Tuesday, December 27, 2011

:: Me dan Teh Hijau

Lately ni badan macam x berapa bagus lah. Pening, sakit tekak hidung x selesa. Pening kepala lah yang paling ketara. Tapi, makan tetap berjalan lancar seperti biasa. Balik keja hari ni semakin ketara pening kepala. Dari Selayang ke rumah dengan sesak kat Jalan Ipoh, LDP..adoii....rasa nak tertidur dah dalam kereta tadi. Tapi teringat plak yang tengah drive, so x boleh pejam mata. Bestnye kalau ada orang tolong bawakkan kereta.

Pening-pening pun, Tentang Dhia tetap tengok juga. Dengan serabut mak mentua dhia, adik ipar, laki dia...buat lagi kepala berdenyut-denyut. Wah...feeling habis tengok drama tu.hahaha. Tu belum serabut drama Karma kejap lagi..ok, agak-agaknya pening kepala ni boleh hilang kot dengan minum teh hijau. Entah, mana petua ntah belajar. Rasa-rasa je tu.Teh hijau tu pun ada lagi. Jadi, rendam uncang teh tu....tunggu dalam 10 minit dan minumm....

Terasa nak search pula khasiat teh hijau..Just random sahaja ye.antaranya:-

i. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
ii.Membantu mengawal paras gula darah
iii. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
iv. Menguatkan sistem imun
v. Menurunkan aras kolestrol
vi. Menggalakkan pembakaran lemak

Wahh....yang point terkahir tu saya sangat berminat. Nak minum hari-hari lah macam ni. Ok, dah tahu kan kebaikan teh hijau...jadi dapatkan produk kami di pasaran sekarang.Hahahaha....Gila dah datang tiba-tiba.

Saya x jual produk apa-apa ek...bukak website khasiat teh hijau tu, last-last dia suruh klik buy product...keh2...cari dekat Carrefour sudah teh hijau tu. Ok lah, rasa pening dah hilang sikit-sikit. Tapi rasa mengantuk plak yang datang tiba-tiba. Semoga bermanfaat.

Sampai jumpa nanti!

Sunday, December 25, 2011

Tuesday, December 20, 2011

:: Lunch - FruitLand

At last, berjaya juga we grabbed pass untuk Ombak Rindu. Walaupun agak terlambat untuk menonton dan dengar cerita dah box office ye?, saya dengan bangganya nak cakap, saya berjaya tengok cerita tu dan percuma! haha. Thanks Nuffnang for complementary pass sempena birthday saya. Wahh...x pasal-pasal sampai ke The Mines saya tengok wayang semata-mata hendak cari TGV. Sebab tahu, Sunway Pyramid for sure full dan hendak ke KLCC memang x kan la.. 

Ok, bukan cerita atau sinopsis Ombak Rindu ye. Hendak kongsi pasal makan. Selagi boleh makan, makan, makan dan makan sampai gemuk. Before tengok wayang, kena pergi makan. Pergi tengok dekat map yang ada tepi-tepi escalator tu mana-mana kedai makan...dan si housemate  nampak salah satu senarai kedai tu yang bertajuk Fruit Land. Ok, decide cari lah kedai tu. Rupa-rupanya, kiosk tu belakang we all je. Fine, nasib belum seberang sungai Mines tu lagi.

Lets share picture....


It just a kiosk. A bit crowded but still comfortable. Maksud selesa adalah selagi boleh lunjur-lunjur kaki dan orang tidak langgar kerusi or meja yang saya duduk, saya credit selesa.


Erm, selesa lah kan sampai boleh tengok how they prepared food. Hohoho. Sekurang-kurangnya tahu yang diaorang pakai glove untuk buat kerja. Ok, extra credit lagi. 


Nyum2. Sampai dah..haha..tapi x ingat nama apa. Tanya housemate la ye. Nice, sedap..nanti nak datang makan lagi.


Ok, ini deqnoor. Dia cakap dia selsema tapi dia makan benda alah perasa honeydew tu dengan nikmat dan selesa. Entah. Ubat selsema agaknya.



Ok, serius saya lupa nama kedua-dua makanan tu. Tapi yang saya makan yang macam megi kari tu boleh tahan lah. 

Ok, saya nak pergi lagi sini..hehe

Sampai jumpa nanti!




Friday, December 16, 2011

:: Rasa Letih Sahaja

Saya setuju lah dengan pandangan 'kalau otak letih, seluruh badan akan rasa letih' Ye la, semua orang tahu otak adalah organ penting yang mengawal seluruh pergerakan tubuh badan.Eh, betul ke x statement tu.

Saya rasa letih atau penat lah dua, tiga menjak ni. Padahal kerja duduk sahaja depan pc.Hahaha. Jadi, sekarang saya memang rasa penat...Bestkan letih-letih ni buat benda-benda macam kat bawah ni....

  1. Duduk atas kerusi urut yang selalu ada dekat shopping mall yang letak Rm1 boleh massage 3 minit. Tapi saya nak letak RM20 lah...boleh kena urut sejam. Kalau pergi massage dan suruh minah thai tu urut, kena lah paling tidak RM50 sejam (itu harga di Rawang yer).
  2. Rasa nak berendam dalam air panas suam-suam lama-lama dan jangan ada gangguan sesiapa........best2
  3. Tidur lah...apa lagi! hahaha....good night semua
Sampai jumpa nanti!

Wednesday, December 14, 2011

:: New Baby

Hi there,

You are most welcome to view my new blog


Don't worry, She's a Lady still alive...
Just gatal tangan mahu tambah lagi satu page

Sila kunjung ke sana dan sampai jumpa nanti di sini ye!

Friday, December 9, 2011