Sunday, October 2, 2011

:: Buat Apa Bila Masa Lapang

Erm, berbual sahaja saya bila cakap nak menulis hari-hari di sini. Hahahaha. Berangan sahaja yang lebih-lebih. :D

Ok, rasa hendak kongsi apa yang saya buat bila saya rasa dah x tahu hendak buat apa dan hendak pergi kemana-mana. Boleh ke kalau saya sebut hobi? Boleh juga, mungkin. Sebut pasal hobi, teringat pula saya waktu kecil-kecil dahulu. Bila tanya pasal hobi, mesti hobi biasa yang akan disebut adalah membaca, mengumpul setem, mendengar muzik, memancing dan bla...bla..bla... kan? betul x? :D

Kalau sekarang, saya cakap, bila ada masa lapang, saya akan mengumpul setem...bunyi macam kelakar kan? haha..By the way, saya x da la mengumpul setem.x pernah hayat saya mengumpul setem.Rasanya la....

ok, sambung cerita...

Sebenarnya saya ni x da la terlalu banyak masa lapang yang sampai isu masa lapang ni saya highlight pula kali ni.  Masa lapang tu x da la sangat tapi waktu-waktu tengah melopong tu ada la. Hobi membaca yang saya suka tulis dalam autograph kecil-kecil dahulu masih saya terapkan sampai hari ni. Saya rasa bukan saya sahaja begitu, ramai lagi orang lain seperti saya. Jadi, perkara pertama yang akan saya buat adalah membaca. Tapi bukanlah bergenre ilmiah yer. Untuk lebih specific, saya suka baca UJANG. 

Dan kemudian, saya suka main game. Sekarang ni saya tengah menggila main game, ANGRY BIRDS. Hahahahaha. Agak lambatkan? Sebab dah banyak game lain yang lebih advance. Peduli apa saya..memang saya bukan jenis update hal-hal sebegini. 

Waktu sekarang ni dah pukul 3.30 am. Tapi saya belum tidur untuk main ANGRY BIRDS. hohoho. Sanggup tu. Dan sekarang saya nak tidur. ok, sekian. Sampai jumpa nanti!


No comments:

Post a Comment