Saturday, October 29, 2011

:: Function - Away


Short updating,

Mode - Function =====> Away

Pray me safe.



Sampai jumpa nanti!

Thursday, October 27, 2011

:: Pending 'Prep'

Clothes - pending
Toiletries -  pending
Food - done (makanan ingat dulu)
Exchange Money - pending

Ok, bersilat kat office dulu yang penting. Sampai jumpa nanti!

Wednesday, October 26, 2011

:: Don't Be Afraid Of The Dark - Premiere Screening

Ok, sementara saya mempunyai idea, baik saya mengupdate sekarang. Nanti makin bertambah draft post yang tersimpan. Dan kemudian bila dah rasa makin banyak, saya delete, lepas tu tambah balik...lepas tu delete balik.

Kali ni hendak kongsi lagi satu movie yang saya pergi tengok secara percuma dan seperti biasa di taja oleh Nuffnang. Don't Be Afraid Of The Dark, erm, dengar tajuk pun bukan lah genre saya tapi pass ditajakan...apa salahnya? :D. Tapi saya dah siap-siapkan diri awal-awal untuk menutup mata untuk apa jua kemungkinan..


Tempat : GSC MidValley


Seperti biasa. Akan pergi menonton dengan housemate. Tetapi kali ni agak bertuah sebab we all sama-sama dapat pass. Satu nama dapat dua dan jadi ada empat tiket kesemuanya dan ada lagi dua orang kawan yang menonton bersama kami. Tak payah tayang muka diaorang sebab dua-dua muka membuatkan saya nak lempang gak :D

Cerita secara ringkas dan caca marba dan tidak konsisten pasal movie. Mengenai sejenis makhluk yang suka padamkan lampu dan cabut gigi kanak-kanak. Masalahnya gigi...kenapa lah x benda lain ke seperti bulu ketiak ke..ok, mula merepek. Seperti sedia maklum, saya bukan peringkas cerita yang bagus..untuk ringkasan cerita secara faham, sila jenguk ke blog housemate saya. Sebab tadi saya curi-curi pandang dia update blog dia dan ada ringkasan movie ni.

Secara kesimpulan awal, cerita ini bukanlah cerita seram yang saya terbayangkan sampai menutup mata. Cuma dia agak suspen sedikit tambah ada horror dan ada sikit-skit fiksyen. Agak macam tidak berapa logik tapi ada jugalah scene buat saya terkejut. Kesimpulan akhir saya bagi 2/5 sahaja...Sebab...saya masih blur dengan makhluk-makhluk ala-ala toyol tu..background kewujudan makhluk tu tidak berapa kukuh. Ececeh...mengulas sahaja pandai. Cuba buat cerita sendiri..Macam lah reti..

Ok, cubalah tonton cerita ni. Tapi tidak sesuai tengok kalau anda semua tengah serabut. Ok, sampai jumpa nanti!

Monday, October 24, 2011

Thursday, October 13, 2011

:: Real Steel - Premiere Screening

Sebelum mulakan entry kali ni, thanks to housemate sebab dia yang menyebabkan saya 'terpaksa' menulis entry kali ni. :D

Ok, sambung cerita. Sekali lagi saya menonton filem awal dari tarikh yang ditayangkan dengan ditaja oleh Nuffnang. Seperti biasa lah, cara mendapatkan tiket tajaan ini adalah hasil perah keringat housemate dan cuma kali ini, beliau hanya berjaya mendapatkan tiket tajaan sahaja tetapi tidak berjaya menonton. ekekeke....

Movie kali ni sangat tertarik, menarik dan saya memang teruja hendak menonton iaitu Real Steel


Tempat menonton : Cathay Cineplax e@Curve


Seperti biasa, akan mendapat 2 pass dan lencana Nuffnang. Lepas ni kalau brooch saya hilang, jangan terkejut saya pakai benda alah tu sebagai ganti yer...sebab dah beberapa biji dah saya ada. :D


Ha, saya lah tu. Selalu saya akan tengok dengan housemate. Tapi disebabkan beliau berada di luar daerah, saya pun bergegas2 menelefon skandal yang ada untuk meneman dan memaksa dia mengcaptured gambar saya. hahaha. Maaf, muka peneman saya untuk menonton filem ini tidak dapat disiarkan di sini sebab gambar-gambar dia semua berwatak...'rasa nak lempang je!! ' :D. Apa-apa pun, thanks my 2014 'furute husband' sebab kena temankan saya.

Ok, berbalik kepada movie. Saya bagi double thumbs up. Cerita mengenai seorang peninju yang sudah tidak mahu bertinju. Tetapi bakat tinju yang dia ada di apply ke robot dan robot-robot tu lah yang bertinju. Cuba tengok trailer movie ni yer..



Mula-mula cerita cerita macam membosankan tetai makin lama makin teruja sampai lah tamat. Movie ni guna bottom up approach. :D

Ok lah, seperti biasa. Saya bukan lah pemendek cerita/ movie yang bagus. Yang pasti cerita ini best, seronok, terbaik...Pergi lah tengok ye. Saya pun ada rasa hendak menonton lagi sekali. Sesiapa yang sanggup belanja saya...saya on sahaja!! :D

Bye. Sampai jumpa nanti!







Monday, October 10, 2011

Aku..........Maafkan Kamu

aku maafkan kamu,
tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu 
yang aku maafkan kamu,
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku............



Sunday, October 9, 2011

:: Rahsia Hidup............Nora


Tau kan teater baru Tiara Jacquelina? 'The Secret Life of Nora'. Erm, tidak terfikir pun saya hendak pergi menonton teater ni. Tapi, saya terpegi juga tengok hari Rabu baru-baru ni. :D Last minute planned sebenarnya  Nozie ajak saya.


Cerita serba sedikit ye. Teater ni menceritakan pasal Nora, seorang penyanyi kelab malam. Dan satu hari dia dapat tawaran berlakon dan dipanggil untuk casting. Dipendekkan cerita, sebenarnya, pengarah yang memanggil Nora berlakon ni bukanlah sebenar-benarnya pengarah filem tetapi salah seorang yang dilantik oleh agensi penyiasat untuk melatih Nora menjadi penyisat. Task mereka adalah menumpaskan satu agensi yang memperdaya gadis-gadis untuk menjadi pelakon. Cerita lebih kurang ala-alan Nora Zain tahun 1960-an tu.

Ok, tengok gambar sahaja ye. Kualiti tidak menyeronokkan. Kamera telefon saya yang serba biasa sahaja.








Teater ni macam Tiara Jacquelina ni syok sendiri kan? Dia pengarah, dia heroin dan dia pun penyanyi. Saya pun terfikir juga begitu. Waktu mula-mula tengok promo teater ni sebelum movie mula di cinema. Tapi bila selesai teater ni, ok lah, saya credit to her la. Kalau dia syok sendiri pun, saya terima dan x pe lah kalau dia nak syok sendiri pun. :)

Dan, gambar yang harus ada....


Dengan Nozie


U all ada? :D

Ok, sampai jumpa nanti!




Wednesday, October 5, 2011

:: Memang x Kurus

Tau kan, salah satu cara untuk menghilangkan stress adalah dengan makan, makan dan makan. Tapi itu sebenarnya mitos sahaja. Mind set sahaja tu. Mana ada hilang stress. Makin  stress lagi ada lah sebab makin gemuk.Hohoho

Oh, cerita tentang saya lah tu sebenarnya. Saya ni berangan sahaja hendak kuruskan badan, turunkan berat badan. Tapi nafsu makan saya mengalahkan anak-anak mangsa tsunami. Lepas makan, makan.Lepas tu makan lagi..makan dan tidak henti-henti. Hari ni sahaja saya sudah melepasi beberapa siri makan memakan. Bukanlah ada hari isitmewa atau sambutan istimewa di ofis, tapi terlepas ke kedai makan yang biasa sedikit daripada kedai depan ofis.Hahaha. Tu yang macam jakun je tu.

Pagi, makan, pukul 12 pun makan, pukul 2 pun makan...pukul petang sudah x larat dan sengkak. Jadi, tiada program kurus yanng berjaya untuk saya kalau begini. kan? Yang ada adalah program memiskin diri sebab asyik berbelanja makanan ikut sedap tekak.

Ok, mom dah mesej, balik nanti singgah rumah adik sebab hari ini ada masak nasi ayam! Hahaha....memang x kurus lah saya kalau begini.

Sampai jumpa nanti!

Tuesday, October 4, 2011

:: Penyelesaian Terbaik

Hendak makan, tapi x lapar sangat, nugget dan karipap juga masih berbaki.


Hendak main angry birds, tapi x lepas-lepas pun level tu. Agak tension. Terus tutup.


Hendak tengok Gossip Girls, tapi dah x follow episod-episod yang lepas.


Hendak gosok baju kerja, tapi belum ada idea hendak pakai yang mana 1. haha. Besok sahaja!


Hendak 'survey' rumah tapi semuanya mahal-mahal. Ah, frustrated...


Hendak berfacebook,tapi, oh...lagi lah malas!


Hendak shopping online,tapi warna dan pattern yang berkenan pula tiada stok.. ermm...

Jadi, penyelesaian terbaik adalah....TIDUR!

Sampai jumpa nanti!

Sunday, October 2, 2011

:: Buat Apa Bila Masa Lapang

Erm, berbual sahaja saya bila cakap nak menulis hari-hari di sini. Hahahaha. Berangan sahaja yang lebih-lebih. :D

Ok, rasa hendak kongsi apa yang saya buat bila saya rasa dah x tahu hendak buat apa dan hendak pergi kemana-mana. Boleh ke kalau saya sebut hobi? Boleh juga, mungkin. Sebut pasal hobi, teringat pula saya waktu kecil-kecil dahulu. Bila tanya pasal hobi, mesti hobi biasa yang akan disebut adalah membaca, mengumpul setem, mendengar muzik, memancing dan bla...bla..bla... kan? betul x? :D

Kalau sekarang, saya cakap, bila ada masa lapang, saya akan mengumpul setem...bunyi macam kelakar kan? haha..By the way, saya x da la mengumpul setem.x pernah hayat saya mengumpul setem.Rasanya la....

ok, sambung cerita...

Sebenarnya saya ni x da la terlalu banyak masa lapang yang sampai isu masa lapang ni saya highlight pula kali ni.  Masa lapang tu x da la sangat tapi waktu-waktu tengah melopong tu ada la. Hobi membaca yang saya suka tulis dalam autograph kecil-kecil dahulu masih saya terapkan sampai hari ni. Saya rasa bukan saya sahaja begitu, ramai lagi orang lain seperti saya. Jadi, perkara pertama yang akan saya buat adalah membaca. Tapi bukanlah bergenre ilmiah yer. Untuk lebih specific, saya suka baca UJANG. 

Dan kemudian, saya suka main game. Sekarang ni saya tengah menggila main game, ANGRY BIRDS. Hahahahaha. Agak lambatkan? Sebab dah banyak game lain yang lebih advance. Peduli apa saya..memang saya bukan jenis update hal-hal sebegini. 

Waktu sekarang ni dah pukul 3.30 am. Tapi saya belum tidur untuk main ANGRY BIRDS. hohoho. Sanggup tu. Dan sekarang saya nak tidur. ok, sekian. Sampai jumpa nanti!