Sunday, February 26, 2012

:: Thank You..

Readers, just short update sebab saya ada kekangan masa. Sambil-sambil sahaja sementara hendak tunggu solat asar dan bersiap untuk keluar. :)

Terima kasih sebab join segemen yang dianjurkan oleh Cik Leeza, ada beberapa blogger yang follow saya dan saya pun follow mereka. Terima Kasih semua. Harap-harap kita sentiasa berhubung di alamaya ini yer. 

Sebelum apa-apa, saya minta maaf lah sebab saya jarang untuk mengemas kini page saya ni. Saya berblog pun untuk mengisi masa lapang. Tapi sekarang, ada masa lapang di rumah pun saya dah jarang menulis di sini sebab semenjak broadband rosak, saya terus sahaja terminated. Hanya bergantung pada internet hp dan di office sahaja. Di hp, faham-faham sahaja yer sebab screen kecil. Di office pula memang x sempat nak mengupdate. Curi-curi sahaja kalau sempat.Dan ini pun menyempat update dengan guna laptop dan internet housemate yang tersadai depan tv. hahaha. Oh, belasah!

Jadi, saya mencuba megupdate lagi yer (janji biasa). Salam kenal dan terima kasih kerana menjenguk sini. Sampai jumpa nanti! :)

Monday, February 20, 2012

:: Segmen: Tambah Follower Sampai Pengsan

Wah, macam seronok je join segmen-segmen yang ada di blog nih. Hari ni tersempat pula nak blog-walking. Jom cuba!


Ok, dah klik ke banner di atas? Kalau dah klik, tahulah ceritanya.

Siapa yang baru buka page ni, saya bukanlah orang yang suka mengintroduce diri saya indirectly. But, more you read, you'll know me. :) 

Oh, kenapa saya ada blog? Saya adalah seorang yang suka bercerita dan bercakap. Tetapi kalau kita terlebih bercerita dan becakap juga boleh menimbulkan feel a bit annoying untuk orang sekeliling. Jadi, saya pun menulis. Dah ada blog pun, x bermakna saya akan tulis dan update hari-hari..Erm, memang tidak sempat. Tetapi saya mencuba untuk mengemas kini juga. 

Dalam masa saya tidak sempat mengupdate tu, saya ada juga lagi satu blog. Wahhh...tamak kan?hahaha....Kalau rasa nak jenguk, jenguk di sini ye.  Ok, ada masa cerita lagi di sini ye.

Sampai jumpa nanti!


Friday, February 17, 2012

:: Kids, Best Therapy

Lets start the entry with Auni's face. Oh, i miss my girl. Count the days, berapa hari boleh jumpa lagi..InsyaAllah. Auni semakin membesar. Kaki kecil sudah pandai berjalan, sudah pandai menyahut 'yee' bila mama panggil Qu Auni...Erm, i feel getting older..



My life, nothing change..the home, work life, environment...still same. Seperti masa yang diberi, setiap hari masih lagi 24 jam. Sudah tidak boleh berfikir lagi nanti bila masa sudah berkurang jadi 17 jam. Oh, x nak fikir. 

Oh lupa. My sister already delivered her newborn baby. Muhammad Ammar Atif. More then 1 day bertarung untuk melahirkan anak dengan cara Cesar. Alhamdulillah, sudah selamat. Nowadays, my sister masih lagi bersakit-sakitan kesan cesar yang masih baru dan belum kering. Sabar ye, terhapus dosamu apabila melahirkan cucu Adam.


Dan, Qu Ibad pun sudah 5 tahun. Sudah boleh baca doa makan, mengaji dan yang penting sudah sekolah. Cuma bercakap di telefon dengan saya masih tidak mahu. Sudah pantai hendak pergi luar negara hendak tengok salji, hari-hari tanya mama sudah beli PS2..erm, macam-macam budak-budak zaman sekarang.


Jadi, malam ini saya hendak tidur lena sambil rindu anak-anak saudara saya. Feel, bila hendak ada anak sendiri? erm, tidak tahu dan tiada jawapan yang pasti. Yang penting, saya sayang all my kids like myself...Wassalam

Sampai jumpa nanti!









:: Eh, x Fahamlah..

Manusia macam-macam sangatlah.Perangai memang boleh berubah dan yang x berubah-ubah pun ada.Saya? pun xda la bagus sangat untuk menilai manusia.Sekadar berkongsi apa yang nampak,apa yang tahu.

Jadi,jangan expect semua orang akan faham kita dan jangan rasa kita ni terlalu memahami semua orang.cakap untuk diri sendiri juga ni.ok,salam Jumaat dan sampai jumpa nanti.

Sunday, February 12, 2012

:: Cerita Hindustan

Salam Readers. For sure kan hari ini sesiapa yang tidak merayap, bersosial, atau dengan erti kata lain tidak keluar rumah, akan tengok TV3 kan pukul 2 petang tadi. Sebab semata-mata hendak tengok filem hindustan yang dah banyak scene kena potong tu iaitu Kuch Kuch Hota Hai kan? Ok lah, bukan semua orang lah tetapi kebanyakan. Saya dapat rasakan lah. Ye la, dekat tweeter tu, boleh jadi trending. Orang-orang yang saya follow pun sibuk masing-masing nak tweet pasal cerita Kajol tu.

Saya? tengok sekejap je. Sebab not my favorite film. Eh, saya layan juga filem bollywood ye tapi depends la. Lagipun filem KKHH ni dah banyak kali tertengok pun. Jadi hari ini malas nak tengok. Dan sebab lain saya x tengok, saya dah tahu ending filem ini dan dari dulu saya memang x setuju dengan ending cerita ni. Saya pun mula x faham kenapa orang sampai menangis dengan ending cerita ni. Sedih ke gembira? entah, x tahu. Jalan cerita mungkin menarik, pelakon, watak, tema..ok lah, saya kredit juga. Tapi, kenapa mesti terlalu mengagungkan cinta? Kalau saya jadi Anjali, saya x kan pilih Rahul. Rahul adalah kisah silam dan Aman (kot, lupa lah nama Salman Khan siapa) adalah masa depan.

Tu pasal saya rasa cerita ni x berapa sesuai dengan jiwa saya. Kecoh plak!! Cerita ni dah box office la, apa lah...sibuk nak komen. Macam pandai sangat la saya ni. Ce pegi buat skrip, pandai entah tidak! Hahahaha. Tapi kan, ada juga filem hindustan yang saya suka dan ada ilmu, pengajaran dan bermaksud. Cerita yang saya suka 3 idiots, Chakde dan Phil Bir Dil Hai Hindustani. Jadi, x semua filem hindustan tu mesti bertemakan cinta but kebanyakannya memang tema tu la. Lagi satu hero mesti gagah perkasa dan mesti happy ending. Kalau tidak, di India, orang akan bakar panggung. Betul ke? Fakta ek tu? Entah.

Tengah-tengah menaip ni, pintu bilik terbuka sendiri! Scary pula tiba-tiba..Mode cerita hindustan, bukan horror..x kena tema lah pintu ni! Ish angin ni, jangan tiup lah malam2. Pegi tidur!

ok, sampai jumpa nanti!

Thursday, February 9, 2012

:: Jom,kerja, jalan..

Lama juga tidak menulis kan? Ada lagi ke tukang baca?Tiada pun x pa lah. Jadi dinding tempat meluahkan perasaan sudah. Tapi bukannya nak meluahkan sangat pun. Cerita-cerita kosong je. Habis sudah rasanya siri cuti percuma yang panjang-panjang tu kan? Lepas ni kerja seperti biasa lah. Wah, seronoknya kerja! Kerja, kerja dan kerja lagi.....

Siri-siri bercuti awal tahun pun sudah habis. Sekarang sesi fokus kepada kerjaya dan masa depan...wahhh....berat je macam bunyi. Konon-konon fokus kerja la..sudah la! Sambil-sambil tulis di sini sambil tengok tiket hendak ke Thailand. apa kess??? program memiskin diri lagi lah. Tapi, pergi tetap pergi..travel kali ni nak lain sikit. Siapa mahu ikut serta sila bagitahu. Tapi ini bukan travel orang-orang kaya ye. Ini jalan-jalan seperti orang kebanyakan yang jalan-jalan sampai rasa..eh, aku pakai kasut ke?? gagaga....

Eh, x da la. Saya bukan agensi pelancongan sahaja. Ajak-ajak ayam sahaja siapa yang baca. Tapi bukan misi mencari ayam-ayam di sana. pun tidak. Mahu makan ayam, makan di Malaysia sahaja....Saya dah mula entry ni semakin mengarut dan tiada hala tuju. Ok lah, sampai jumpa nanti.