Sunday, July 22, 2012

:: Hong Kong's Dessert

Bukan teringat pasal makanan ye di waktu bulan Ramadhan ye. Tapi dalam proses menghabiskan cerita-cerita yang tertunda untuk cerita di sini. Lepas habis cerita yang kecil-kecil ini, saya hendak kongsi cerita yang besar. Konon-konon.

Kejadian makan-makan ni seingat saya bulan Jun. Tidak perlu saya sampai ke Hong Kong untuk mencuba dessert mereka. (saya pergi Hong Kong hari tu pun x pergi singgah makan dessert). Tempat hendak cari dessert ni boleh jumpa di Tong Pak Fu, Empire Gallery, Subang Jaya. Oh, seperti yang diberitahu mereka, cafe ni ada juga di KLCC. Mungkin ada tempat lain juga. Saya tidak pasti.

Ceritanya, mereka asyik cakap pasal sago mango yang enak dan sedap di whatsapp. Jadi membuatkan saya yang mudah dipengaruhi ini tergedik-gedik hendak cuba juga. Yer, memang sedap! Disebabkan waktu itu adalah siri jalan-jalan cari makan, tidaklah pesan seorang semangkuk untuk sago mango. Kita pesan tiga menu yang berbeza.

Saya tidak pasti nama tepat apa benda yang dipesan. Kejadian dah lama berlaku. Seingat saya, dessert yang ada sago mango, snow ice with horlicks dan lagi satu puding tiramisu. Nama sebenar saya memang tidak ingat. Kesemua dessert ini memang boleh diterima dan memang sedap! Sesiapa yang suka dessert seperti  ais kacang, dan suka mencuba ais tu pelbagai perasa, boleh cari di sini. Dan kalau tak silap saya, killer product dia dessert with durian.(sago,ais etc). Harga? Pun rasa loser nak bagitahu yang saya x ingat sebab Alim yang bayar tapi pendapat saya, boleh diterima dan berpatutan. (mengikut lokasi kedai). Untuk mencuba sekali sekala mungkin ok. Tetapi untuk makan hari-hari, fikir dua kali. Hahaha.

Memang pasti akan ke sini lagi. Kalau rasa hendak makan dessert. Tidak menyesal sangat lah sebab tidak jumpa benda- benda ni di Hong Kong hari tu. Pergi ke sana, bukanlah makanan yang menjadi sesuatu yang seronok untuk diceritakan. Seperti yang disebut sebelum ni.. Ya Rabbi, sedapnya makanan Malaysia... Pergi ke sana lebih teruja untuk cerita about the transportation, the town, how cleaned they are (specific,bandar yang bersih), the rules, and etc. Pasal makanan, kalau teringat, membuatkan saya kembang tekak tiba-tiba. Hahaha.

Bye, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

:: Makanan Korea

Tidaklah nikmat lain selain bercerita pasal makanan di hari pertama berpuasa. Mahu berkongsi cerita pasal makanan. Makanan Korea. Sebelum baca sampai habis, saya hendak pesan..Ya Rabbi, nikmatnya makanan Malaysia. Haha.
Tempat makan adalah di The Street Cafe, SS15, Subang Jaya. Mahu cari makanan Korea yang halal,boleh cuba di sini. Ye, disebabkan pengaruh media terutamanya siri Jalan-jalan Cari Makan, sampailah saya ke sini. Secara ringkas, saya tiada masalah untuk makan makanan Korea. Masih boleh diterima cuma untuk peringatan diri sendiri, jika tidak makan pedas, jangan mengada hendak pesan menu yang memang ditagged Hot & Spicy.
Tetapi saya boleh cakap, makanan yang dipesan di sini, masih sedap,boleh diterima dan mungkin akan datang lagi untuk mencuba makanan yang lain. Cuma kimchi, memang tidak boleh terima. Di Korea, kimchi menjadi hidangan wajib bagi setiap siri makan. Ibarat, kalau di Kelantan, setiap hidangan tidak lengkap kalau tiada budu. Oh,mungkin. Saya tidak pernah makan Kimchi,dan disebabkan faktor diprovokasi juga, rasa sedikit dan kimchi saya tolak tepi. Hahaha. Jika mahu mencuba, boleh pesan bulgogi (daging lembu). Sup yang dihidangkan juga saya boleh terima. Tidak tahu pula saya sup tersebut lebih kurang rasa seperti sup yang dihidangkan di Guilin / Yangshou. Kalau saya tahu, saya dah makan nasi dengan sup sahaja waktu di sana hari tu.haha. Tiada saya nak otok hanya makan telur dadar.
Konon-konon belajar makan makanan Korea dua tiga jenis, saya dah buat persiapan mental berkaitan makanan lah bila saya akan ke sana nanti. Hahaha. Memang akan bawa bekal ikan bilis dan serunding juga. Pasti. Pengalaman dua kali di China buat saya beringat bila di Korea. Eh, Korea ke Jepun?

Sampai jumpa nanti! 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 15, 2012

:: Bedtime

Baca reader's digest tidak semestinya akan jadi hebat bahasa inggeris. Tidak hebat berbahasa inggeris tidak semestinya tidak boleh membaca reader's digest.
Ok, mengantuk sudah. One page for bedtime story. Quite enough! Hahaha
Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 12, 2012

:: Kuatkanlah Hati...Cinta..

Tajuk semacam ja tapi jangan kisah kalau cerita tiada kaitan dengan tajuk. Saja suka-suka. Ambil dari sebaris ayat dalam lagu kegemaran. Letto - Sebelum Cahaya
Cerita tentang diri sahaja. Macam mana suka lagu ini? Lagu ni tiada kaitan saya dengan sesiapa pun.(wahh..byk masa lapang ya nak kaitkan hidup dengan lagu!)
Ok, ceritanya mudah sahaja. Kalau saya dalam kondisi perasaan tidak berapa baik,(selain buat yg wajib seperti solat, doa etc) saya suka dengar lagu ini berulang kali. Sebab saya tidak tahu nak meluah, bcakap etc dengan orang lain, jadi saya dengar lagu ni seolah-olah Letto tengah pujuk saya! Lirik lagu ni macam lain sikit. Eh, bukan jiwang tapi memang macam mereka tengah pujuk saya! Hahaha.psycho kan?
Selalunya blaku bila jiwa kurang stabil macam sudah mula suka seseorang ka, benci seseorang ka, rasa nak reject orang ka (ouchh), jadi sebelum nak meluahkan dekat orang-orang, saya dengar lagu ni dahulu banyak kali. Then dah puas dengar, akhirnya jiwa jadi stabil dan maka x jadi buat luahan kepada orang-orang. Final akhirnya, saya simpan sendiri benci,suka,marah,menyampah,sayang dekat orang lain. Itu lah saya!
Jadi, malam ni, saya dh dengar banyak kali. Sebab?? Saya nak letto pujuk saya lagi malam ni! Haha
Okeh, sampai jumpa nanti!

'ku tak akan pergi, meninggalkanmu sendiri, genggamlah tanganku...cinta'
P/s: saya rasa letto tengah pujuk orang nama cinta tapi saya yang perasan lebih-lebih kott..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

:: Di Ruang Rindu..

Bila tinggal seorang dan bosan, teringat pula dan rindu macam-macam. Sekadar berkongsi di sini. Perkara-perkara yang saya rindu dan seronok hendak ada balik pada masa itu. Saya cerita secara rambang sahaja. Tidak mengikut turutan mana yang paling teringat dan kurang teringat ya!

Saya teruja waktu saya belajar di kampus beberapa tahun lepas. Macam-macam berlaku. Biasalah kan, zaman-zaman jadi student kan. Course saya atau secara meluasnya fakulti saya adalah fakulti yang ada studio yang mana juga terdapat subjek 5 jam kredit untuk kami catchup setiap semester. (Maksud studio di sini bukanlah studio yang record lagu atau studio fotografi atau mana-mana studio yang related dengan mana-mana aktiviti entertainment. ) Studio yang dimaksudkan ialah satu bilik besar yang boleh muat lebih 50 orang dan ada partition masing-masing untuk bekerja. Subjek studio adalah subjek yang memerlukan kami bekerja secara berpasukan yang besar. Jadi, saya rindu sangat masa ini. Stayed up setiap malam ramai-ramai untuk sudahkan laporan,buat slide presentation etc. Tidur di studio bukan perkara luar biasa. Yang luar biasa bila ada groupmate yang x datang studio. Meeting group start pukul 10 malam ke atas. Lepas meeting baru start kerja. Tu pun kalau hendak terus start lah. Ada yang tengok cerita Korea dulu. Main game dulu. Tengok Youtube. Yang pergi ngeteh dulu pun ada. Jadi, pukul selalu buat kerja akan jadi pukul 12 ke atas. Kalau besoknya ada presentation, memang ada yang x balik kolej terutamanya editor. Lepas subuh baru balik, mandi dan datang balik studio. Itu selalu berlaku pagi jumaat. Bila waktu submission la akan jadi banyak watak yang keluar. Rasa nak bunuh orang pun ada. Kerja berkumpulan kan. Macam-macam perangai ada. Erm, jika bagi pintu doremon kat saya, saya nak masuk ke masa ini. Serius!

Saya rindu waktu subjek environment dan satu kelas trip ke Taman Negara Kuala Tahan. Case study di sana. Semua orang tidur dalam khemah. Ya, seronok dan berdebar-debar juga kerana waktu tidur dalam khemah, ternampak bayang-bayang ba*i melintas tepi khemah. Nasib tidak disondol khemah. Tapi bila siang,semua orang masuk hutan, balik khemah tengok khemah dah roboh. Ye,hampir setiap hari iaitu 4 hari di sana akan pacak khemah setiap kali. Rasa geram pun ada dan jakun pun ye kerana itulah first time saya tengok ba*i secara betul-betul. Setiap kali masuk hutan juga berdebar takut terlalu tepi mereka. (oh ye, mereka juga bergerak secara berkumpulan).  Sedangkan lembu lalu tepi kereta saya pun saya dah berdebar-debar, ni kan lagi binatang itu. Oh, ceritanya saya bukan rindu binatang tu ye. Saya rindu nak ke Taman Negara itu lagi. Naik bot selama tiga jam. Tiada coverage telefon. Minum air rasa air sungai. Tidur dalam khemah yang basah dan berair.erm..tapi sekarang kalau nak pergi, saya x mahu lah duduk khemah..hahaha. Dan kalau boleh x nak jumpa binatang itu lagi walau hakikatnya binatang tu berkeliaran dan bebas macam ayam-ayam di kampung.

Saya rindu juga suasana kerja saya di JB. Saya rindu kawan-kawan di sana. Rumah saya melangkah longkang dan seberang jalan 66" kaki saja untuk sampai ke ofis. Tidak perlu saya keluar rumah awal 1 jam untuk pergi kerja. Tidak perlu meredah kesesakan lalulintas. Eawww..

Saya rindu waktu saya tinggal di JB. Hari-hari akan called my mom. Dalam dua bulan sekali akan balik Selangor. Jouney jauh-Jauh pun rasa tiada masalah. 4 jam di highway rasa tiada masalah. Tapi sekarang, 2 jam bawa kereta untuk jumpa qu ibad Dan qu auni pun saya dah merungut jauh. Bil telefon juga berlebih sebab tidak call my mom hari-hari. Waktu di JB, selalu juga tidur,makan, basuh kain di rumah Suhaina (kawan baik saya, orang jerantut,sekarang duduk kk). Sebab kami sama-sama duduk jauh dari family, jadi konon-konon macam memahami each other(macam duduk oversea je) Sue pandai masak. Jadi kalau nak makan, saya minta dia masak. Kadang-kadang x da lah sedap sangat. Tapi lepaslah kepingin saya nak makan.hahaha. Rindu sue! Lama sangat x jumpa dia!

Saya rindu sewaktu saya first time duduk rumah sewa semasa praktikal di Shah Alam. Dapat elaun RM 350 untuk sebulan. Rasa dah macam cukup sangat je. Setiap hari saya dengan yati akan makan nasi lemak untuk makan malam. Harga basic RM 1 rasanya. Tambah lauk, tambah harga. Rasa cukup dah waktu tu. Cuba kalau sekarang, rm350 tu seminggu kot habis. Entah ke mana lah duit tu pergi! Erm, waktu praktikal tu juga saya berkawan baik dengan fik dan kawan-kawan dia. Kita ramai-ramai jalan- jalan pergi genting. Waktu tu saya kurus !Ye, saya rindu juga mereka dan fik..eh..

Erm, rasa dah macam banyak je perkara saya tulis. Dan paling penting, saya rindu....yang telah tiada. Doakan saya. Jumpa di sana nanti. Kita bersama-sama..

Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 2, 2012

:: Hati Yang Kecewa

Ok,saya nak mulakan entry Julai ni dengan hendak cerita hati saya yang kecewa. Ye, saya sangat kecewa dan sakit hati. Dan saya rasa giveup.

Sebab,saya yang bersemangat berkobar-kobar hendak belajar baking ni, dan dah cuba pun..tapi semuanya x menjadi. Bukan sekali cuba ni. Dah masuk kali ke 3! Makin dibuat makin hodoh dan buruk performance cookies2 tu. Saya sampai tahap geramnyee!

Bila dah penat geram, saya mula lah sedih. Mengenang doh2 yang ada tu. Nak teruskan memang x tahu dah apa lagi yang kena topup. Akhirnya saya kecewa sorang-sorang. Doh-doh yang berbaki tu saya tempek-tempek sahaja dengan xda rupa dan terus bakar. Sementara tunggu bakar, saya pergi angkat kain yang jemur dan bergosip dengan jiran sebelah.hahaha. Gosip sampai lupa ada benda tengah bakar dalam oven.

Ok,saya mula rasa kecewa dan xnk dah buat biskut ke kek ke apa2 je la lagi. Saya rasa nak buang je shortening yang ada dalam peti tu. (orang pandai, belum tahu memasak dah beli macam2 dalam kuantiti banyak) eh, bukan salah saya. Orang kedai bakeri tu yang bagi saya bahan2 tu bila saya sebut! Dengan tahap kecewa, saya nak cari hobi lain.

Tapi, saya belum try red velvet lagi...

Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4