Friday, November 9, 2012

:: Kota Kinabalu Trip!

Mahu berkongsi, pergi bercuti ke KK awal November yang lalu. Sebelum cerita jadi basi dan daya ingatan makin lemah sebab tak makan kismis, baik cerita dulu. Sebelum tu, maaf kalau entri ni ada kurang gambarnya. Gambar tu hanya sampingan sahaja. Apa yang penting, pengalaman yang ingin dikongsikan.hahaha. Berada selama 5 hari di sana. Saya cuba ingat aktiviti mengikut hari ye.

Hari Ke 1
Sampai ke Terminal 2 KK dalam tengahari. Oh ya, KK ada dua airport. Terminal 1 (untuk penerbangan selain dari Air Asia, ala..macam KLIA) dan Terminal 2 (persis LCCT). Jadi, jika minta orang pick up, pastikan tahu anda berada di terminal mana. Sampai di airport, saya call orang yang menyewa kereta dan dia tanya, terminal berapa? Nasib baiklah turun-turun flight saya sudah nampak perkataan Terminal 2. Jadi, yakinnya sebut..Terminal 2!


iya, ini di airport. Menunggu kereta sewa ..

We all berempat semuanya. Menyewa kereta kawan. Oh, boleh jika mahu sewa kereta dia kalau hendak jalan-Jalan di sana. Bagitahu saya ya!. Dapat sahaja kereta, kami terus ke Kundasang kerana takut jika hari sudah gelap, tidak yakin pula hendak drive. Tambahan pula hujan lebat. Jalan di sana pun tidaklah membahagiakan sangat dan tiada lampu jalan. Oh, jika dari KK hendak ke Kundasang, pastikan tidak tersalah simpang. Takut-takut nanti termasuk simpang ke Kudat. Pastikan isi minyak penuh ya.


Sampai di hotel sudah pukul 6. Sudah senja. Kami menginap di Strawberi Farm. Nama sahaja strawberi, tapi buah strawberi tidak nampak. Tengah tanam balik katanya. Tidak mengapalah. Janji ada tempat tidur dan yang penting, wifi percuma without password ya! Hendak mandi kena tunggu heater tu panaskan air. Dalam 10 minit lepas buka suis, tapi lebih sebenarnya kena tunggu. Mahu adjust air pun takut-takut sebab kalau sejuk, sejuk sangat. Kalau panas, menjerit lah kau dalam bilik air.


Ini pemandangan dari entrance hotel (rasanya) 

Malam nya kami makan malam di Pekan Ranau. Sekadar mahu menyinggah sahaja tempat yang bernama Ranau. Pekan kecil tapi ada beberapa bank. Malam jadi sunyi tapi ada juga beberapa kedai makan di sana yang buka. Hendak cari kedai makan, betul-betul ya. Bagi orang yang cerewet pasal makan macam saya, hendak masuk mana-mana kedai,agak payah juga. Ada yang banyak kedainya bukan kedai orang Islam, sekadar noticed NO PORK. Oh, tetap fikir banyak kali walaupun nampak ada sahaja orang Islam makan di situ. Jadi, pusing-pusing nampak restoran yang tertulis makanan Islam dan ada ciri-ciri islamik sedikit. Walaupun perkara tersebut bukan measurement yang tepat, tetapi yakin sedikit lah hendak masuk. Hati-hati ya! Saya makan nasi goreng kampung sahaja dan teh o. Senang sungguh teh o di sana, rendam sahaja yang uncang. Ala-ala teh breakfast di Mcd. 



Simple advice, jika pergi tempat yang tidak tahu rasa makanannya, jangan oder yang pelik. Nanti dari mahu rasa terus jadi x nak rasa. Kecuali jika ada orang tempatan bersama anda! Untuk selamat, oder lah nasi goreng. Habis makan malam, terus sahaja balik ke hotel. Mahu bangun awal esoknya. Hendak tengok sunshine. Perjalanan balik tu ada sahaja gerai-gerai tepi jalan, di Pekan Kundasang. Menjual sayur-sayur seperti di Cameron Higland. tidak singgah pun

... Ok,selamat malam hari ke 1.




Hari ke 2

Seawal pagi juga bangun pada hari tu. Pukul 530 rasanya sudah bangun. Hendak habis subuh rasanya. Siap-siap tanpa mandi terus ke Mesilau. Selain untuk tengok matahari terbit, ada beberapa tempat lagi yang hendak pergi seperti Dairy Farm dan Kundasang War Memorial. Dalam pukul 6 pagi sudah keluar hotel. Pergi kerja pun tidak seawal begini. 


Pukul 5 lebih pagi (rasanya)




SubhanaAllah.. cantikkan Gunung Kinabalu? Tidak dapat mendaki, dapat berdiri di kaki gunung juga sudah beruntung. Orang tempatan di sana mungkin sudah bosan tengok gunung ini. Tapi orang - orang macam saya, hampir semua angle mahu ambil gambar. Selepas habis possing di sini, hendak pergi Dairy Farm, belum buka lagi. Pukul 730 baru buka. Sekarang baru pukul 630..jadi terus ke perkampungan Mesilau. Mendaki sedikit jalannya untuk ke sana dan sampailah kami ke salah satu checkpoint bermulanya orang untuk mendaki. Saya rasa semua orang tahu kot, untuk mendaki Gunung Kinabalu, boleh pergi dua tempat. Satu di Kinabalu Park dan satu lagi di Mesilau. 




Disebabkan keadaan cerun yang tinggi dan tambahan pula kereta yang kami gunakan hanyalah Viva, kami ada masalah sedikit dengan brek. Brek berbau hangus dan tidak makan. Nasib baik kami sudah sampai ke Pekan Kundasang waktu itu. Maksudnya selepas turun dari Mesilau. Jadi, terpaksalah tunggu brek tu kembali normal, barulah boleh bergerak. Jika mahu ke sana, Viva bukan lah kereta yang sesuai digunakan. Patutlah ramai orang tempatan pakai kereta bertayar besar tu. Dan jika turun bukit, gunalah gear paling rendah atau free kan sahaja gear tu. Jika tidak, jadilah seperti kami, brek berbau hangus dan tidak berfungsi..

Bila kereta dah ok kembali walaupun tak ok sepenuhnya, kami naik lagi sekali untuk ke Dairy Farm. Tempat menternak lembu dan mendapatkan susu lembu yang segar. Setiap orang dikenakan RM 2. Murah sahaja kan? Pemandangan di sini juga, SubhanaAllah, cantiknya...terasa seperti sudah sampai New Zealand. Setakat tengok dalam gambar sahaja  New Zealand tu saya sudah boleh cakap seperti di sana.



Sila abaikan muka tembam tu.


Betul kan? ada sedikit seperti New Zealand. hahaha...


Sebenarnya, kalau datang kena harinya, boleh lihat bagaimana proses untuk memerah susu lembu. Waktu saya datang ini, tengok lembu-lembu sahaja lah dari jauh. Sebetulnya, bukanlah mahu tengok sangat, mahu bergambar sahaja yang lebih. Susu segar juga saya tidak beli. Kawan-kawan beli pun saya tidak minum. Jangan tanya kenapa,,,,

Selesai di ladang lembu, kami turun kembali ke Kundasang. Ye, kereta buat hal lagi. Jadi untuk bagi kereta berehat, singgah ke Kundasang Memorial War. Sama juga, RM 2 untuk seorang. Sekadar ingin buang masa dan tidak tahu ke mana hendak bagi RM 2 tu, boleh lah masuk ke sini. Erm, boleh lah....


Selepas di war memorial, terus kami balik ke hotel untuk check - out. Melihat kepada kondisi kereta yang tidak cemerlang, cancle sudah planned mahu ke ladang teh dan hotspring. Tidak lengkap sudah percutian ke KK. Dan menjadi tidak lengkap, kami juga tidak masuk ke Kinabalu Park. Sebab kuatir dengan keadaan kereta. Hendak jalan kaki sejauh 4km dari main entrance dan dalam keadaan belum makan, memang tidaklah. Saya lah orang pertama yang bersuara untuk tarik diri. Naik kereta saya on. Berjalan kaki memang tidaklah. Bukan tidak larat tapi sudah tahu akan jadi tidak larat kerana saya belum makan betul-betul lagi. Maaf ye kawan-kawan.. =(

Untuk mengubat hati masing-masing yang tidak berjaya pergi ke tempat-tempat anchor di KK ni, perjalanan balik, kami singgah dan tengok yang mana satu Jambatan Tamparuli dan singgah ke Rumah Terbalik. Disebabkan Rumah Terbalik ni hakmilik persendirian, bayaran masuk bagi warganegara Malaysia ialah RM 10. Dilarang menangkap gambar di dalam rumah ini. CCTV sana sini...jadi tangkap gambar di luar sahaja.


Di Jambatan Tamparuli

Ini rumah terbalik

Sebelum sampai ke KK, singgah dulu di Sipanggar. Makan lokan. First time sebenarnya saya makan makanan laut ini. Mula-mula memang macam takut hendak makan, tapi bila kawan-kawan kata sedap, teruja juga..dah makan, nak makan lagi. haha. Dalam keadaan hujan, makan nasi goreng yang sedap, lokan bakar, air kelapa dan jelly kelapa...Ya Rabbi....sedapnya. Mahu ulang lagi rasanya moment begitu. Makan sampai x ingat sehingga lupa yang diri sendiri allergic makan seafood. Hahaha. Nasib lah....



Selepas makan, kami check-in homestay di Cyber City Service Apartment. Tidak jauh dari airport... Dan malam hari tidak kemana-mana..sebab sudah letih dan mahu kumpul tenaga besok harinya untuk Island Hoping :D

Hari ke 3

Bangun awal pagi juga pada hari itu. Disebabkan di homestay boleh memasak, jadi kawan-kawan yang rajin buat brekfast pagi tu dan sekaligus bawa bekal untuk pergi ke pulau. Daripada hasil pembacaan mereka, pergi ke pulau-pulau, siap kan lah dengan bekalan makan yang mencukupi sebab di sana katanya makanan mahal. Saya followed sahaja. 

Sebelum pukul 9, kami sudah sampai di Jesselton Jetty. Katanya bot-bot untuk ke pulau bergerak pukul 9 pagi. Jika sampai di sana, jangan risau bot penuh atau tiada bot sebab ramai pengusaha bot yang menawarkan perkhidmatan untuk ke pulau-pulau ini. Pilih sahaja. Tapi pendapat saya, hendak selamat, carilah tiket di kaunter-kaunter yang ada dalam jeti tu. Kalau nasib baik, dapat nego harga murah sedikit sekali sewa life jacket dan goggle untuk snorkling. Kami pergi ke tiga pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. 





Tidak bermakna kalau pergi ke suatu tempat tidak tangkap gambar di entrance atau di papan tanda kan? hahahah...Setiap pulau di beri masa 2 jam dan satu jam setengah. Buat lah apa-apa hendak buat. Pulau mula-mula tidak pandai sangat snorkling. Sampai pulau ketiga baru mahir. Bila sudah mahir, sudah sibuk mahu pergi pulau lagi lain kali. Hahaha. ya, jangan lupa, pkai sunblock. Kalau boleh, pakailah PH yang paling bagus..kerana sudah hampir dua minggu, sunburned saya masih tidak habas-habis. Degil, pakai di muka sahaja. Tapi tetap sunburned!





Naik darat sudah lapar tak ingat. Satu hari makan sandwich sardin. Dengan perut yang ada 16 ni, mana cukup makan roti sahaja satu hari. Sudah lapar tidak fikir dah mahu cari makanan tempatan apa, terus pergi cari McD ( waktu itu belum boikot lagi).  Take away dan makan di rumah. 

Malam hari, kami keluar. Mereka kata pergi KK mesti pergi makan seafood. Saya dengan less general knowledge ni baru tahu yang KK adalah salah satu tempat untuk mendapatkan seafood segar. Salah satu tempat seafood yang ramai orang ke situ adalah sebelah Central Market. Kalau cari siang memang x jumpa sebab tempat ini ada waktu malam je. Siang jadi parking. Banyak juga kedai-kedai pilih dan masak. Pandai pilih sahaja ya. Harga seperti biasa, ikut gram. Jika tahu pelancong, dia bagi harga pelancong. Malam tu, kami pergi dengan *Sue, jadi dapat harga manusia tempatan :)



Saya mahu makan sotong, sotong habis pula. Sedikit kecewa. Tetapi apa yang di pesan, sedap-sedap juga. Cuba butter prawn ye kalau jengah ke sini! Lepas makan, hantar Sue balik dan kami pun balik. 

Selamat Malam Hari Ke 3

Hari ke 4

Sudah hari ke 4 kami di KK. Saya sudah mula rasa hendak balik. Hahaha. Hari ini aktiviti adalah sekitar di bandar sahaja. Tempat pertama ialah ke Pasar Gaya. Oh, Pasar Gaya terletak di Jalan Gaya dan hanya ada pada hari Ahad sahaja. Kalau mahu membeli belah boleh datang ke sini. ;Tips : Pasar ini mahal sedikit jika dibandingkan di Pasar Nabalu. Panas dan begitu ramai manusia. Tetapi saya sibuk-sibuk juga di situ. Nama pun pelancong kan..Hendak cari sourvinior la pasti. 


Sebetulnya, ini gambar di Pasar Philipine. Itu saya pergi petang. Tapi bubuh sahaja. Jadi ada gambar.  Pasar Philipine juga tempat mahu mencari barang-barang sourvinior. Jika mahu pergi pasar basahnya, ada pukul petang. 


Ini untuk cari souvinior


Ini untuk makan seafood bakar..tengoklah udang itu, udang kecil pun saya makan sudah merah-merah. kalau udang ini mahu setahun kot saya menggaru.



Dan ini untuk beli udang kering untuk emak!

Sebelum ke Pasar Philipine, kami pergi ke muzium. Kes sudah tidak tahu mana hendak pergi. Terasa seperti rombongan sekolah pula masuk ke muzium. Saya sudah penat sebenarnya, jadi sementara mereka pusing-pusing, saya masuk bilik tayangan, konon-konon seperti mahu menonton video patriotik Sabah (memang tak lah) tapi sebenarnya saya nap! Lepas tu kami pusing ke kampung warisan..eh budaya..




Nampak saya paling besar sebab saya duduk depan sekali ye!





Bila matahari hendak terbenam, kami berhasrat untuk ke Tanjung Aru. Tetapi kelakar, kami sampai-sampai matahari memang terbenam habislah. Gara-gara sibuk beli udang kering dekat Pasar Philipine. Jadi, duduk sekejap dan tengok pantai sahaja. Lepas tu balik.



Malamnya kami makan di rumah Sue. Dia masak kerang, ayam goreng madu ( konon-konon nak ikut *Meranti) dan lokan ( anak lokan). Selepas makan, sebelum balik apartment, kami singgah di Kampung Air. Satu lagi tempat untuk membeli belah. Jika mahu beli mutiara, beli di Kampung Air ye. Tetapi ada waktu malam sahaja. Ala-ala uptown tapi penuh dengan orang jual mutiara. Saya beli gelang untuk anak dara kecil di rumah ; Auni & Aqilah. Lepas pusing dah nak hampir orang bungkus meja, baru kami balik.

Ok, berkemas sebab besok sudah balik dan selamat malam 

Hari Ke 5


Yeay! Balik. Selamat Tinggal KK. Nanti datang lagi. Terima Kasih Sue dan suami...banyak membantu!





Sampai jumpa nanti!

* Sue : Kawan sekelas, sebilik, sestudio....

*Meranti : Salah satu arked (tempat makan) yang popular di UTM