap diteruskan juga walaupun tidak cukup orang. Mula sampai di Krabi sekitar pukul 7 pagi waktu Krabi ( 1 jam lewat daripada Malaysia). Lepas settle pergi toilet, checked imegrisen, so kami berjalan nak keluar airport. Ok, jangan risau bila ke Krabi tanpa agency pelancongan. Sebab tidak susah hendak jalan-jalan di sini. Belum pun keluar airport, sudah ada information counter, kaunter beli tiket bas, teksi dan kaunter tiket flight untuk penerbangan domestik. 

ok, ini ialah matahari pagi pandangan daripada tingkap kapal terbang,
 konon-konon mahu ambil angle menarik tapi.......

Memandangkan ini adalah percutian budget, jadi segala pergerakan dan perjalanan, kami cuba meminimakan kos. Hahaha. Bila berdua, pilihan menggunakan bas adalah sebetulnya. Jadi, kami terus ke kaunter tiket bas. Sudah ada perempuan jerit Aonang! Aonang! Krabi!.. Tambang ke Aonang ialah 150 bath / pax..Oh, nak kira duit dekat sana sangat senang..buang sahaja 0 dekat belakang. Jadilah duit kita, RM, plus minus. Sudah naik bas pun,  jangan risau nak tekan loceng dekat mana...tunjuk sahaja nama hotel, driver bas akan tahu mana hendak hantar..sampai celah-celah bangunan dia lalu. Agaknya tema syarikat bas ni..'Delivery Into Your Hotel Doorstep'..:P


Memang dasar bukan orang tempatan, gambar bas pun mahu ambil. Kan?

Sampai pintu hotel sekitar 9 pagi lebih. Rasanya. Dengan harapan boleh check-in terus. Harapan sahaja lah ye. Sememangnya manusia dalam bilik pun masih tidur lagi. Sudah tulis dalam peraturan hotel yang check-in pukul 2, lagi hendak tanya boleh check-in ke tidak pukul 9. Disebabkan belum ada bilik dan tidak tahu kemana hala tuju, minta belas ihsan hotel untuk advice apa yang kami boleh buat sepanjang pagi ni.

Dia mula buka sistem aktiviti apa yang kami boleh buat pada hari itu. Memandangkan kami sampai pagi tapi bukan awal pagi iaitu pukul 8, hanya beberapa aktiviti sahaja yang boleh dilakukan. Oh, cerita berkaitan hotel akan saya jelaskan di dalam point penginapan nanti ya! Setelah kira-kira,  memang lah katanya pakej-pakej aktiviti ni, kena jalan-jalan untuk cari mana best price, tapi kami ambil sahaja apa yang orang hotel ni offer. Sudah malas hendak fikir dan cari yang lain. * Baru sampai beberapa jam saya sudah malas hendak fikir apa yang patut dan tidak patut bila ada di Krabi ini.

Sebetulnya perut sudah lapar. Walaupun sudah breakfast di nasi lemak Marrybrown di LCCT tadi..saya masih lapar. Setelah decide apa aktiviti hendak buat, kami ada masa satu jam untuk menunggu agent tu datang ambil. So, kami berjalan untuk mencari apa yang boleh dimakan. Saya juga akan ada point makanan kejap lagi..

Dekat sahaja dengan hotel, ada satu kedai makan Islam. Kedai tidak bernama. Itu sahaja yang buka, jadi masuk sahaja dan makan apa yang ada.

Belum pukul 10, kami sudah makan nasi. 
Set sambal belacan dan ulam tu memang dia bagi dan sambal itu pedas!

Sudah kenyang, balik hotel dan tunggu orang datang ambil untuk beraktiviti. Apa yang kami buat pada hari ini ialah....

Elephant Tracking = 600 bath
Kayaking = 600 bath
* Orang hotel kata ini harga after diskaun..tapi bila tanya-tanya orang Malaysia yang jumpa dekat sana..memang itulah harga yang sebenarnya.


Elephant Tracking

Jauh-jauh pergi oversea adalah untuk naik gajah. Dekat Malaysia sudah tiada gajah? Itu ialah soalan saya buat untuk diri sendiri. Kalau dekat negara sendiri tidak tahu bila akan naik gajah kan? Jadi, kata pun sudah sampai Siam yang similar dengan gajah, naik sahaja lah. Barulah Krabi!



Boleh buat muka cuak lah bila  sedang menaiki gajah. Lagi-lagi bila gajah dari atas darat masuk dalam sungai. Ini kali pertama dan terakhir saya naik gajah. Haha. Bukan tidak seronok tapi sudah tidak mahu naik lagi lain kali. Sewaktu naik gajah saya sudah terbayang, kalaulah gajah tu tiba-tiba mengamuk, lepas tu dia libas saya dengan belalai, dia tolak-tolak badan dia, lepas tu saya jatuh. wah, drama sungguh! ok, itu sebab saya tidak mahu naik gajah lagi.

Lepas naik gajah, boleh bagi gajah makan pula.
 Saya terbayang tangan saya dah masuk dalam mulut gajah yang besar tu. Oh, drama lagi!


Kayaking

Selepas pusing hutan dengan gajah, kami berkayak pula. Tips; Kalau rasa dekat Malaysia hanya tidur, lepak, makan tanpa buat apa-apa exercise, tidak digalakkan melakukan aktiviti ini. Aktiviti yang memenatkan tetapi menyeronokkan. Saya rasa berbaloi dengan membayar aktiviti ini. 



Berkayak daripada laut ke muara sungai dan patah balik ke laut. Sambil tengok pemandangan yang cantik. SubhanaAllah..saya suka.




Sudah letih berkayak, kami balik hotel dan tidur maghrib waktu Malaysia.... sakit-sakit badan hanya Allah sahaja yang tahu. Terfikir juga, sebenarnya saya sedang bercuti, kenapa perlu buat aktiviti yang meletihkan dan menyakitkan? Untuk mengubat rasa sakit, saya menjadi optimis bahawa kayaking ini memang menyeronokkan! Dan memang...seronok!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21hb Jun 2013

Esok hari sudah siap-siap mahu pergi pulau. Breakfast di hotel. Pakej-pakej untuk ke pulau ini juga ada banyak. Kena pandai pilih sahaja. Kami punya pakej pergi Tup, Poda, Chicken Sii dan Phra Nang Cave Bay. Semua 500 bath. Oh, ini juga bukanlah pakej yang terbaik tapi kami ambil disebabkan percaya sahaja apa yang orang hotel  recommended. Kalau rajin, sehari sebelum hendak island hoping, pusing-pusing la pekan Aonang atau Krabi  untuk tengok pakej mana yang best ok! Jangan risau, kebanyakan kesemua pakej ini termasuk sekali dengan lunch, dan halal.











Aktivti ke pulau ini memang mengambil masa satu hari. Pagi sampai petang. Lebih kurang pukul sebelum pukul 5 sudah sampai pintu hotel. Hari ini tidak memenatkan seperti semalam. Sampai hotel, kami mandi, solat dan keluar balik untuk makan dan shopping. 

Oh, Jumaat, Sabtu dan Ahad, di Pekan Krabi ada Night Market. Boleh lah kalau hendak ke sana. Kami pun berangan hendak ke sana juga sampai sewa motor, 250 bath / 24 hours. Penyudahnya entah sampai ceruk mana-mana di Pekan Krabi. Jumpa pasar yang jual makanan sahaja. Tidak beli apa pun. Pusing-pusing sekejap dan mengelabah juga mahu balik ke Aonang sebab hari sudah malam. Balik ke Aonang juga sesat..Hahaha...sesat di negara orang bukanlah sesuatu yang kelakar tapi kalau kita sesat, elakkan dari menggelabah dan mari berfikir yang kita masih di bumi Allah lagi.Sekali lagi saya berfikiran optimis ketika di Krabi ini. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
22hb Jun 2013

Sudah 2 malam kami di sini dan hari ini adalah hari untuk balik. Sekejap kan? Flight tengahari, jadi pagi sebelum balik, kami berjalan di Aonang untuk menghabiskan saki baki duit yang tinggal. Lepas last called shopping, balik hotel for check out then ke airport...Bye2 Krabi!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penginapan

Kami stayed di Aonang Cozy Place. Overall, hotel ini memuaskan juga. Harga juga berpatutan.Tempah di Agoda. Siap pakej breakfast. Bersih..cuma tiada toiletries seperti sabun, syampu etc. Oh, setakat tinggal budget hotel, mahu semua kemudahan. Melampau..kan?. Kemudahan lain agak ok. Tetapi ada pula anjing dekat hotel ni. Sedikit kurang best lah.  

Jika mahu bercuti di sini, boleh tinggal sama ada di Pekan Krabi atau Pekan Aonang. Rate harga lebih kurang sahaja. Jika mahu dekat dengan laut, boleh stay di Aonang. Pilihan hotel juga banyak di Aonang. Aonang dan Krabi lebih kurang 30 minit juga kalau naik scooter..vroom..vroom. Jangan risau juga jika belum booking hotel sebab walk-in juga mudah dapat. Jika bukan peak season.





Makanan

Makanan halal juga senang nak jumpa di sini. Jika kalian dari Krabi, mahu menuju ke Aonang, banyak juga kedai makan halal di tepi-tepi jalan. Gerai-gerai yang boleh angkut meja kerusi pun ada. Tapi waktu siang lah. 

Biasa kalau ke Krabi, orang akan cari pencake. Saya pun x tahu benda tu glemer. Rasa macam makan roti canai pisang je. Tapi, apa salahnya cuba kan? Tak perlu bawa bekalan makanan daripada Malaysia. Harga juga tidak jauh beza dengan Malaysia. Jangan lupa cuba tom yam dan makan Mango sticky rice ya!


Ok, ini adalah padthai dan pencake...


Pengangkutan

Disebabkan kami tinggal di Aonang, dan kebanyakan kedai makan dan tempat bershopping di sini, kami hanya berjalan kaki sahaja untuk kemana-mana. Tapi, pada malam 1st sahaja. Besoknya sudah sewa scooter sebab malas dah nak berjalan. Tidak berlesen atau tidak berhelmat tiada masalah di sini. Bak kata orang hotel tu, jika jumpa polis, tak payah tunjuk lesen. 'They don't want your license, they want the money'! Tapi, saya tak jumpa polis pun tahan motor. Orang di sana tak pakai helmet pun...kami je yang sibuk nak jugak pakai helmet.


Shopping

Krabi bukanlah tempat untuk membeli belah. Krabi lebih kepada tempat bercuti dan beraktiviti. Jadi, tidak perlu masukkan shopping untuk list to do in Krabi. Seperti tempat perlancongan lain, banyak kedai-kedai menjual sevinior sahaja di sini. Kepoweran saya bargain membargain ni macam tak jalan sahaja di sini. Susah pulak rasanya nak goda orang siam ni. Sepanjang tepi laut di Aonang ni banyak kedai-kedai menjual. Singgah sahaja yang mana nak ok!

Ok, habis cerita trip ke Krabi. Tunggu trip saya lepas ni.

Sampai jumpa nanti!




:: I'm Bored, people....

I'm on meeting people. Mengantuk dan sejuk. Tolong cepat habis!

See later

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 26, 2013

:: Eid 2013

Last update on July..wah, lame me. I think, no reader anymore. Padan muka!

Just simple update. Everybody shared story,pictures etc...about their raya. Me too! Just random..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 31, 2013

:: Laptopless

No runningman, no secret garden..
That laptop feeling tired and need to see his doctor.
Erm..What to do now? Its ok, back to normal. Life without 'runningman'. Start again  old hobby....Reading!
Ok, see later!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 20, 2013

:: Langsir Raya

Emak gave me a new curtain and she said 'langsir raya'. I like it. I like the color; actually that's a dark purple but its like black in photo. Now recognized, every raya (since I stay here around 3 years), emak will give curtain even not a new one, for my little room.

Thanks emak for this year langsir raya.

See later!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 11, 2013

:: The Lone Ranger via KLIPS

Thanks to KLIPS for tickets..



The Lone Ranger




Siapa yang minat Johnny Depp, mesti tunggu hendak tengok filem ni.. The Lone Ranger. Tengok tajuk pun boleh tahu jalan cerita macam mana kan? 

Movie ni mengisahkan John Reid balik ke kampung untuk melawat abangnya  Dan Reid dengan naik keretapi. Keretapi yang sama juga dinaiki Tonto dan penjenayah Butch Cavendish yang mana dia di bawa ke Colby untuk dihukum. Keretapi yang dinaiki mereka tu sebenarnya telah diambush oleh geng-geng Cavendish dan Cavendish berjaya larikan diri.  Oh, Tonto tu seorang puak india yang ditahan juga di dalam keretapi ni. Eh, sebelum lupa, abang John iaitu Dan adalah salah seorang Texas Ranger.

Jadi memandangkan Cavendish ni berjaya melarikan diri, Dan (iaitu abang John) bersama-sama 7 lagi ranger yang lain telah diarahkan untuk mencari dia. John juga telah direkrut olah abangnye jadi ranger dan mencari Cavendish. Dipendekkan cerita, disebabkan ada traitor di kalangan ranger ni, ranger-ranger ni semua mati kecuali John. Oh, John dalam separuh sedar nampak macam mana abangnya dibunuh iaitu Cavendish yang jahat tu makan jantung abangnya. Macam mana John selamat? John diselamatkan oleh Tonto. Selepas John sedar, adengan gaduh, becanggah pendapat, kutuk mengutuk, bermula lah misi John membalas dendam atas kematian abangnya dan dia bersama-sama dengan Tonto.

Iya, itu lah Tonto dan John

Secara keseluruhannya, saya suka movie ni. Dalam action ada diserapkan elemen kelakar menjadikan movie ni best. Watak John dan Tonto memang compliment each other. Ada lebih 5,6 scene jugakla membuatkan satu hall gelak.

Antara scene yang saya suka:

i. Scene keretapi tu x berhenti di stesyen terakhir dan terus laju menuju ke tempat railroad yang sedang construction dan macam mana keretapi tu berhenti. 

ii. Scene bila Tonto dan John bergaduh sesama sendiri..actually bukanlah bergaduh macam samseng bergaduh tu...lebih kepada berlawan cakap..kutuk sama sendiri. Contoh isu burung gagak Tonto, nama panggilan John yang Tonto bagi...etc..

iii. oh, scene paling saya suka scene yang diaorg berlawan dalam, atas keretapi untuk scene climax..background music juga membantu menjadikan scene ini lebih menarik..

iv. Scene sistem batter Tonto dengan orang yang dah mati..

Ada sedikit curious, macam mana Tonto terlepas daripada dalam jail ek? dan selamatkan John.. 

Erm, untuk filem ini saya bagi 4/5..

Sampai jumpa nanti!



p/s ; Ok, thanks again to KLIPS for this movie. Don't miss my review for Despicable Me 2 nanti! ok!