Thursday, October 13, 2011

:: Real Steel - Premiere Screening

Sebelum mulakan entry kali ni, thanks to housemate sebab dia yang menyebabkan saya 'terpaksa' menulis entry kali ni. :D

Ok, sambung cerita. Sekali lagi saya menonton filem awal dari tarikh yang ditayangkan dengan ditaja oleh Nuffnang. Seperti biasa lah, cara mendapatkan tiket tajaan ini adalah hasil perah keringat housemate dan cuma kali ini, beliau hanya berjaya mendapatkan tiket tajaan sahaja tetapi tidak berjaya menonton. ekekeke....

Movie kali ni sangat tertarik, menarik dan saya memang teruja hendak menonton iaitu Real Steel


Tempat menonton : Cathay Cineplax e@Curve


Seperti biasa, akan mendapat 2 pass dan lencana Nuffnang. Lepas ni kalau brooch saya hilang, jangan terkejut saya pakai benda alah tu sebagai ganti yer...sebab dah beberapa biji dah saya ada. :D


Ha, saya lah tu. Selalu saya akan tengok dengan housemate. Tapi disebabkan beliau berada di luar daerah, saya pun bergegas2 menelefon skandal yang ada untuk meneman dan memaksa dia mengcaptured gambar saya. hahaha. Maaf, muka peneman saya untuk menonton filem ini tidak dapat disiarkan di sini sebab gambar-gambar dia semua berwatak...'rasa nak lempang je!! ' :D. Apa-apa pun, thanks my 2014 'furute husband' sebab kena temankan saya.

Ok, berbalik kepada movie. Saya bagi double thumbs up. Cerita mengenai seorang peninju yang sudah tidak mahu bertinju. Tetapi bakat tinju yang dia ada di apply ke robot dan robot-robot tu lah yang bertinju. Cuba tengok trailer movie ni yer..



Mula-mula cerita cerita macam membosankan tetai makin lama makin teruja sampai lah tamat. Movie ni guna bottom up approach. :D

Ok lah, seperti biasa. Saya bukan lah pemendek cerita/ movie yang bagus. Yang pasti cerita ini best, seronok, terbaik...Pergi lah tengok ye. Saya pun ada rasa hendak menonton lagi sekali. Sesiapa yang sanggup belanja saya...saya on sahaja!! :D

Bye. Sampai jumpa nanti!







3 comments:

  1. esah, cmne nk dptkan tiket dr nuffnang ek? cer cter sket =D

    ReplyDelete
  2. Anda beruntung kerana housemate gila kerja! hehe...

    ReplyDelete
  3. Ily : bukak website nuffnang tu..kat situ kan ada aktiviti2 nuffnag...baca je situ...ikut je apa yang dia suruh buat...try lahj nnt kalau ada lagi movie dia...seronok gak sbb x pyh byr tiket wayang ;)

    dn: hehehe...x pa2...nextweek kta tgk movie free lg ek :)

    ReplyDelete