Tuesday, December 27, 2011

:: Me dan Teh Hijau

Lately ni badan macam x berapa bagus lah. Pening, sakit tekak hidung x selesa. Pening kepala lah yang paling ketara. Tapi, makan tetap berjalan lancar seperti biasa. Balik keja hari ni semakin ketara pening kepala. Dari Selayang ke rumah dengan sesak kat Jalan Ipoh, LDP..adoii....rasa nak tertidur dah dalam kereta tadi. Tapi teringat plak yang tengah drive, so x boleh pejam mata. Bestnye kalau ada orang tolong bawakkan kereta.

Pening-pening pun, Tentang Dhia tetap tengok juga. Dengan serabut mak mentua dhia, adik ipar, laki dia...buat lagi kepala berdenyut-denyut. Wah...feeling habis tengok drama tu.hahaha. Tu belum serabut drama Karma kejap lagi..ok, agak-agaknya pening kepala ni boleh hilang kot dengan minum teh hijau. Entah, mana petua ntah belajar. Rasa-rasa je tu.Teh hijau tu pun ada lagi. Jadi, rendam uncang teh tu....tunggu dalam 10 minit dan minumm....

Terasa nak search pula khasiat teh hijau..Just random sahaja ye.antaranya:-

i. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
ii.Membantu mengawal paras gula darah
iii. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
iv. Menguatkan sistem imun
v. Menurunkan aras kolestrol
vi. Menggalakkan pembakaran lemak

Wahh....yang point terkahir tu saya sangat berminat. Nak minum hari-hari lah macam ni. Ok, dah tahu kan kebaikan teh hijau...jadi dapatkan produk kami di pasaran sekarang.Hahahaha....Gila dah datang tiba-tiba.

Saya x jual produk apa-apa ek...bukak website khasiat teh hijau tu, last-last dia suruh klik buy product...keh2...cari dekat Carrefour sudah teh hijau tu. Ok lah, rasa pening dah hilang sikit-sikit. Tapi rasa mengantuk plak yang datang tiba-tiba. Semoga bermanfaat.

Sampai jumpa nanti!

No comments:

Post a Comment