Thursday, April 26, 2012

:: Kerja Agak So..so..

Hari ni saya tidak mahu jadi sarkastik yang mengatakan 'eh, saya sangat suka kerja saya' atau 'wah!  Bestnyeee kerja..' memang tidak! Sebab hari ini dan bermula semalam, saya dah mula bosan dengan kerja, kerjaya entah mana-mana serta tanggungjawab saya di office. Ya! Memang saya dah mula bosan. Dan anda semua pun dah mula bosan dengan cerita saya ni juga kan?

Kadang-kadang dan macam selalu juga rasa mahu berhenti kerja dan nak buat benda lain sahaja dari rumah dan dapat duit. Eh, bencilah. Waktu menaip pun rasa benci je nak meneruskan cerita. Better stop. Ok, babai. Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

:: Saja Update dan Ole-Ole Bali

Rasa macam dah lama saya x update page secara panjang lebar. Sikit-sikit bubuh sekeping gambar dan dua tiga baris ayat sahaja. Konon-konon ada isi. Bukan saya x nak cerita panjang tapi saya update blog guna hp sahaja. Bukan saya nak cakap saya ada hp yang boleh update blog..tapi saya nak cakap saya x tahu macam mana nak update dengan bubuh gambar banyak-banyak dalam blog. Dia boleh sahaja upload gambar banyak-banyak tapi nanti dia akan susun, gambar dahulu...kalau saya upload ada lima keping, jadi anda akan jumpa gambar-gambar sebanyak lima keping tu beratur ke bawah dan kemudian baru cerita saya. Jadi dari page ini makin jadi ntah apa-apa, saya buat keputusan, bubuh sahaja satu gambar dan cerita pendek-pendek sahaja. Dan gambar tersebut pun saya tidak tahu macam mana nak centre kan. Jadilah gambar saya hanya di bahagian tepi.. Kan dah panjang untuk saya jelaskan kenapa saya update page pendek-pendek sahaja. Jadi, bukan salah saya juga kan? hahaha...Hari ni, saya ada masa sanggang (eh betul ke perkataan?) sedikit di ofis dan mengupdate lah. Wahh...sudah agak lama saya tidak update guna pc semenjak saya tiada internet sendiri di rumah. 

Mula cerita dengan, ofis saya hari bila ntah tapi dalam minggu ni juga, ada dinner bersama-sama di Ole-ole Bali di Empire, Subang. 



Oh, ofis saya bukan lah ofis besar-besar yang ada annual dinner or family day yang boleh buat tiga atau empat pasukan untuk sukaneka tepi pantai. Tidak ramai, hanya ada 8 staff sahaja dan termasuk seorang bos. Jadi lah 9 orang. Jadi, ada masa boss akan suka-suka belanja staff dia makan. Kalau mood ok, makan lah kitaorg, kalau mood x berapa baik, tengok aje lah dia makan sambil discussion di kedai makan depan ofis.


Kan? kecil sahaja keluarga ofis saya ni. Eh, malam tu juga jemput ex-staff ofis untuk makan-makan. Dan jadi nampak ramai sedikit. Dan saya tiada masa untuk kenalkan seorang-seorang atau yang mana satu bos saya kepada anda. Tidak perlulah berkenalan dengan diaorg k..hahaha. Erm, first time sebenarnya saya makan di Ole-ole Bali. Jadi, kalau rasa teringin nak merasa ala-ala Bali Cuisine seperti di Bali, boleh cuba di sini. Nama pun ada Bali kan? 


Saya makan makanan di atas ni. Trio Bali namanya. Harga saya x berapa pasti sebab macam x nampak pula dalam menu. Dan saya pula konon-konon dalam diet, order lah makanan tu sebab bukan nasi. Dekat dalam set ni ada ayam grill, sotong goreng tepung dan isi ikan yang ala-ala sate serai tu. Pengsan saya nak habiskan makanan ni dan tidak habis pun. Ok, ni bukan page jalan-jalan cari makan yer dan tak perlu kot saya mendescribed secara detail tentang makanan-makanan di sini. Jadi, saya kena berhentikan cerita pasal makanan di atas ni.


Ini biasalah. Muka kami bertiga. Ariff, Daus dan saya. Dua orang ni lah yang selalu buat aktiviti luar dengan saya. Ada juga yang lain tapi lagi kerap dengan mereka ni. Kalau ada yang berhenti nanti dan duduk jauh, entah lah..kena cari kawan lain lah untuk beraktiviti. Oh, saya hendak kongsi gambar we all bertiga naik Broga Hill hari tu yang dah lama tu. Tapi nanti!

Saya rasa cukuplah cerita kali ni. Sebenarnya entry ni saya dah buat dari hari Jumaat hari tu tapi baru hari ni sempat sudahkan sambil tengok Mentor di TV3 dan adik saya sedang mencari uban saya. Oh ya, umur saya belum pun menjangkau 30 tahun tapi uban di kepala saya sudah seperti umur 45 tahun. Sudah lama tahu tapi hari ni rajin pula si adik offer diri untuk mencabut uban. Saya rasa, saya kena buat research dan kongsi lah tentang white hair ni. Kenapa rambut saya beruban? Sebab salah syampu kot dan tu pasal rambut saya rosak. Erm...eh, sudah la..merepek dah.

Ok, sampau jumpa nanti!



:: We Can't Change World

Already 4am. Bukan saya tak boleh tidur tapi saya terbangun dari tidur. Tidur awal saya tadi. Lepas solat Isyak terus tidur. Terjaga sebab felt not good tiba-tiba. Rasa panas dalam badan. Terus terfikir, Ya Allah, jangan Kau ambil lagi nyawaku. Erm, tapi kalau dah tiba masanya, mana boleh tahan-tahan kan? Ok, takut nak fikir.

Saya nak kongsi cerita tentang diri saya. Dulu saya ada berkawan rapat dengan seorang lelaki. Waktu saya berkawan dengan dia dulu, ada beberapa orang yang rapat dengan saya tida gemar saya rapat dengan dia. Bukan sebab dia tak baik tapi mungkin sebab dia kategori kasar. Bergurau kasar or atau lebih tepat tak berapa gentleman. Mungkin. Saya berkawan dengan dia pun tak lama. Dan ada beberapa kawan dan famili juga cakap, semenjak saya kawan dengan dia, saya pun bercakap ala-ala kasar juga. Wahh, saya bukan lemah lembut orangnya yer, kasar juga tapi kesan berkawan dengan lelaki ni saya jadi double kasar. Kot..

Sebab-sebab saya tidak berkawan lagi dengan dia tak perlu lah nak kongsi dekat sini. Nak cakap tiada persefahaman lagi dah bunyi macam artis pula kan? Tapi memang sejak berkawan pun dah tidak persefahaman. Saya ni jenis tak kisah tu yang bertahan tu. Setahun juga lah berkawan rapat.

Ceritanya, sejak akhir-akhir ni, we all ada contact but just in alamaya sahaja. Ada beberapa kali dia ajak keluar minum dan saya memang elak. Sebab saya rasa, masa saya dah tiada untuk dia. Wahhh kejam kan? Yang saya rasa macam berat x mahu berjumpa, dia still lagi sama. Maksudnya, perangai kasarnya dan menganggap saya masih lagi watak manusia yang untuk dibahan. Dulu, waktu berkawan, dia suka bahan or ejek saya depan orang lain. Anggapan dia mungkin mahu bergurau atau menyakat saya. Tapi anggapan yang mendengar, mesti akan cakap 'bodohnya perempuan ni, biar je diri kena bahan'. Erm,mungkin. Saya dan dia memang agak lama x contact. Jadi, saya menganggap, sekarang kalau hendak berkawan macam orang lain, tiada masalah la. Saya berkawan seperti biasa. Maksudnya nak ajak minum, kita ajak sekali kawan lain dan bukan berdua. Tapi tu pun belum tentu saya nak pergi. Hahaha

Ok, back to topic. Saya ingat, bila dah lama x contact, mungkin akan jadi seperti asing lah kan. Tiada lah macam kenal rapat dulu. Jadi dia pun, saya rasalah cuba nak berwatak seperti dulu. On my side, memang tak dapat lah. Saya layan seperti kawan yang biasa. Tapi yang saya tak faham, kenapa mesti nak ejek or bahan saya lagi? Agak-agaknya, dengan semua orang ke dia buat benda yang sama. Kalau saya ni kawan biasa, maksudnya dengan kawan-kawan lain pun seperti begitukah? Dengan kawan rapat mungkin begitu kot tapi saya bukan kawan rapat dia lagi. If saya kawan adalah kawan dia pun, tak kan suka-suka kita nak mengejek or bahan orang kan? Serapat mana pun kita, sifat respect tu tetap kena ada.

Dan saya membuat kesimpulan, ye, dia tetap sama dan tidak berubah. Yes, I agreed, we can't change world, others behavior but just we only can change ourselves. Make it simple, if we want people respect us, we must respect them first. Saya terfikir, apa silap saya yang membuatkan dia tak pernah nak respect saya? Ke dia memang tak hormat semua orang kot. Eh..


Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 19, 2012

:: Good Night Thusday

Wah, its been almost two weeks not write up here. Not about the time tapi sedikit kurang rajin. Ada idea dan alots of things want to share but later lah. Maybe.

Ok, just wish, good night dearss. Mimpi manis okeh! Sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

:: oh Tayar

Alamak, tayar bukan pancit je tapi pecah. Dah lah malam pulak tu. Ariff ajak balik tapi nak juga tengok superspontan kat youtube. Kalau x,xda turun ofis malam2. Adoi.

Mulalah fikir, nak panggil siapa? Tapi dah memang dah target Ariff n Daus yang sama-sama turun ofis dengan saya. Dan, ada lelaki india juga di situ. Mekanik. Tengah repair kereta. Eh,kebetulan.

Minta tolong dia tapi waktu yang sama panggil two my boys juga tengok dan teman. Erm,tayar spare pula xda angin. Adoi! Pegi lah Ariff dan Daus isi angin tayar dulu dkt petronas belakang ofis. Dan, akhirnya saya dapat balik ke rumah tapi singgah kedai tayar dan tukar tayar terus. Ting3, duit melayang. Adehh.

Sampai kedai tayar,cash pula x cukup dan kad tak diterima. Call my sis yang baru habis pantang dan tengah tersangkut2 drive kereta mntak hantar duit. Erm. Dugaan sungguh. Tapi,semuanya selamat! Ok, sampai jumpa nanti!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 2, 2012

:: The End, Penang


End up journey with plane. 15 minutes early mode touched down. Penang, everythings nice. Place,people especially abang rapid penang and food 'oh rojak oh rojak' at Gurney. I'll be there again. Thinking off..

Malaysian, our places is more interesting then outside. (based on my humble experience). Yup, I know, i'll be off to others country again but for me, i'll explore my place by myself.

Ok, lets waiting my mom to fetch me!

See later!

Published with Blogger-droid v2.0.4