Friday, December 28, 2012

:: Short Escaped

Jadi trend kot, asal cuti sekolah je kena pergi bercuti. Dekat rumah, nobody pun yang bersekolah tapi tetap sibuk-sibuk guna alasan 'bila cuti sekolah'. With limited time and also money (swasta belum gaji kot), we, family and i, still out for vacation. Just choosed nearer place but not in Klang Valley lah for sure. Lastly, we choosed Lost World Tambun, perfecto!

Ya Ampun, ramai nya manusia. Hujan-hujan pun apa kisah. Sudah bayar RM 45 seorang kan, x kan mahu duduk bawah kemah/pondok. Gelongsor sahaja mana papan longsor yang ada. Tidak dapat merasa papan luncur air terpanjang di Asia Tenggara yang ada di Mimaland dulu pun tidak mengapalah. Dapat juga merasa di taman tema air ni. Sudah penat mandi air paip biasa yang ada dalam kolang tu, moved pulak air laut buatan. Then proceed to hot spring. Puas berendam, main pula theme park. Yang ada tiga jenis tu. Final activity, naik train. Tengok harimau. A bit regreted sebab saya x sempat hendak berkayak. Tidak jalan habis sebetulnya. Dah pusing dengan train baru perasan ada kayak. Erm, kayak tempat lain sahaja lah.

Bila malam, ya Rabbi, pusing satu Ipoh mahu cari hotel. Dari berbintang sampai tiada bintang, full house. Ikutkan hati, mahu terus balik rumah tapi sudah sebut mahu naik Cameron Highland besok, kenalah pergi juga. Penyudahnya jumpa juga di Simpang Pulai.

Pagi besoknya, ke Cameron Highland. Saya boleh simpulkan sebenarnya hendak balik ke KL tapi mengikut jalan CH. Maksudnya, naik di Simpang Pulai, jalan terus dan turun di Tapah. Sebabnya, hanya berhenti apa yang jumpa sahaja di tepi jalan. Tidak ada lah nak petik strawberi atau tangkap rama-rama. Ramai juga manusia di atas bukit ni. Jalan persekutuan satu itu sahaja. Kereta banyak. Memang x bergeraklah. Sekadar beli sekotak teh Bharat buat syarat naik CH.

Kesimpulannya, orang Malaysia yang berkeluarga dan beranak kecil memang suka melancong dalam Malaysia. Dan lupakan hasrat untuk sibuk-sibuk berjalan waktu cuti sekolah.

Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, December 18, 2012

:: Apa Nak Tulis?

Mahu tulis apa di sini???? Dah jadi x reti pulak. Tutup sahaja lah.

Bosan,

Layan Running Man lah...

Bye2. 

Sunday, December 2, 2012

:: Good Night , me

Just bought new socks. Sleep purposes. Now, feel exciting and want to go bed. Ok, good night. Mimpi manis ya!

Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 9, 2012

:: Kota Kinabalu Trip!

Mahu berkongsi, pergi bercuti ke KK awal November yang lalu. Sebelum cerita jadi basi dan daya ingatan makin lemah sebab tak makan kismis, baik cerita dulu. Sebelum tu, maaf kalau entri ni ada kurang gambarnya. Gambar tu hanya sampingan sahaja. Apa yang penting, pengalaman yang ingin dikongsikan.hahaha. Berada selama 5 hari di sana. Saya cuba ingat aktiviti mengikut hari ye.

Hari Ke 1
Sampai ke Terminal 2 KK dalam tengahari. Oh ya, KK ada dua airport. Terminal 1 (untuk penerbangan selain dari Air Asia, ala..macam KLIA) dan Terminal 2 (persis LCCT). Jadi, jika minta orang pick up, pastikan tahu anda berada di terminal mana. Sampai di airport, saya call orang yang menyewa kereta dan dia tanya, terminal berapa? Nasib baiklah turun-turun flight saya sudah nampak perkataan Terminal 2. Jadi, yakinnya sebut..Terminal 2!


iya, ini di airport. Menunggu kereta sewa ..

We all berempat semuanya. Menyewa kereta kawan. Oh, boleh jika mahu sewa kereta dia kalau hendak jalan-Jalan di sana. Bagitahu saya ya!. Dapat sahaja kereta, kami terus ke Kundasang kerana takut jika hari sudah gelap, tidak yakin pula hendak drive. Tambahan pula hujan lebat. Jalan di sana pun tidaklah membahagiakan sangat dan tiada lampu jalan. Oh, jika dari KK hendak ke Kundasang, pastikan tidak tersalah simpang. Takut-takut nanti termasuk simpang ke Kudat. Pastikan isi minyak penuh ya.


Sampai di hotel sudah pukul 6. Sudah senja. Kami menginap di Strawberi Farm. Nama sahaja strawberi, tapi buah strawberi tidak nampak. Tengah tanam balik katanya. Tidak mengapalah. Janji ada tempat tidur dan yang penting, wifi percuma without password ya! Hendak mandi kena tunggu heater tu panaskan air. Dalam 10 minit lepas buka suis, tapi lebih sebenarnya kena tunggu. Mahu adjust air pun takut-takut sebab kalau sejuk, sejuk sangat. Kalau panas, menjerit lah kau dalam bilik air.


Ini pemandangan dari entrance hotel (rasanya) 

Malam nya kami makan malam di Pekan Ranau. Sekadar mahu menyinggah sahaja tempat yang bernama Ranau. Pekan kecil tapi ada beberapa bank. Malam jadi sunyi tapi ada juga beberapa kedai makan di sana yang buka. Hendak cari kedai makan, betul-betul ya. Bagi orang yang cerewet pasal makan macam saya, hendak masuk mana-mana kedai,agak payah juga. Ada yang banyak kedainya bukan kedai orang Islam, sekadar noticed NO PORK. Oh, tetap fikir banyak kali walaupun nampak ada sahaja orang Islam makan di situ. Jadi, pusing-pusing nampak restoran yang tertulis makanan Islam dan ada ciri-ciri islamik sedikit. Walaupun perkara tersebut bukan measurement yang tepat, tetapi yakin sedikit lah hendak masuk. Hati-hati ya! Saya makan nasi goreng kampung sahaja dan teh o. Senang sungguh teh o di sana, rendam sahaja yang uncang. Ala-ala teh breakfast di Mcd. 



Simple advice, jika pergi tempat yang tidak tahu rasa makanannya, jangan oder yang pelik. Nanti dari mahu rasa terus jadi x nak rasa. Kecuali jika ada orang tempatan bersama anda! Untuk selamat, oder lah nasi goreng. Habis makan malam, terus sahaja balik ke hotel. Mahu bangun awal esoknya. Hendak tengok sunshine. Perjalanan balik tu ada sahaja gerai-gerai tepi jalan, di Pekan Kundasang. Menjual sayur-sayur seperti di Cameron Higland. tidak singgah pun

... Ok,selamat malam hari ke 1.




Hari ke 2

Seawal pagi juga bangun pada hari tu. Pukul 530 rasanya sudah bangun. Hendak habis subuh rasanya. Siap-siap tanpa mandi terus ke Mesilau. Selain untuk tengok matahari terbit, ada beberapa tempat lagi yang hendak pergi seperti Dairy Farm dan Kundasang War Memorial. Dalam pukul 6 pagi sudah keluar hotel. Pergi kerja pun tidak seawal begini. 


Pukul 5 lebih pagi (rasanya)




SubhanaAllah.. cantikkan Gunung Kinabalu? Tidak dapat mendaki, dapat berdiri di kaki gunung juga sudah beruntung. Orang tempatan di sana mungkin sudah bosan tengok gunung ini. Tapi orang - orang macam saya, hampir semua angle mahu ambil gambar. Selepas habis possing di sini, hendak pergi Dairy Farm, belum buka lagi. Pukul 730 baru buka. Sekarang baru pukul 630..jadi terus ke perkampungan Mesilau. Mendaki sedikit jalannya untuk ke sana dan sampailah kami ke salah satu checkpoint bermulanya orang untuk mendaki. Saya rasa semua orang tahu kot, untuk mendaki Gunung Kinabalu, boleh pergi dua tempat. Satu di Kinabalu Park dan satu lagi di Mesilau. 




Disebabkan keadaan cerun yang tinggi dan tambahan pula kereta yang kami gunakan hanyalah Viva, kami ada masalah sedikit dengan brek. Brek berbau hangus dan tidak makan. Nasib baik kami sudah sampai ke Pekan Kundasang waktu itu. Maksudnya selepas turun dari Mesilau. Jadi, terpaksalah tunggu brek tu kembali normal, barulah boleh bergerak. Jika mahu ke sana, Viva bukan lah kereta yang sesuai digunakan. Patutlah ramai orang tempatan pakai kereta bertayar besar tu. Dan jika turun bukit, gunalah gear paling rendah atau free kan sahaja gear tu. Jika tidak, jadilah seperti kami, brek berbau hangus dan tidak berfungsi..

Bila kereta dah ok kembali walaupun tak ok sepenuhnya, kami naik lagi sekali untuk ke Dairy Farm. Tempat menternak lembu dan mendapatkan susu lembu yang segar. Setiap orang dikenakan RM 2. Murah sahaja kan? Pemandangan di sini juga, SubhanaAllah, cantiknya...terasa seperti sudah sampai New Zealand. Setakat tengok dalam gambar sahaja  New Zealand tu saya sudah boleh cakap seperti di sana.



Sila abaikan muka tembam tu.


Betul kan? ada sedikit seperti New Zealand. hahaha...


Sebenarnya, kalau datang kena harinya, boleh lihat bagaimana proses untuk memerah susu lembu. Waktu saya datang ini, tengok lembu-lembu sahaja lah dari jauh. Sebetulnya, bukanlah mahu tengok sangat, mahu bergambar sahaja yang lebih. Susu segar juga saya tidak beli. Kawan-kawan beli pun saya tidak minum. Jangan tanya kenapa,,,,

Selesai di ladang lembu, kami turun kembali ke Kundasang. Ye, kereta buat hal lagi. Jadi untuk bagi kereta berehat, singgah ke Kundasang Memorial War. Sama juga, RM 2 untuk seorang. Sekadar ingin buang masa dan tidak tahu ke mana hendak bagi RM 2 tu, boleh lah masuk ke sini. Erm, boleh lah....


Selepas di war memorial, terus kami balik ke hotel untuk check - out. Melihat kepada kondisi kereta yang tidak cemerlang, cancle sudah planned mahu ke ladang teh dan hotspring. Tidak lengkap sudah percutian ke KK. Dan menjadi tidak lengkap, kami juga tidak masuk ke Kinabalu Park. Sebab kuatir dengan keadaan kereta. Hendak jalan kaki sejauh 4km dari main entrance dan dalam keadaan belum makan, memang tidaklah. Saya lah orang pertama yang bersuara untuk tarik diri. Naik kereta saya on. Berjalan kaki memang tidaklah. Bukan tidak larat tapi sudah tahu akan jadi tidak larat kerana saya belum makan betul-betul lagi. Maaf ye kawan-kawan.. =(

Untuk mengubat hati masing-masing yang tidak berjaya pergi ke tempat-tempat anchor di KK ni, perjalanan balik, kami singgah dan tengok yang mana satu Jambatan Tamparuli dan singgah ke Rumah Terbalik. Disebabkan Rumah Terbalik ni hakmilik persendirian, bayaran masuk bagi warganegara Malaysia ialah RM 10. Dilarang menangkap gambar di dalam rumah ini. CCTV sana sini...jadi tangkap gambar di luar sahaja.


Di Jambatan Tamparuli

Ini rumah terbalik

Sebelum sampai ke KK, singgah dulu di Sipanggar. Makan lokan. First time sebenarnya saya makan makanan laut ini. Mula-mula memang macam takut hendak makan, tapi bila kawan-kawan kata sedap, teruja juga..dah makan, nak makan lagi. haha. Dalam keadaan hujan, makan nasi goreng yang sedap, lokan bakar, air kelapa dan jelly kelapa...Ya Rabbi....sedapnya. Mahu ulang lagi rasanya moment begitu. Makan sampai x ingat sehingga lupa yang diri sendiri allergic makan seafood. Hahaha. Nasib lah....



Selepas makan, kami check-in homestay di Cyber City Service Apartment. Tidak jauh dari airport... Dan malam hari tidak kemana-mana..sebab sudah letih dan mahu kumpul tenaga besok harinya untuk Island Hoping :D

Hari ke 3

Bangun awal pagi juga pada hari itu. Disebabkan di homestay boleh memasak, jadi kawan-kawan yang rajin buat brekfast pagi tu dan sekaligus bawa bekal untuk pergi ke pulau. Daripada hasil pembacaan mereka, pergi ke pulau-pulau, siap kan lah dengan bekalan makan yang mencukupi sebab di sana katanya makanan mahal. Saya followed sahaja. 

Sebelum pukul 9, kami sudah sampai di Jesselton Jetty. Katanya bot-bot untuk ke pulau bergerak pukul 9 pagi. Jika sampai di sana, jangan risau bot penuh atau tiada bot sebab ramai pengusaha bot yang menawarkan perkhidmatan untuk ke pulau-pulau ini. Pilih sahaja. Tapi pendapat saya, hendak selamat, carilah tiket di kaunter-kaunter yang ada dalam jeti tu. Kalau nasib baik, dapat nego harga murah sedikit sekali sewa life jacket dan goggle untuk snorkling. Kami pergi ke tiga pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. 





Tidak bermakna kalau pergi ke suatu tempat tidak tangkap gambar di entrance atau di papan tanda kan? hahahah...Setiap pulau di beri masa 2 jam dan satu jam setengah. Buat lah apa-apa hendak buat. Pulau mula-mula tidak pandai sangat snorkling. Sampai pulau ketiga baru mahir. Bila sudah mahir, sudah sibuk mahu pergi pulau lagi lain kali. Hahaha. ya, jangan lupa, pkai sunblock. Kalau boleh, pakailah PH yang paling bagus..kerana sudah hampir dua minggu, sunburned saya masih tidak habas-habis. Degil, pakai di muka sahaja. Tapi tetap sunburned!





Naik darat sudah lapar tak ingat. Satu hari makan sandwich sardin. Dengan perut yang ada 16 ni, mana cukup makan roti sahaja satu hari. Sudah lapar tidak fikir dah mahu cari makanan tempatan apa, terus pergi cari McD ( waktu itu belum boikot lagi).  Take away dan makan di rumah. 

Malam hari, kami keluar. Mereka kata pergi KK mesti pergi makan seafood. Saya dengan less general knowledge ni baru tahu yang KK adalah salah satu tempat untuk mendapatkan seafood segar. Salah satu tempat seafood yang ramai orang ke situ adalah sebelah Central Market. Kalau cari siang memang x jumpa sebab tempat ini ada waktu malam je. Siang jadi parking. Banyak juga kedai-kedai pilih dan masak. Pandai pilih sahaja ya. Harga seperti biasa, ikut gram. Jika tahu pelancong, dia bagi harga pelancong. Malam tu, kami pergi dengan *Sue, jadi dapat harga manusia tempatan :)



Saya mahu makan sotong, sotong habis pula. Sedikit kecewa. Tetapi apa yang di pesan, sedap-sedap juga. Cuba butter prawn ye kalau jengah ke sini! Lepas makan, hantar Sue balik dan kami pun balik. 

Selamat Malam Hari Ke 3

Hari ke 4

Sudah hari ke 4 kami di KK. Saya sudah mula rasa hendak balik. Hahaha. Hari ini aktiviti adalah sekitar di bandar sahaja. Tempat pertama ialah ke Pasar Gaya. Oh, Pasar Gaya terletak di Jalan Gaya dan hanya ada pada hari Ahad sahaja. Kalau mahu membeli belah boleh datang ke sini. ;Tips : Pasar ini mahal sedikit jika dibandingkan di Pasar Nabalu. Panas dan begitu ramai manusia. Tetapi saya sibuk-sibuk juga di situ. Nama pun pelancong kan..Hendak cari sourvinior la pasti. 


Sebetulnya, ini gambar di Pasar Philipine. Itu saya pergi petang. Tapi bubuh sahaja. Jadi ada gambar.  Pasar Philipine juga tempat mahu mencari barang-barang sourvinior. Jika mahu pergi pasar basahnya, ada pukul petang. 


Ini untuk cari souvinior


Ini untuk makan seafood bakar..tengoklah udang itu, udang kecil pun saya makan sudah merah-merah. kalau udang ini mahu setahun kot saya menggaru.



Dan ini untuk beli udang kering untuk emak!

Sebelum ke Pasar Philipine, kami pergi ke muzium. Kes sudah tidak tahu mana hendak pergi. Terasa seperti rombongan sekolah pula masuk ke muzium. Saya sudah penat sebenarnya, jadi sementara mereka pusing-pusing, saya masuk bilik tayangan, konon-konon seperti mahu menonton video patriotik Sabah (memang tak lah) tapi sebenarnya saya nap! Lepas tu kami pusing ke kampung warisan..eh budaya..




Nampak saya paling besar sebab saya duduk depan sekali ye!





Bila matahari hendak terbenam, kami berhasrat untuk ke Tanjung Aru. Tetapi kelakar, kami sampai-sampai matahari memang terbenam habislah. Gara-gara sibuk beli udang kering dekat Pasar Philipine. Jadi, duduk sekejap dan tengok pantai sahaja. Lepas tu balik.



Malamnya kami makan di rumah Sue. Dia masak kerang, ayam goreng madu ( konon-konon nak ikut *Meranti) dan lokan ( anak lokan). Selepas makan, sebelum balik apartment, kami singgah di Kampung Air. Satu lagi tempat untuk membeli belah. Jika mahu beli mutiara, beli di Kampung Air ye. Tetapi ada waktu malam sahaja. Ala-ala uptown tapi penuh dengan orang jual mutiara. Saya beli gelang untuk anak dara kecil di rumah ; Auni & Aqilah. Lepas pusing dah nak hampir orang bungkus meja, baru kami balik.

Ok, berkemas sebab besok sudah balik dan selamat malam 

Hari Ke 5


Yeay! Balik. Selamat Tinggal KK. Nanti datang lagi. Terima Kasih Sue dan suami...banyak membantu!





Sampai jumpa nanti!

* Sue : Kawan sekelas, sebilik, sestudio....

*Meranti : Salah satu arked (tempat makan) yang popular di UTM

Sunday, October 14, 2012

Weekend Getaways

I'm not a good blogger to make one travel log about this short trip. So, i'm decided to summarized it with images. Hahaha.









Oh, if datang Melaka, boleh cuba 'Duck Tour'. Sedikit jakun saya naik itik ni. Sebab tidak pernah naik. Jaga-jaga bila itik ni dah turun ke laut sebab terpecik air nanti terutamanya siapa yang duduk tepi.

Ok, see later!


- Friendship isn't about whom you have known the longest...Its about who came, and never left your side -

   

Wednesday, October 10, 2012

:: The Ethnics

Jika difikirkan semula, saya tidak tahu masyarakat Orang Asli di Malaysia ni menyambut perayaan apa? Tidak pernah tahu dan tidak mahu pun mengambil tahu. Sebab tiada kena mengena dengan saya. Erk. But, one of my colleague adalah berasal daripada masyarakat Orang Asli dan saya sudah lupa dia dari suka apa. Temuan rasanya. Dia pernah sebut dan saya sudah lupa. Ini lah untuk pertama kali saya kenal lebih dekat dengan kawan yang berasal dari suku ini. Tiada beza pun. Cakap bahasa melayu lancar sahaja. Orang lain berpuasa di bulan Ramadhan dan dia pun puasa juga. Tapi orang lain beraya, dia tidak beraya. Kena masuk office bekerja.Hahahha.

Jadi, ceritanya ialah, dia punya perayaan ialah pada hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober. Atas alasan apa tarikh rayanya begitu saya tidak pasti. Yang tahu, dia balik bercuti dan beraya. Disebabkan saya dan kawan-kawan lain pun tidak tahu macam mana mereka beraya dan suasana beraya..kitaorang pun pergi lah menyinggah ke rumah dia dan ala-ala beraya juga. Eh, berziarah lah. Mak aihh....jauh rumahnya dengan jalan bengkang bengkok. Dekat Pertang, Negeri Sembilan.

First time sebenarnya saya sampai betul-betul di kawasan perkampungan Orang Asli. Ya, mereka semua memang sedang berada di dalam suasana hari raya.Macam kita-kita beraya. Bayangkan..kita jalan jauh, masuk highway, masuk jalan x highway plus jalan bengkang-bengkok, masuk pekan, lalu kampung....dan sampai dihujung terdapat satu kawasan perkampungan yang sedang meriah berhari raya. I feel...teruja kah? Jakun sedikit kah? Entah, rasa impressed kot? Surprised? Entah....yang pasti saya sudah sampai rumah kawan saya yang sedang berhari raya...

Sama sahaja macam kita berhari raya. Ada yang pakai baju raya, ada lemang rendang, ada kuih raya, kerepek ubi, almond landon, tart nenas, ada orang datang beraya (kitaorang termasuk juga dalam golongan yang datang beraya), ada orang bagi duit raya....yang saya tidak nampak, tiang pelita atau panjut.. itu sahaja. Memang new experience. Sedikit berdebar-debar bila hendak sampai ke sana sebab tidak tahu macam mana mereka beraya. Tetapi bila sudah sampai...sama sahaja cara mereka beraya macam kitaorang beraya ;)


Ok, just sharing.

Sampai jumpa nanti!

Monday, October 1, 2012

The Heart

1st oct 2012.

Feeling bad. Don't want do anything. Just sit with silently then observing. What they do? Is't their happy with their life now? Is't smooth? I don't know.

I want to eat, but i'm not hungry. I'm feeling so tired. I need rest but I don't want sleep. Thinking, i'll waste my time with sleeping. Already Maghrib, hope I can proceed for Isya' also..

A lots of things I want to write here. About me, humans, loves, apologize,happiness, the life....hope I have a good time to do that.

Ok, see later!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 28, 2012

:: A Friend Is Someone Who Reaches For Your Hand But Touches Your Heart

If u ask me, who is my friend? I'll say, all the 'mates' are my friends. Don't ask me who is my bestfriend because people whose;understand,kind,nice,beuty..can be my bestfriend.
Me, got souvenior from my friends and proudly say, they are my bestfriend. Not because they gave me gift then I called them bestfriend but its about the kindness, understanding, flexible,caring and also pretty...they have a packaged and deserved to be a bestfriend.

Thanks DN for the warm sweater. Thanks Lili for the casing. Hug and Love.

'Every Gift From A Friend Is A Wish For Your Happines'
-Ricahrd Bach-

P/S : i'm not going to declare who is my bestfriend but if u feel i'm ur best, honestly, me too....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, September 21, 2012

:: Life Not Too Perfect

0049, time appear at phone. Now, already on the bed, in a blanket, wearing socks...feeling good. But..just reached home 20 minutes ago..make me feel..so damn. What a life I have when 11 pm I still at office? I didn't watch final episode for series tv that followed? Always had a nighmare about work..Oh, I hate my life right now!

Ok, bye!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, September 6, 2012

:: Mana Perginya Duit

Boleh tak saya katakan gaji kita setiap bulan tu bukannya upah atau ganjaran apa yang kita lakukan setiap hari setiap bulan. Tapi duit tu sebenarnya untuk kita bayar hutang piutang yang ada dan setiap bulan wajib membayarnya.

Setiap bulan perkara biasa yang perlu dibayar dan melabur duit:-

1. Sewa rumah (rumah sendiri pun tetap kena bayar juga dekat bank). Kalau tidak bayar, nanti kena halau tuan rumah atau bank tarik balik rumah dan akhirnya dilelong. Dasyat.
2. Sudah ada rumah, kena bayar bil elektrik dan air. Tak kan nak pakai lilin dan mandi air sungai. Tu pun kalau ada sungai dekat rumah. Kalau x, tumpang mandi dekat ofis kot. X da elektrik, macam mana nak iron baju? (ada elektrik pun malas iron..huhu)
3. Kena ada kenderaan nak pergi kerja. Dah kena ada kereta or motor. Kereta pun geran dekat bank lagi. Tak bayar nanti mail lambong tarik. Dah lah kerja kena keluar. Banyak keluar banyak lah kena isi minyak..
4. Dah belajar pandai jangan jadi kacang lupakan kulit. Bayar balik pinjaman PTPTN. Kalau x bayar, nanti tak boleh pergi oversea. X boleh lah nak singgah hinggap ke Pulau Jeju.
5. Makan kena cukup. Bela badan bagi gemuk. Jadi, waktu lunch confirm makan dekat restoran depan ofis. Sehari bawak keluar rm10...sebulan? Darab sendiri lah..
6. Dah pakai hp canggih, x kan x boleh internet kot..jadi kenalah bayar bil hp+data internet. Tak kan sepanjang masa nak bergayut guna telefon ofis kot. Tak pun all the time berFB guna pc ofis. Tak bagus2.
7. Ada duit lebih sikit, ambil pula insuran. Kena bayar juga. Walaupun x tahu lagi bila akan claim. Tak pa, langkah berjaga-jaga.
8. Simpan duit ditempat yang susah nak keluarkan. Jumlah simpanan setiap bulan adalah jumlah ikut suka.
9. Oh lupa, bagi mak ayah duit poket. Siapa duduk dengan family, kena beli juga barang rumah. Jangan duduk seronok ja. Dah bagi duit poket, tiba-tiba mintak handbag baru..pengsan!
10. Menabung duit di Aeon / tesco etc yang berhampiran. Sebulan tak mall rasa berdebar-debar. Rasa tak sempurna hidup dalam sebulan tu.

Ok, it just a randoms opinion. Maybe same or maybe not and ada banyak lagi perkara-perkara yang membuatkan kita kena keluarkan duit. Ok, selamat berjimat. Boleh pergi haji!

Sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 31, 2012

:: Chow Kit, Personal Review

Malaysia, Happy 55th Independence Day today (31st August 2012).  I'm not too patriotism but thanks to Allah, i'm still here, in my country. Peace and Harmony. Not going to share about 'Merdeka' day or about Leftenan Adnan or Bukit Kepong etc....

About 3 weeks ago, i watched Chow Kit (local's film). Based the trailer, I know this film is quite heavy tetapi saya percaya cerita ini lain sedikit daripada filem-filem lain yang ada. Entah, bukan genre filem kegemaran saya pun but accidently tertengok agaknya. Secara ringkas, filem ini saya agak ye, sebenarnya ingin menonjolkan how the Chow Kit are? Lifestyle residence di sana, woman dan kanak-kanak....At the beginning, they already mentioned that this film based on true story. Jadi saya percaya, perkara-perkara yang ada di dalam filem itu sedikit sebanyak adalah perkara yang benar berlaku dan mungkin ditambah sedikit untuk mencantikkan jalan cerita. 

Saya pernah ke Chow Kit tetapi tidaklah hampir setiap ceruk di sana saya tahu. Ya, sebahagian besar Chow Kit saya tidak tahu. Sesiapa yang tinggal di sana pun saya tidak tahu. But, bila kita sebut Chow Kit, pasti ada yang terlintas tempat tu bagaimana walaupun ada yang tidak pernah sampai ke sana. Selepas tengok filem ini, lagi membuatkan saya terfikir, is't the real Chow Kit? ok, saya tidak mahu timbulkan banyak sangat persoalan dalam kepala saya ni....Just hendak kongsi apa yang saya rasa mengenai Chow Kit setelah menonton filem Chow Kit ini ya...

Jika benar kanak-kanak di sana adalah seperti yang digambarkan di dalam filem itu, saya rasa kasihan, simpati dengan bagaimana mereka struggle untuk hidup. Maksudnya, kecil-kecil lagi buat pelbagai kerja termasuklah mengemis (is't beggar one of career?). Kanak-kanak di sana tiada tempat bermain. Asal mana sahaja ruang boleh dijadikan tempat bermain, main sahaja. Tidak kira bawah jambatan, stesyen monorail, lorong-lorong tepi pasar. Jika benar begitu, saya rasa kasihan. Kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah tetapi tidak pergi sekolah. Tidak mampu. Janji dapat makan, ada tempat tidur, mungkin bersyukur sudah mereka.Daripada filem ini juga menunjukkan kebanyakan penghuni di Chow Kit tinggal di atas lot kedai. Yang menyewa di bilik sahaja. Satu keluarga hanya tinggal di dalam satu bilik. Itu belum lagi yang tiada rumah dan tinggal di dalam kotak di bawah jambatan. Speechless. Jika benar, saya mula faham tidaklah semua manusia beruntung untuk tinggal di tempat yang selesa. 

Ok, bukan saya mahu menggambarkan teruknya atau bahayanya di sana. Saya lebih kepada sedih, kasihan, simpati dengan keadaan mereka tinggal di sana. Asal apa sahaja boleh mendatangkan duit, buat sahaja. Ya, saya naif sebab masih tidak tahu dunia sebenar yang berada di sana. Saya berpendapat, filem ini membuka mata saya tentang keadaan terpinggir Chow Kit.....


Thursday, August 23, 2012

:: 2012, Eid

Selamat Hari Raya untuk hari yang ke 5. Jujur, saya bukannya rajin mahu menulis sesuatu di sini. Tetapi, saya sedang bosan menunggu. Saya sebenarnya sedang berusaha menyudahkan hutang-hutang wajib setiap bulan dengan perbankan internet ni. Tapi dengan tahap internet  (pinjam adik punya) yang dah exceed limit ni, menguji juga kesabaran diri sendiri sebenarnya. Tiada istimewa pun cerita mahu dikongsi. Sempena bulan Syawal, jadi cerita secara rawak dan yang terlintas sahaja ya pasal raya. 

Tiada persiapan hebat mana pun untuk berhari raya. Memang setiap tahun saya sebegitu. Cuma ada awal puasa sahaja bawa emak membeli langsir. Oh, emak-emak (saya spesifik emak dan jiran-jiran ye...) ada perasaan suka tengok-tengok langsir rumah orang lain. Jadi, nak tak nak, memang hampir setiap tahun emak akan tukar langsir. Entah, saya pun tidak faham. Saya rasa tetamu yang datang bukannya sibuk tengok langsir. Mereka pun tidak tahu langsir baru atau lama. Macam-macam. Ikutkan sahaja. Untuk biskut raya, setiap tahun memang saya beli atau order sahaja pada kawan-kawan yang promote dekat saya. Tapi tahun ni  tiada pula dikalangan kawan-kawan yang jual kuih raya di fb tu...eh, pelik..tiada pun yg pm mintak saya beli.. Disebabkan lately ni saya rajin pula mencuba resepi biskut/cookies, (banyak yang x jadi), saya berjaya membakar biskut makmur / arab. Hehehe. Jadi. Dan bangga pula seorang diri sebab jadi kan...Itu je lah pun yang saya buat. Hhaha.

Baju raya? Seperti yang diberitahu, saya bukan seorang yang akan keluar pusing-pusing pusat membeli-belah pada setiap minggu bulan Ramadhan untuk mencari baju raya atau tudung raya. Tetapi at least saya memang akan ada sepasang baju kurung. Selalunya saya akan beli hari last atau dua hari sebelum raya. Tu pun tujuan asal adalah pergi beli barang dapur. Ternampak mana-mana orang jual dan beli terus. Tetapi tahun ni, saya beli sahaja dari member yang ada butik dan jual online. Promote dekat saya dan saya malas fikir, beli sahaja dan sudah raya ke 5 hari ni, saya belum pakai lagi baju tu. :D

Amalan berpusu-pusu membeli belah di Jalan TAR bukan aktiviti biasa saya di bulan puasa. Kalau orang lain akan mencari apa sahaja persiapan hari raya di sana, saya tidak. Tetapi tahun ni, saya pergi ke sana sebab abang dan kakak yang tidak pernah pergi mahu merasa pergi ke sana. Waktu diajak, saya dah fikir..haihhh...dengan bawa kanak-kanak lagi, warga emas lagi....errrrrr....tapi, biasalah saya, ikut sahaja.Cuma tidak jalan kesemua tempat sebab Ya Rabbi...ramainya manusia. Orang KL yang tidak balik beraya. Rasa mahu juga tengok kalau ada tudung tapi tidak jadi. Manusia berasak-asak. Saya pula yang tidak cemerlang. Dan tengah berasak-asak mahu jalan balik, Ibad mula buat perangai. Ok, Ibad sebenarnya ada perangai sedikit seperti saya iaitu, if go somewhere, mesti mahu rewarded myself dengan apa sahaja. Maksudnya, belum beli apa-apa untuk Ibad, jadi belum boleh balik. Itu lah Ibad. (padahal ke sana pun memang mahu cari songkok dia). Tengah berasak-asak tu, mana nak nampak pintu kedai, dengan suara orang jerit-jerit lagi mahu lelong. Bayang kan, sudah mula serabut. Akhirnya, beli sahaja untuk dia bunga api dan mercun pop-pop tu. Senyap dan terus senyum. Memang saya tidak akan ke sana lagi terutamanya jika ada anak kecil dan warga emas. Oh, fikir dua kali jika mahu pergi lagi.

Erm, habis cerita. Mahu buat kerja lain dulu. Ada masa sambung lagi. Hahaha. 

Sampai jumpa nanti!


Wednesday, August 15, 2012

:: Saya Benci Menunggu

Saya bukan seorang yang sempurna untuk tepat dalam masa. Saya juga bukan seorang yang all the time punctual. Tapi saya seorang yang menghormati masa yang ditetapkan. Ok, lets make it short, berjanji dengan saya pukul 10, saya akan berusaha untuk sampai dalam kurang 5 minit dari pukul 10. Dan bagi saya terlewat 5 atau 10 minit, masih boleh diterima.

That's why, saya lagi selesa jika mahu berjumpa, bukan saya yang menetapkan, pukul berapa mahu jumpa dan lokasi. Selalunya saya bersetuju dengan masa yang orang lain tetapkan. Bagi saya, orang itu selesa dan boleh sampai waktu itu. Tetapi, bila orang itu lambat, tahap sabar saya mungkin limit 30 minit sahaja menunggu. Masuk 2nd half hour, saya dah mula rasa, ntah macam apa-apa. Membiarkan orang lain menunggu hampir 1 jam tanpa memberitahu sebab, bukan sesuatu yang bagus!

Saya juga ada masa akan lambat, but jika janji pukul 10, but that time i'm still on the road, saya memang akan informed and said sorry. That's me! Saya ada satu kepercayaan, bila orang itu yang tetapkan masa, jika orang itu adalah bertanggungjawab, dia akan sampai dulu dari saya. Jika, waktu tersebut dia masih belum keluar rumah/somewhere tanpa sebab musabab yang kukuh, iye, saya percaya dia seorang yang kurang bertanggungjawab. Saya kena berhati-hati dengan orang ini!

Dan, lagi satu, saya tidak suka isitilah janji melayu. Janji melayu tu tak pernah wujud. Saya tidak gemar dengan tanggapan, janji pukul 10, tapi sampai pukul 11 adalah...'biasalah, janji melayu kan?' penyataan itu memang selalu buat sakit hati. Oh, gerammm! Mintak tolong, jangan ada budaya begitu. Erm, kesimpulan, saya tiada masalah kalau anda lambat tapi let me know, why? At least, say sorry walaupun kita dah terlambat 3 minit sebab saya tidak suka menunggu!

Ok, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 4, 2012

:: Mana Kereta Saya?

Soalan sebegini mesti pernah tertanya kan bila tidak jumpa di mana korang letak kereta terutamanya di dalam shopping complex yang ada sampai bertingkat-tingkat basement tempat letak kereta. Bukan orang lain sahaja, malah saya sendiri berlaku situasi yang sama.

To be honest, saya adalah seorang yang sedikit paranoid bila kena parking kereta di dalam basement bila di shopping complex. Saya jarang pergi mana2 Mall yang hebat-hebat di Malaysia ni secara sendiri. But, sometimes I have to. Terpaksa! dan sesungguhnya jika saya ke Sunway Pyramid, saya hanya tahu parked at orange zone je kot. Dan memang situ sahaja saya akan pergi kalau kena sorang2 ke sana. Bukan pyramid je, pergi Mvalley pun begitu, kalau saya dah tahu Gate A, sampai sudah memang parked situ sahaja.

Ok, panjang intro. Ceritanya saya tidak jumpa kereta yang saya parked di One Utama kelmarin. Oh, boleh dibilang dengan jari rasanya saya ke sana. Dan saya pun hanya tahu satu gate itu sahaja jika hendak parking. Jadi, bila hendak balik, sudah bayar parking, pergi ke tempat parking, kereta saya sudah tiada! Pusing-pusing juga hampir 10 minit. Tetap x jumpa. Sudah hampir putus asa dan mahu telefon saja adik suruh ambil saya. Pasal kereta tu, biarkan. Besok sahaja fikir. Hendak masuk balik ke dalam Mall,saya ternampak dua tiga orang guard sedang berbual. Dari diaorang gembira berbual-bual, baik bagi diaorang kerja kan, cari kereta saya! Hahaha.

Pusing beberapa kali juga di aras basement tu, sampai guard tu mula give up dan akhirnya jumpa juga kereta saya. Sebenarnya kereta saya tu tidak jauh pun dari tempat yang saya pusing2 banyak kali tu cuma tempatnya ke sebelah sana sikit sahaja. Saya keluar pintu sini padahal kereta saya depan pintu sebelah sana. Sengal!

Kesimpulan, kalau tidak mahu situasi seperti ini berlaku lagi, sila buat antara perkara yang berikut
- Note dalam hp, tiang berapa kereta anda di parked;
- Hp canggih, tangkap sahaja gambar tiang tu. (ramai orang buat cara begini);
- Kalau rasa hebat, x payah tangkap gambar, ingat sahaja dekat mana pintu masuk, dekat situ juga pintu tu kena keluar ( ini adalah selalu yang saya buat)
- Cari parking betul-betul dekat pintu lif atau eskalator.
- Ok, kaya sikit, parking sahaja vallet parking. Dah sah depan pintu masuk utama shopping complex. Ada orang jaga kan lagi kereta anda.
- Erm, x payah naik kereta, x payah susah-susah cari parking.
- Eh, x payah pergi lah, lagi senang! Hahaha.

Ok, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 22, 2012

:: Hong Kong's Dessert

Bukan teringat pasal makanan ye di waktu bulan Ramadhan ye. Tapi dalam proses menghabiskan cerita-cerita yang tertunda untuk cerita di sini. Lepas habis cerita yang kecil-kecil ini, saya hendak kongsi cerita yang besar. Konon-konon.

Kejadian makan-makan ni seingat saya bulan Jun. Tidak perlu saya sampai ke Hong Kong untuk mencuba dessert mereka. (saya pergi Hong Kong hari tu pun x pergi singgah makan dessert). Tempat hendak cari dessert ni boleh jumpa di Tong Pak Fu, Empire Gallery, Subang Jaya. Oh, seperti yang diberitahu mereka, cafe ni ada juga di KLCC. Mungkin ada tempat lain juga. Saya tidak pasti.

Ceritanya, mereka asyik cakap pasal sago mango yang enak dan sedap di whatsapp. Jadi membuatkan saya yang mudah dipengaruhi ini tergedik-gedik hendak cuba juga. Yer, memang sedap! Disebabkan waktu itu adalah siri jalan-jalan cari makan, tidaklah pesan seorang semangkuk untuk sago mango. Kita pesan tiga menu yang berbeza.

Saya tidak pasti nama tepat apa benda yang dipesan. Kejadian dah lama berlaku. Seingat saya, dessert yang ada sago mango, snow ice with horlicks dan lagi satu puding tiramisu. Nama sebenar saya memang tidak ingat. Kesemua dessert ini memang boleh diterima dan memang sedap! Sesiapa yang suka dessert seperti  ais kacang, dan suka mencuba ais tu pelbagai perasa, boleh cari di sini. Dan kalau tak silap saya, killer product dia dessert with durian.(sago,ais etc). Harga? Pun rasa loser nak bagitahu yang saya x ingat sebab Alim yang bayar tapi pendapat saya, boleh diterima dan berpatutan. (mengikut lokasi kedai). Untuk mencuba sekali sekala mungkin ok. Tetapi untuk makan hari-hari, fikir dua kali. Hahaha.

Memang pasti akan ke sini lagi. Kalau rasa hendak makan dessert. Tidak menyesal sangat lah sebab tidak jumpa benda- benda ni di Hong Kong hari tu. Pergi ke sana, bukanlah makanan yang menjadi sesuatu yang seronok untuk diceritakan. Seperti yang disebut sebelum ni.. Ya Rabbi, sedapnya makanan Malaysia... Pergi ke sana lebih teruja untuk cerita about the transportation, the town, how cleaned they are (specific,bandar yang bersih), the rules, and etc. Pasal makanan, kalau teringat, membuatkan saya kembang tekak tiba-tiba. Hahaha.

Bye, sampai jumpa nanti!

Published with Blogger-droid v2.0.6