Thursday, February 9, 2012

:: Jom,kerja, jalan..

Lama juga tidak menulis kan? Ada lagi ke tukang baca?Tiada pun x pa lah. Jadi dinding tempat meluahkan perasaan sudah. Tapi bukannya nak meluahkan sangat pun. Cerita-cerita kosong je. Habis sudah rasanya siri cuti percuma yang panjang-panjang tu kan? Lepas ni kerja seperti biasa lah. Wah, seronoknya kerja! Kerja, kerja dan kerja lagi.....

Siri-siri bercuti awal tahun pun sudah habis. Sekarang sesi fokus kepada kerjaya dan masa depan...wahhh....berat je macam bunyi. Konon-konon fokus kerja la..sudah la! Sambil-sambil tulis di sini sambil tengok tiket hendak ke Thailand. apa kess??? program memiskin diri lagi lah. Tapi, pergi tetap pergi..travel kali ni nak lain sikit. Siapa mahu ikut serta sila bagitahu. Tapi ini bukan travel orang-orang kaya ye. Ini jalan-jalan seperti orang kebanyakan yang jalan-jalan sampai rasa..eh, aku pakai kasut ke?? gagaga....

Eh, x da la. Saya bukan agensi pelancongan sahaja. Ajak-ajak ayam sahaja siapa yang baca. Tapi bukan misi mencari ayam-ayam di sana. pun tidak. Mahu makan ayam, makan di Malaysia sahaja....Saya dah mula entry ni semakin mengarut dan tiada hala tuju. Ok lah, sampai jumpa nanti. 

2 comments: