Sunday, April 22, 2012

:: We Can't Change World

Already 4am. Bukan saya tak boleh tidur tapi saya terbangun dari tidur. Tidur awal saya tadi. Lepas solat Isyak terus tidur. Terjaga sebab felt not good tiba-tiba. Rasa panas dalam badan. Terus terfikir, Ya Allah, jangan Kau ambil lagi nyawaku. Erm, tapi kalau dah tiba masanya, mana boleh tahan-tahan kan? Ok, takut nak fikir.

Saya nak kongsi cerita tentang diri saya. Dulu saya ada berkawan rapat dengan seorang lelaki. Waktu saya berkawan dengan dia dulu, ada beberapa orang yang rapat dengan saya tida gemar saya rapat dengan dia. Bukan sebab dia tak baik tapi mungkin sebab dia kategori kasar. Bergurau kasar or atau lebih tepat tak berapa gentleman. Mungkin. Saya berkawan dengan dia pun tak lama. Dan ada beberapa kawan dan famili juga cakap, semenjak saya kawan dengan dia, saya pun bercakap ala-ala kasar juga. Wahh, saya bukan lemah lembut orangnya yer, kasar juga tapi kesan berkawan dengan lelaki ni saya jadi double kasar. Kot..

Sebab-sebab saya tidak berkawan lagi dengan dia tak perlu lah nak kongsi dekat sini. Nak cakap tiada persefahaman lagi dah bunyi macam artis pula kan? Tapi memang sejak berkawan pun dah tidak persefahaman. Saya ni jenis tak kisah tu yang bertahan tu. Setahun juga lah berkawan rapat.

Ceritanya, sejak akhir-akhir ni, we all ada contact but just in alamaya sahaja. Ada beberapa kali dia ajak keluar minum dan saya memang elak. Sebab saya rasa, masa saya dah tiada untuk dia. Wahhh kejam kan? Yang saya rasa macam berat x mahu berjumpa, dia still lagi sama. Maksudnya, perangai kasarnya dan menganggap saya masih lagi watak manusia yang untuk dibahan. Dulu, waktu berkawan, dia suka bahan or ejek saya depan orang lain. Anggapan dia mungkin mahu bergurau atau menyakat saya. Tapi anggapan yang mendengar, mesti akan cakap 'bodohnya perempuan ni, biar je diri kena bahan'. Erm,mungkin. Saya dan dia memang agak lama x contact. Jadi, saya menganggap, sekarang kalau hendak berkawan macam orang lain, tiada masalah la. Saya berkawan seperti biasa. Maksudnya nak ajak minum, kita ajak sekali kawan lain dan bukan berdua. Tapi tu pun belum tentu saya nak pergi. Hahaha

Ok, back to topic. Saya ingat, bila dah lama x contact, mungkin akan jadi seperti asing lah kan. Tiada lah macam kenal rapat dulu. Jadi dia pun, saya rasalah cuba nak berwatak seperti dulu. On my side, memang tak dapat lah. Saya layan seperti kawan yang biasa. Tapi yang saya tak faham, kenapa mesti nak ejek or bahan saya lagi? Agak-agaknya, dengan semua orang ke dia buat benda yang sama. Kalau saya ni kawan biasa, maksudnya dengan kawan-kawan lain pun seperti begitukah? Dengan kawan rapat mungkin begitu kot tapi saya bukan kawan rapat dia lagi. If saya kawan adalah kawan dia pun, tak kan suka-suka kita nak mengejek or bahan orang kan? Serapat mana pun kita, sifat respect tu tetap kena ada.

Dan saya membuat kesimpulan, ye, dia tetap sama dan tidak berubah. Yes, I agreed, we can't change world, others behavior but just we only can change ourselves. Make it simple, if we want people respect us, we must respect them first. Saya terfikir, apa silap saya yang membuatkan dia tak pernah nak respect saya? Ke dia memang tak hormat semua orang kot. Eh..


Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment