Friday, September 23, 2011

:: Syawal Belum Berakhir

Alhamdulillah, dah nak hampir berlalu pun Syawal. Minggu-minggu terakhir ni. Masih juga terasa saki baki raya. Masih ada lagi jemputan rumah terbuka untuk saya. Bukanlah rasa macam 'hot' ke, glamour ke tetapi masih ada yang saya tidak berupaya untuk pergi. Tahun depan jemput lagi yer. InsyaAllah cuba sempatkan ye tahun depan! :D

Erm, saya juga tidak sempat menghabiskan puasa dalam bulan Syawal ni seperti tahun yang lepas-lepas. Kesihatan tidak berapa menggembirakan ketika Syawal kali ini. Bila sudah sihat sedikit, lumrah hidup seorang perempuan pula tidak mengizinkan berpuasa. Tapi x pe, saya mencuba mengganti balik puasa bila sudah selesai semuanya. InsyaAllah.

Kehidupan saya seperti biasa sahaja. Bangun pagi, pergi kerja, kerja luar dan balik ke rumah. Tiada yang istimewa tentang kehidupan saya. Menghabiskan aktiviti dengan kerja sahaja. Eh, tetapi saya sempat juga ya menonton wayang. Update juga lah saya movie2 baru ni. Heeeeee....pergi dengan siapa lah lagi kalau x dengan housemate. Nasib ada dia, kalau tidak redah sahaja tengok wayang sorang-sorang. Hahaha.

Kerja? Biasa lah kan, mana pernah sunyi. Ada sahaja yang bertambah setiap hari. Eh, saya mencuba untuk berkongsi di sini tentang kerja saya, kerjaya saya. Saya suka sebenarnya bercerita pasal kerja saya. Tapi saya tidak berapa lapang dan beridea untuk bercerita secara specific. Mungkin saya akan mencuba untuk berkongsi pengalaman kerja saya buat kawan-kawan yang sudah tidak involve dalam bidang ni. InsyaAllah..seperti biasa, saya tidak akan berjanji, tetapi saya mencuba menunaikan apa yang saya cakap :)

Ok, saya hendak sudahkan menonton movie di TV3 ni, nanti saya kongsi lagi di sini. InsyaAllah. Sampai jumpa nanti!

No comments:

Post a Comment