Saturday, June 30, 2012

:: Randomized

Random sahaja kali ni. Bagi bersih sawang yang ada dalam page ini. Buat bersih-bersih habuk.

Dah nak habis pun Jun. Maksudnya dah separuh 2012 lah kan? Pencapaian cemerlang sepanjang separuh masa pertama ni x nampak pun lagi. Harap-harap masuk separuh masa kedua nanti ada rezeki besar dan cemerlang Allah bagi dekat saya. Aminn..

Apa khabar kawan-kawan semua? Apa cerita terbaru? Untuk saya, sama sahaja. Badan makin gemuk ni. Berazam sahaja untuk kurus. Tapi azam sahaja. Tidak buat pun. Jadi, makin berkumpul lah lemak-lemak tepu di situ. Kalau lemak-lemak tu boleh bercakap, mesti dah mintak tolong dah sebab makin lama tempat makin sempit. Huh!

Saya sebenarnya nak cerita pasal jalan-jalan cari makan hari tu. Bayangkan,dalam masa lebih kurang 5 jam, saya boleh ada 3 siri makan. Dan makan makanan yang mengenyangkan. Erm.. Tapi, nanti lah. Tunggu cerita guna laptop nanti. Boleh bubuh gambar sekali. Kalau cerita dekat hp ni, nanti jadi ada 10 gambar bederet dan kemudian baru cerita panjang-panjang. Jadi ntah apa2 nanti.

Ok lah. Nak tidur! Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 9, 2012

:: Alamak, jauh juga

Sebenarnya on the way balik dari Batu Pahat ke rumah lah. Rasa macam dah tidur, baring, duduk dengan pelbagai gaya dah dekat seat belakang ni. Tapi buka-buka mata, baru sampai Tangkak. Alamak, terasa macam jauh pulak. BP je kot, bukan JB.

Oh, dulu saya ada pernah duduk JB. Ulang-alik juga balik ke kampung dengan drive. Tapi tu 2 tahun lepas. Rasa dah hafal semua exit sepanjang Skudai - KL. Rasa biasa je. Boleh drive x sampai 4 jam kot. Tapi skrg, alamak, jauhnya lagi nak sampai!

Ok, driver, drive elok-elok. Sorry lah, I memang failed drive malam dan tanbah-tambah hujan. Bye!

Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4