Thursday, August 23, 2012

:: 2012, Eid

Selamat Hari Raya untuk hari yang ke 5. Jujur, saya bukannya rajin mahu menulis sesuatu di sini. Tetapi, saya sedang bosan menunggu. Saya sebenarnya sedang berusaha menyudahkan hutang-hutang wajib setiap bulan dengan perbankan internet ni. Tapi dengan tahap internet  (pinjam adik punya) yang dah exceed limit ni, menguji juga kesabaran diri sendiri sebenarnya. Tiada istimewa pun cerita mahu dikongsi. Sempena bulan Syawal, jadi cerita secara rawak dan yang terlintas sahaja ya pasal raya. 

Tiada persiapan hebat mana pun untuk berhari raya. Memang setiap tahun saya sebegitu. Cuma ada awal puasa sahaja bawa emak membeli langsir. Oh, emak-emak (saya spesifik emak dan jiran-jiran ye...) ada perasaan suka tengok-tengok langsir rumah orang lain. Jadi, nak tak nak, memang hampir setiap tahun emak akan tukar langsir. Entah, saya pun tidak faham. Saya rasa tetamu yang datang bukannya sibuk tengok langsir. Mereka pun tidak tahu langsir baru atau lama. Macam-macam. Ikutkan sahaja. Untuk biskut raya, setiap tahun memang saya beli atau order sahaja pada kawan-kawan yang promote dekat saya. Tapi tahun ni  tiada pula dikalangan kawan-kawan yang jual kuih raya di fb tu...eh, pelik..tiada pun yg pm mintak saya beli.. Disebabkan lately ni saya rajin pula mencuba resepi biskut/cookies, (banyak yang x jadi), saya berjaya membakar biskut makmur / arab. Hehehe. Jadi. Dan bangga pula seorang diri sebab jadi kan...Itu je lah pun yang saya buat. Hhaha.

Baju raya? Seperti yang diberitahu, saya bukan seorang yang akan keluar pusing-pusing pusat membeli-belah pada setiap minggu bulan Ramadhan untuk mencari baju raya atau tudung raya. Tetapi at least saya memang akan ada sepasang baju kurung. Selalunya saya akan beli hari last atau dua hari sebelum raya. Tu pun tujuan asal adalah pergi beli barang dapur. Ternampak mana-mana orang jual dan beli terus. Tetapi tahun ni, saya beli sahaja dari member yang ada butik dan jual online. Promote dekat saya dan saya malas fikir, beli sahaja dan sudah raya ke 5 hari ni, saya belum pakai lagi baju tu. :D

Amalan berpusu-pusu membeli belah di Jalan TAR bukan aktiviti biasa saya di bulan puasa. Kalau orang lain akan mencari apa sahaja persiapan hari raya di sana, saya tidak. Tetapi tahun ni, saya pergi ke sana sebab abang dan kakak yang tidak pernah pergi mahu merasa pergi ke sana. Waktu diajak, saya dah fikir..haihhh...dengan bawa kanak-kanak lagi, warga emas lagi....errrrrr....tapi, biasalah saya, ikut sahaja.Cuma tidak jalan kesemua tempat sebab Ya Rabbi...ramainya manusia. Orang KL yang tidak balik beraya. Rasa mahu juga tengok kalau ada tudung tapi tidak jadi. Manusia berasak-asak. Saya pula yang tidak cemerlang. Dan tengah berasak-asak mahu jalan balik, Ibad mula buat perangai. Ok, Ibad sebenarnya ada perangai sedikit seperti saya iaitu, if go somewhere, mesti mahu rewarded myself dengan apa sahaja. Maksudnya, belum beli apa-apa untuk Ibad, jadi belum boleh balik. Itu lah Ibad. (padahal ke sana pun memang mahu cari songkok dia). Tengah berasak-asak tu, mana nak nampak pintu kedai, dengan suara orang jerit-jerit lagi mahu lelong. Bayang kan, sudah mula serabut. Akhirnya, beli sahaja untuk dia bunga api dan mercun pop-pop tu. Senyap dan terus senyum. Memang saya tidak akan ke sana lagi terutamanya jika ada anak kecil dan warga emas. Oh, fikir dua kali jika mahu pergi lagi.

Erm, habis cerita. Mahu buat kerja lain dulu. Ada masa sambung lagi. Hahaha. 

Sampai jumpa nanti!


2 comments:

  1. lebih kurang mcm cerita saya je.. :)) selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  2. hehe..ye ke? samalah kita..selamat hari raya juga :)

    ReplyDelete