Wednesday, May 23, 2012

:: Saya Berbasikal

Ceritanya saya mengayuh basikal. Bukan basikal saya tapi basikal sewa. Saya tiada basikal sendiri. Kalau ada pun saya tidak tahu mana hendak simpan dan mesti tidak lama kemudian saya akan bagi sahaja basikal tu kepada sesiapa. Jadi, kalau saya rasa saya hendak kayuh basikal, baik pergi sewa sahaja.

Saya sewa basikal dan kayuh basikal tu di Taman Botani Negara Shah Alam. Atau lebih dikenalli Bukit Cherakah. Seronok and i'm having fun there. Tapi sedikit penat lah dan juga pancit. Hahaha. Actually, it just weekend activity that i'm spent with my colleagues. Sometimes. Depends on our schedule. Bila rasa nak beraktiviti dan masing-masing free that weekend, we all akan buat something.

Back to topic. Sebenarnya macam-macam kita boleh buat dekat taman ni. Joging, cycling, simple picnic at the lake, camping, err..maybe hiking pun ada...Untuk berbasikal, kena bayar RM 5 sejam dan tambah RM 1 untuk jam berikutnya. Ok kan harganya? Bagi saya lah. Untuk orang yang tiada basikal, kena lah sewa. Untuk yang ada basikal sendiri dan cycle dekat sini pun boleh. The price for that, saya tak sure but yang pastinya hendak masuk taman ini kena bayar RM 3 for adults. For children RM 1 kot...x sure lah sebab tak bawa kanak-kanak.


Hendak buat aktiviti, tak perlu ramai-ramai. Kalau ramai-ramai nanti ramai lah kepalanya. Jadi we all hanya bertiga sahaja. Tapi sesiapa mahu join akan datang nanti apa salahnya! :D


Jom start berbasikal. Seperti biasalah..saya akan kayuh paling lambat sekali. Jadi memang sentiasa ditinggalkan di belakang. Mencabar juga berbasikal dekat taman ni sebab berbukit-bukit. Mulalah naik bukit, lepas tu turun bukit. Lepas tu naik bukit balik.....



Ini berehat sekejap konon-konon. Ala, diaorang ni konon-konon macam concern la tunggu saya yang tertinggal dekat belakang. Tapi sebenarnya penat dah kayuh basikal. Padahal lagi beberapa meter je nak sampai. 


Iye, ini sudah tiada kerja. Jadi ambil sahaja gambar apa yang ada. Lepas berbasikal trek 1, berehat sekejap..we all sambun kayuh trek 2. Dan ini treknya senang sikit. Tapi masih ada part yang saya x larat. Hahaha. Iye, kena banyak work out ni baru lah tak cepat letih! lagi-lagi berat badan dah melampau ni..jadi semua aktiviti nak buat jadi x larat. Eh... 

Dalam satu jam lebih kayuh basikal, kitaorang pulangkan lah balik basikal. Kasihan pula senarai dua muka kertas yang dah menunggu turn untuk sewa basikal. Lepas berbasikal, we all jalan kaki. Konon-konon hendak masuk rumah 4 musim. Tapi berangan sahaja sebab tiket masuk rumah 4 musim tu kena beli di main entrance. Iye, diingatkan ye, kalau hendak masuk rumah 4 musim tu kena beli siap-siap tiket masuk dekat main entrance. 



Jadi, kitaorang berjalan sahaja suka-suka. Duduk sekejap depan rumah 4 musim tu sambil main teka-teki dan kemudian balik dengan jalan kaki. Bagus! Harap-harap kurus. Jadi, habis sudah cerita saya berbasikal dengan kawan-kawan pada hari itu.


Jadi, kitaorang mengakhiri aktiviti pada hari itu dengan pergi lunch dekat Subway. Hahaha. Memang bertul-betul aktiviti menguruskan diri. 

Ok lah, sampai jumpa nanti!










Monday, May 21, 2012

Sufiesya's 2nd Birthday

Sebenarnya ada banyak cerita nak kongsi sini. Sebab gambar-gambar semua sudah transfer. Jadi semangat hendak cerita tu berkobar-kobarlah. Tapi hari ini saya hendak kongsi the daya we celebrated Sufiesya's birthday. Semalam.

Kali birthday Sufiesya disambut dengan tema 'animal printed' or 'orange outfit'. Jadi yang datang kena pakai baju bertemakan haiwan. Kalau tidak pakai, x boleh makan! Hahaha...kejam. X da lah sampai begitu. Saya pun tak pakai ikut tema Sufiesya. Pakai ikut suka sahaja. Jom tengok gambar.



Ini backdrop 'Happy Birthday Sufiesya'. 


Yeah! Inilah our princess today, Sufiesya with the rabbit ears 's gown. Ok, enjoy gambar sekitar birthday party.




Air Mineral 'Sufiesya 2nd Birthday'


Apam pollkadot. Iye, saya tak sempat makan apam ni.


Sup ayam Nanny


Sweet's Basket 


Goodies Bag for Girls


Goodies Bag for Boys. 

Ok, goodies-goodies bag ini hanya untuk kanak-kanak sahaja. Jadi tetamuyang datang tak bawa anak, jangan berangan nak dapat goodies bag ni okeh!



Some of foods yang ada. Tiada makanan berat pun untuk tetamu. Yang ada pun stall untuk mee rebus dan laksa. Makanan lain  seperti sate, kuih muih, roti jala tok mak, rojak buah, 3 in 1 drinks dan air kotak. Tak sempat ye nak ambil gambar kek. Sebab benda pertama yang dipotong adalah kek!



Sekitar birthday Sufiesya







Everything is ok! Daddy kata, akan sambut birthday anak-anak sampai umur empat tahun. Ok, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

That's all. Sampai jumpa nanti!

Friday, May 18, 2012

:: Greatest Alarm

In life, walaupun x semua orang tapi kebanyakannya lah akan set alarm hp especially untuk bangun pagi. Dalam ramai-ramai orang tu, salah seorangnya adalah saya. To be honest, every morning, I already set 5 different times untuk saya bangun pagi. Pertama adalah untuk Solat Subuh. Dan memang saya sedar tapi tak bangun lah untuk solat. Alarm yang kedua baru saya bangun. Sekitar pukul 630 pagi. Kemudian for sure la saya akan tidur balik kan. Alarm ketiga,keempat dan kelima adalah untuk pergi kerja. Jadi bayangkan lah berapa fasa bunyi-bunyian yang saya perlu ambil setiap pagi untuk menguruskan diri sahaja.

Bila fikir balik, kalau tiada hp mesti saya susah untuk bangun pagi dan x da idea nak tahu sekarang pukul berapa. Nak harap jam dinding memang x da lah sebab dalam bilik atau lebih tepat lagi rumah saya memang sudah tiada jam dinding selepas dirosakkan oleh saya hari tu. Nak ambil jam tangan memang malas lah nak turun katil kan. Jadi semua bergantung di hp.

Tapi sekarang, saya dah jumpa alarm yang terbagus di muka bumi Allah ni iaitu AZAN. Saya bersyukur kerana saya tinggal di dalam kawasan yang setiap kali masuk waktu solat akan dengar sampai dua,tiga azan. Saya terjaga dari tidur pun bila terdengar bunyi azan Subuh. Saya bangun dulu dari alarm yang saya set dekat hp. Bila hari cuti,kalau dah dengar azan Zohor, saya tahu, alamak dah tengahari..aku belum mandi lagi! Hahaha. Bila dengar azan Asar,alamak dah petang,x de benda berfaedah pun yang aku buat hari ni. Erm... Bila dengar azan Maghrib, Ya Allah, aku belum mandi lagi untuk berjumpa denganMu kejap lagi. Dan bila saya dengar azan Isyak, Ya Allah, sekejapnya hari ni dah berlalu..Semoga Kau panjangkan umurku untuk esok hari.


Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012