Monday, November 28, 2011

:: Guangzhou Trip!

Hari ini cuti umum. Sempena 1 Muharram. Kepala saya sudah berdenyut-denyut sebab pagi-pagi lagi saya sudah mengadap laptop untuk sudahkan kerja.Ok, bukan cerita pasal kerja. Tapi hendak bercerita secara tenang dan penuh tentang saya berjalan-jalan awal November hari tu. Agak basi dan mungkin ada yang sudah bosan tapi saya kena cerita juga sebelum saya ke sana lagi sekali..:D. *poyo. Tapi iye, saya akan ke China tapi bukan daerah yang sama. Ke tempat lain pula....

Version ; Ringkas dan Padat dan harap-harap info boleh membantu

Mula cerita, saya dan kawan-kawan termasuk saya ada lima orang. Ala-ala redah sahaja ni. Jangan kena jual sudah di sana.Walaupun ada tiga bodyguard, saya tetap juga tidak rasa selamat.Hahaha. Pengakuan ikhlas ye kawan-kawan :D


Actually, trip ke Guangzhou ni lebih kepada jalan-jalan sahaja atau senang cerita terlebih duit dan pergi grabbed tiket murah Airasia.Lepas ni hendak grab lagi katanya. So, no specific purpose la. Just hendak tengok tempat orang. Decision i can conclude, yup, really2 jalan-jalan dan tengok tempat orang sehingga saya sakit kaki dan week after touch down Malaysia baru boleh berjalan secara normal balik.

Makanan halal. Alhamdulillah. Senang dan mudah sahaja. Just jarak walking-distance from our hotel pun, dah boleh jumpa dah beberapa kedai makan yang halal. Menu dan gambar hampir sama yer setiap kedai makan. 


Oh ya, saya memang tidak makan kambing tapi sewaktu di sana saya makan juga. Kambing bukit/gurun. Erm, rasa tiada beza dengan daging lembu. Tapi saya tetap tidak akan makan kambing di Malaysia. Kebanyakan makanan halal di sana bertemakan kambing lah. Mungkin senang dapat agaknya.


Makanan kegemaran saya di sana. Nasi Goreng Cina. If convert in MYR just RM 3.50. Berpatutan kan? Ada ke harga macam tu kalau dekat Puchong ni? erm....Ok, saya x ingat la nama jalan atau nama tempat sebab saya langsung tidak pegang peta sewaktu di sana tapi yang saya ingat kedai makanan halal ni ada dekat depan gereja besar di Ghuangzou ni dan lagi satu di dereten kedai dekat sungai.


Ha..yang ini gereja...


dan yang belakang tu gambar sungai. Hahaha..kejam kan? x tau nama tempat. x boleh jadi tourist guide langsung. Sangat x membantu. Eh, tapi we all memang tunjuk gambar sahaja untuk tanya tempat di sina. Mana ada di antara kami yang pandai mandarin. Jadi, gambar-gambar dalam kamera juga banyak membantu.

Tiada masalah untuk bergerak di sana. Public transport agak senang. Metro Station pun tidak jauh dari hotel. Boleh berjalan dalam 10-15 minit sahaja. Tapi the best transport there adalah ini...


Seriously, sampai hari ni saya x tau panggil apa motor ni. Tapi kami panggil tut-tut sahaja. Macam di Thailand tu. Boleh bawak 3 penumpang dalam 1 masa ok. Jangan x percaya. Dan paling best, tut-tut memang akan wrong-way dan jalan ikut suka. Bayangkan, without helmet dan just ada pemegang besi...boleh membazir nyawa juga tau naik benda ni. Tapi sangat seronok. Senang nak dapat benda ni. Dekat Haizu Square tu berlambak-lambak. Kami naik ni bila dah penat nak balik hotel. Dari Haizu Square ke hotel di Cangida Malu adalah RM5..mahal sebenarnya tapi tetap naik juga.

Waktu di sana adalah tengah Canton Fair. Itu adalah fair untuk pemborong-pemborong seluruh dunia memborong barang-barang. Untuk business berskala besar adalah sesuai untuk datang waktu begini. Jangan risau, Canton Fair ni memang ada setiap tahun iaitu April dan Oktober. Jadi siapa-siapa yang nak pergi merasa tengok Canton Fair, cari tiket middle of April or October ye.


Saya sudah jadi registered international buyer. Kalau saya ada duit berguni-guni dan hendak berniaga saya akan datang lagi. Hahahaha. Dan disebakan fair tu juga menyebabkan harga bilik hotel melambung naik lebih dari biasa. Harga bilik yang saya stay pun saya x tahu harga sebenar dan saya tahu bayar sahaja tapi Min cakap mahal sikit daripada rate biasa. Tapi saya rasa masih lagi berpatutan.


Dan boleh beli ini di dalam bilik yer..oopsss


Rasa sudah tiada idea lagi. Mahu cerita di Hong Kong tapi nantilah sebab saya di Hong Kong hanya sehari sahaja. Tapi saya rasa macam mahu ke sana lagi lebih2 lama. Sebab saya lagi suka Hong Kong dari Guangzhou. Tunggu lah...bila terlebih duit lagi sekali. Overall , seronok juga tapi bit tired. Sebab pergi without agency. Jadi semua kena cari sendiri tapi yang penting boleh dikategorikan destinasi luar negara yang bajet.

Walaupun langsung x tau cakap mandarin still juga saya berjaya berkomunikasi. Just frust sedikit waktu hendak membeli belah. Bawa sahaja kalkulator dan sangat membantu. Simple tips, untuk tawar menawar. If diaorang letak price, do bargain half of that price because that price is real price for that things.


Ini di Hong Kong


Ok, sampai jumpa nanti!
























No comments:

Post a Comment