Wednesday, October 5, 2011

:: Memang x Kurus

Tau kan, salah satu cara untuk menghilangkan stress adalah dengan makan, makan dan makan. Tapi itu sebenarnya mitos sahaja. Mind set sahaja tu. Mana ada hilang stress. Makin  stress lagi ada lah sebab makin gemuk.Hohoho

Oh, cerita tentang saya lah tu sebenarnya. Saya ni berangan sahaja hendak kuruskan badan, turunkan berat badan. Tapi nafsu makan saya mengalahkan anak-anak mangsa tsunami. Lepas makan, makan.Lepas tu makan lagi..makan dan tidak henti-henti. Hari ni sahaja saya sudah melepasi beberapa siri makan memakan. Bukanlah ada hari isitmewa atau sambutan istimewa di ofis, tapi terlepas ke kedai makan yang biasa sedikit daripada kedai depan ofis.Hahaha. Tu yang macam jakun je tu.

Pagi, makan, pukul 12 pun makan, pukul 2 pun makan...pukul petang sudah x larat dan sengkak. Jadi, tiada program kurus yanng berjaya untuk saya kalau begini. kan? Yang ada adalah program memiskin diri sebab asyik berbelanja makanan ikut sedap tekak.

Ok, mom dah mesej, balik nanti singgah rumah adik sebab hari ini ada masak nasi ayam! Hahaha....memang x kurus lah saya kalau begini.

Sampai jumpa nanti!

2 comments: