Wednesday, October 26, 2011

:: Don't Be Afraid Of The Dark - Premiere Screening

Ok, sementara saya mempunyai idea, baik saya mengupdate sekarang. Nanti makin bertambah draft post yang tersimpan. Dan kemudian bila dah rasa makin banyak, saya delete, lepas tu tambah balik...lepas tu delete balik.

Kali ni hendak kongsi lagi satu movie yang saya pergi tengok secara percuma dan seperti biasa di taja oleh Nuffnang. Don't Be Afraid Of The Dark, erm, dengar tajuk pun bukan lah genre saya tapi pass ditajakan...apa salahnya? :D. Tapi saya dah siap-siapkan diri awal-awal untuk menutup mata untuk apa jua kemungkinan..


Tempat : GSC MidValley


Seperti biasa. Akan pergi menonton dengan housemate. Tetapi kali ni agak bertuah sebab we all sama-sama dapat pass. Satu nama dapat dua dan jadi ada empat tiket kesemuanya dan ada lagi dua orang kawan yang menonton bersama kami. Tak payah tayang muka diaorang sebab dua-dua muka membuatkan saya nak lempang gak :D

Cerita secara ringkas dan caca marba dan tidak konsisten pasal movie. Mengenai sejenis makhluk yang suka padamkan lampu dan cabut gigi kanak-kanak. Masalahnya gigi...kenapa lah x benda lain ke seperti bulu ketiak ke..ok, mula merepek. Seperti sedia maklum, saya bukan peringkas cerita yang bagus..untuk ringkasan cerita secara faham, sila jenguk ke blog housemate saya. Sebab tadi saya curi-curi pandang dia update blog dia dan ada ringkasan movie ni.

Secara kesimpulan awal, cerita ini bukanlah cerita seram yang saya terbayangkan sampai menutup mata. Cuma dia agak suspen sedikit tambah ada horror dan ada sikit-skit fiksyen. Agak macam tidak berapa logik tapi ada jugalah scene buat saya terkejut. Kesimpulan akhir saya bagi 2/5 sahaja...Sebab...saya masih blur dengan makhluk-makhluk ala-ala toyol tu..background kewujudan makhluk tu tidak berapa kukuh. Ececeh...mengulas sahaja pandai. Cuba buat cerita sendiri..Macam lah reti..

Ok, cubalah tonton cerita ni. Tapi tidak sesuai tengok kalau anda semua tengah serabut. Ok, sampai jumpa nanti!

No comments:

Post a Comment