Tuesday, January 10, 2012

:: Eksklusif....Tamar Jalis

Sudah berhari-hari sebenarnya mahu menulis entry ini tapi disebabkan handphone mula mencari pasal iaitu x mahu detected dengan cable dan telah menyebabkan saya sukar untuk mentransfer gambar, jadi saya asyik tiada mood untuk mengupdate. Sebab sejak akhir-akhir ni entry saya semua macam karangan. Apa pun jadi, saya tetap nak bubuh gambar juga kali ini. Saya sendiri bosan tengok karangan sekolah yang ayat sahaja.

Waktu kerja, update blog. Bukan maksud tiada kerja ye. Ada je depan mata fail tapi malas hendak buat ayat untuk report. Ayat untuk update blog pula yang datang mencurah-curah. Hahahaha. Ok, x cerita pasal kerja. Cerita pasal lain.

Ramai ke yang tahu pasal cerpen seram Siri Bercakap Dengan Jin dari Tamar Jalis? Saya sudah tahu pasal cerpen ini dari kecil lagi. Seingat saya waktu tu saya sekolah rendah. Tapi secara jujur, saya tidak pernah baca pun siri-siri bagi Siri Bercakap Dengan Jin ni. Tidak berminat pun nak baca.Hahaha. Ye la, waktu sekolah rendah dulu, dari saya baca buku-buku genre begini baik saya baca Doremon. Dan, saya pun tidak tahu, selama ini rupanya ramai juga orang mengikuti siri seram ini dan mengenali nama Tamar Jalis. Oh, saya baru tahu. 



Ok, ini dia penulis Siri Bercakap Dengan Jin iaitu Tamar Jalis. Saya tahu yang duduk depan saya adalah Tamar Jalis tapi saya tidak mengenali dia sebagai Tamar Jalis pun.Hahahaha. Sebab dia very humble person. Dari saya kecil sampai sekarang, dia tetap sama. Ok, habis cerita pasal Tamar Jalis. 

Sekarang, karya-karya beliau telah dibukukan. Jadi, sekarang, telah keluar volume 2. Saya belum baca pun lagi volume 2 ni. Sebab yang pertama pun saya x habis-habis baca. :D. Tapi yang penting, saya dapat autograf eksklusif daripada penulis buku ini.Hahaha.(bunyi macam nak berlagak sikit) Tengoklah....


















Tapi, tersalah pula eja nama saya. Eee.....Beliau tahu nama saya tapi x panggil dengan nama tu. Tu yang salah eja tu. X pe lah. Dimaafkan..:D. Ok lah, sesiapa nak dapatkan koleksi Siri Bercakap Dengan Jin dengan cetakan baru dan lebih berkualiti, sila klik disini. Senarai pengedar pun ada di situ sebab buku ini tidak terdapat di semua tempat dan eksklusif daripada http://nafielagroup.com.my/


'Untuk Khamisa,

Cari ini yg baik dari buku ini,
yang buruk buangkan.

Dari Pamanmu,
Tamar Jalis 7/01/12'
Sampai jumpa nanti!

3 comments:

  1. apat, apa tu?

    dn, nak tggu hbs baca, volume 16 keluar pun belum tntu habis...ambil je kalo nk bc :D

    ReplyDelete