Friday, August 31, 2012

:: Chow Kit, Personal Review

Malaysia, Happy 55th Independence Day today (31st August 2012).  I'm not too patriotism but thanks to Allah, i'm still here, in my country. Peace and Harmony. Not going to share about 'Merdeka' day or about Leftenan Adnan or Bukit Kepong etc....

About 3 weeks ago, i watched Chow Kit (local's film). Based the trailer, I know this film is quite heavy tetapi saya percaya cerita ini lain sedikit daripada filem-filem lain yang ada. Entah, bukan genre filem kegemaran saya pun but accidently tertengok agaknya. Secara ringkas, filem ini saya agak ye, sebenarnya ingin menonjolkan how the Chow Kit are? Lifestyle residence di sana, woman dan kanak-kanak....At the beginning, they already mentioned that this film based on true story. Jadi saya percaya, perkara-perkara yang ada di dalam filem itu sedikit sebanyak adalah perkara yang benar berlaku dan mungkin ditambah sedikit untuk mencantikkan jalan cerita. 

Saya pernah ke Chow Kit tetapi tidaklah hampir setiap ceruk di sana saya tahu. Ya, sebahagian besar Chow Kit saya tidak tahu. Sesiapa yang tinggal di sana pun saya tidak tahu. But, bila kita sebut Chow Kit, pasti ada yang terlintas tempat tu bagaimana walaupun ada yang tidak pernah sampai ke sana. Selepas tengok filem ini, lagi membuatkan saya terfikir, is't the real Chow Kit? ok, saya tidak mahu timbulkan banyak sangat persoalan dalam kepala saya ni....Just hendak kongsi apa yang saya rasa mengenai Chow Kit setelah menonton filem Chow Kit ini ya...

Jika benar kanak-kanak di sana adalah seperti yang digambarkan di dalam filem itu, saya rasa kasihan, simpati dengan bagaimana mereka struggle untuk hidup. Maksudnya, kecil-kecil lagi buat pelbagai kerja termasuklah mengemis (is't beggar one of career?). Kanak-kanak di sana tiada tempat bermain. Asal mana sahaja ruang boleh dijadikan tempat bermain, main sahaja. Tidak kira bawah jambatan, stesyen monorail, lorong-lorong tepi pasar. Jika benar begitu, saya rasa kasihan. Kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah tetapi tidak pergi sekolah. Tidak mampu. Janji dapat makan, ada tempat tidur, mungkin bersyukur sudah mereka.Daripada filem ini juga menunjukkan kebanyakan penghuni di Chow Kit tinggal di atas lot kedai. Yang menyewa di bilik sahaja. Satu keluarga hanya tinggal di dalam satu bilik. Itu belum lagi yang tiada rumah dan tinggal di dalam kotak di bawah jambatan. Speechless. Jika benar, saya mula faham tidaklah semua manusia beruntung untuk tinggal di tempat yang selesa. 

Ok, bukan saya mahu menggambarkan teruknya atau bahayanya di sana. Saya lebih kepada sedih, kasihan, simpati dengan keadaan mereka tinggal di sana. Asal apa sahaja boleh mendatangkan duit, buat sahaja. Ya, saya naif sebab masih tidak tahu dunia sebenar yang berada di sana. Saya berpendapat, filem ini membuka mata saya tentang keadaan terpinggir Chow Kit.....


Thursday, August 23, 2012

:: 2012, Eid

Selamat Hari Raya untuk hari yang ke 5. Jujur, saya bukannya rajin mahu menulis sesuatu di sini. Tetapi, saya sedang bosan menunggu. Saya sebenarnya sedang berusaha menyudahkan hutang-hutang wajib setiap bulan dengan perbankan internet ni. Tapi dengan tahap internet  (pinjam adik punya) yang dah exceed limit ni, menguji juga kesabaran diri sendiri sebenarnya. Tiada istimewa pun cerita mahu dikongsi. Sempena bulan Syawal, jadi cerita secara rawak dan yang terlintas sahaja ya pasal raya. 

Tiada persiapan hebat mana pun untuk berhari raya. Memang setiap tahun saya sebegitu. Cuma ada awal puasa sahaja bawa emak membeli langsir. Oh, emak-emak (saya spesifik emak dan jiran-jiran ye...) ada perasaan suka tengok-tengok langsir rumah orang lain. Jadi, nak tak nak, memang hampir setiap tahun emak akan tukar langsir. Entah, saya pun tidak faham. Saya rasa tetamu yang datang bukannya sibuk tengok langsir. Mereka pun tidak tahu langsir baru atau lama. Macam-macam. Ikutkan sahaja. Untuk biskut raya, setiap tahun memang saya beli atau order sahaja pada kawan-kawan yang promote dekat saya. Tapi tahun ni  tiada pula dikalangan kawan-kawan yang jual kuih raya di fb tu...eh, pelik..tiada pun yg pm mintak saya beli.. Disebabkan lately ni saya rajin pula mencuba resepi biskut/cookies, (banyak yang x jadi), saya berjaya membakar biskut makmur / arab. Hehehe. Jadi. Dan bangga pula seorang diri sebab jadi kan...Itu je lah pun yang saya buat. Hhaha.

Baju raya? Seperti yang diberitahu, saya bukan seorang yang akan keluar pusing-pusing pusat membeli-belah pada setiap minggu bulan Ramadhan untuk mencari baju raya atau tudung raya. Tetapi at least saya memang akan ada sepasang baju kurung. Selalunya saya akan beli hari last atau dua hari sebelum raya. Tu pun tujuan asal adalah pergi beli barang dapur. Ternampak mana-mana orang jual dan beli terus. Tetapi tahun ni, saya beli sahaja dari member yang ada butik dan jual online. Promote dekat saya dan saya malas fikir, beli sahaja dan sudah raya ke 5 hari ni, saya belum pakai lagi baju tu. :D

Amalan berpusu-pusu membeli belah di Jalan TAR bukan aktiviti biasa saya di bulan puasa. Kalau orang lain akan mencari apa sahaja persiapan hari raya di sana, saya tidak. Tetapi tahun ni, saya pergi ke sana sebab abang dan kakak yang tidak pernah pergi mahu merasa pergi ke sana. Waktu diajak, saya dah fikir..haihhh...dengan bawa kanak-kanak lagi, warga emas lagi....errrrrr....tapi, biasalah saya, ikut sahaja.Cuma tidak jalan kesemua tempat sebab Ya Rabbi...ramainya manusia. Orang KL yang tidak balik beraya. Rasa mahu juga tengok kalau ada tudung tapi tidak jadi. Manusia berasak-asak. Saya pula yang tidak cemerlang. Dan tengah berasak-asak mahu jalan balik, Ibad mula buat perangai. Ok, Ibad sebenarnya ada perangai sedikit seperti saya iaitu, if go somewhere, mesti mahu rewarded myself dengan apa sahaja. Maksudnya, belum beli apa-apa untuk Ibad, jadi belum boleh balik. Itu lah Ibad. (padahal ke sana pun memang mahu cari songkok dia). Tengah berasak-asak tu, mana nak nampak pintu kedai, dengan suara orang jerit-jerit lagi mahu lelong. Bayang kan, sudah mula serabut. Akhirnya, beli sahaja untuk dia bunga api dan mercun pop-pop tu. Senyap dan terus senyum. Memang saya tidak akan ke sana lagi terutamanya jika ada anak kecil dan warga emas. Oh, fikir dua kali jika mahu pergi lagi.

Erm, habis cerita. Mahu buat kerja lain dulu. Ada masa sambung lagi. Hahaha. 

Sampai jumpa nanti!


Wednesday, August 15, 2012

:: Saya Benci Menunggu

Saya bukan seorang yang sempurna untuk tepat dalam masa. Saya juga bukan seorang yang all the time punctual. Tapi saya seorang yang menghormati masa yang ditetapkan. Ok, lets make it short, berjanji dengan saya pukul 10, saya akan berusaha untuk sampai dalam kurang 5 minit dari pukul 10. Dan bagi saya terlewat 5 atau 10 minit, masih boleh diterima.

That's why, saya lagi selesa jika mahu berjumpa, bukan saya yang menetapkan, pukul berapa mahu jumpa dan lokasi. Selalunya saya bersetuju dengan masa yang orang lain tetapkan. Bagi saya, orang itu selesa dan boleh sampai waktu itu. Tetapi, bila orang itu lambat, tahap sabar saya mungkin limit 30 minit sahaja menunggu. Masuk 2nd half hour, saya dah mula rasa, ntah macam apa-apa. Membiarkan orang lain menunggu hampir 1 jam tanpa memberitahu sebab, bukan sesuatu yang bagus!

Saya juga ada masa akan lambat, but jika janji pukul 10, but that time i'm still on the road, saya memang akan informed and said sorry. That's me! Saya ada satu kepercayaan, bila orang itu yang tetapkan masa, jika orang itu adalah bertanggungjawab, dia akan sampai dulu dari saya. Jika, waktu tersebut dia masih belum keluar rumah/somewhere tanpa sebab musabab yang kukuh, iye, saya percaya dia seorang yang kurang bertanggungjawab. Saya kena berhati-hati dengan orang ini!

Dan, lagi satu, saya tidak suka isitilah janji melayu. Janji melayu tu tak pernah wujud. Saya tidak gemar dengan tanggapan, janji pukul 10, tapi sampai pukul 11 adalah...'biasalah, janji melayu kan?' penyataan itu memang selalu buat sakit hati. Oh, gerammm! Mintak tolong, jangan ada budaya begitu. Erm, kesimpulan, saya tiada masalah kalau anda lambat tapi let me know, why? At least, say sorry walaupun kita dah terlambat 3 minit sebab saya tidak suka menunggu!

Ok, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

:: Mana Kereta Saya?

Soalan sebegini mesti pernah tertanya kan bila tidak jumpa di mana korang letak kereta terutamanya di dalam shopping complex yang ada sampai bertingkat-tingkat basement tempat letak kereta. Bukan orang lain sahaja, malah saya sendiri berlaku situasi yang sama.

To be honest, saya adalah seorang yang sedikit paranoid bila kena parking kereta di dalam basement bila di shopping complex. Saya jarang pergi mana2 Mall yang hebat-hebat di Malaysia ni secara sendiri. But, sometimes I have to. Terpaksa! dan sesungguhnya jika saya ke Sunway Pyramid, saya hanya tahu parked at orange zone je kot. Dan memang situ sahaja saya akan pergi kalau kena sorang2 ke sana. Bukan pyramid je, pergi Mvalley pun begitu, kalau saya dah tahu Gate A, sampai sudah memang parked situ sahaja.

Ok, panjang intro. Ceritanya saya tidak jumpa kereta yang saya parked di One Utama kelmarin. Oh, boleh dibilang dengan jari rasanya saya ke sana. Dan saya pun hanya tahu satu gate itu sahaja jika hendak parking. Jadi, bila hendak balik, sudah bayar parking, pergi ke tempat parking, kereta saya sudah tiada! Pusing-pusing juga hampir 10 minit. Tetap x jumpa. Sudah hampir putus asa dan mahu telefon saja adik suruh ambil saya. Pasal kereta tu, biarkan. Besok sahaja fikir. Hendak masuk balik ke dalam Mall,saya ternampak dua tiga orang guard sedang berbual. Dari diaorang gembira berbual-bual, baik bagi diaorang kerja kan, cari kereta saya! Hahaha.

Pusing beberapa kali juga di aras basement tu, sampai guard tu mula give up dan akhirnya jumpa juga kereta saya. Sebenarnya kereta saya tu tidak jauh pun dari tempat yang saya pusing2 banyak kali tu cuma tempatnya ke sebelah sana sikit sahaja. Saya keluar pintu sini padahal kereta saya depan pintu sebelah sana. Sengal!

Kesimpulan, kalau tidak mahu situasi seperti ini berlaku lagi, sila buat antara perkara yang berikut
- Note dalam hp, tiang berapa kereta anda di parked;
- Hp canggih, tangkap sahaja gambar tiang tu. (ramai orang buat cara begini);
- Kalau rasa hebat, x payah tangkap gambar, ingat sahaja dekat mana pintu masuk, dekat situ juga pintu tu kena keluar ( ini adalah selalu yang saya buat)
- Cari parking betul-betul dekat pintu lif atau eskalator.
- Ok, kaya sikit, parking sahaja vallet parking. Dah sah depan pintu masuk utama shopping complex. Ada orang jaga kan lagi kereta anda.
- Erm, x payah naik kereta, x payah susah-susah cari parking.
- Eh, x payah pergi lah, lagi senang! Hahaha.

Ok, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6