Monday, September 12, 2011

:: Meriah Juga Kuala Lumpur

Siapa cakap Kuala Lumpur kosong bila hari raya. X de lah kosong tapi kapasiti manusia mungkin  berkurangan sahaja daripada hari-hari biasa. Menyambut 1 Syawal di sini juga tidak kurang meriahnya. Layan sahaja gambar yer.





Gambar-gambar di atas adalah suasana di Istana Negara pada 1 Syawal yang lepas. Saya juga ke sana sebab sudah tidak tahu hendak beraya di mana. Penuh juga manusia di sana. Macam-macam bangsa ada. 



Ni keadaan parking yang di tepi jalan sahaja sebelum majlis bermula. Bila majlis dah habis, parking2 ni dah jadi 3 layer. X pasal2 kena tunggu org lain yang triple park kereta saya.


Saya dan bonda.


Bila malam, kami makan burger king sebab semua kedai makan termasuk kedai mamak tiada yang buka.

Sambut hari raya di mana-mana pun sama sahaja. Kita sendiri yang create kan nak jadi seronok ke tidak. Tidak mustahil tahun depan pun akan seperti tahun ini. Saya gembira, family gembira. Alhamdulillah. Ok, sampai jumpa nanti yer!



1 comment: