Friday, September 30, 2011

:: What you expect from my page?

Salam Jumaat. Tiada yang istimewa tentang diri saya yang hendak saya kongsi. Kehidupan saya tiada yang berbeza. Jadi, untuk pembaca page ni, don't expect i'll share with you the entries below:-

  1.  How to approach your husband for new COACH? - maybe not now...
  2. What the best meals suits for your little?- Mungkin di sini boleh membantu 
  3. How to care your JLP then being new Jazz? - oh, mesti lah x kan..
  4. Meet my fiance - Haha..lawak2 
  5. Recipe for today - Masak nasi goreng sardin..perlu ke?
and bla..bla...bla...

Tapi, you all can expect i'll write this

  1. The best therapy that you must do that! - gagaga....program memiskinkan diri
  2. Fussy clients? - Let it be la... 
  3. Introduce you my mom next grandchildren - will update soon, InsyaAllah
  4. Me at thirty and future husband - grrrrrrr
  5. What's next movie? - sudah tentu!
  6. My next trip/vacation - konon2 terlebih duit nak bercuti..haha
  7. What do you want from town planner? - macam banyak idea je untuk ini....

and bla...bla...bla

Erm, tulis point2 sahaja dulu yer. Secara panjang lebar nanti lah yer. Tapi azam saya untuk menulis setiap hari! Tunggu je lah berjaya ke tidak azam tu. Bye.Sampai jumpa nanti!


Friday, September 23, 2011

:: Syawal Belum Berakhir

Alhamdulillah, dah nak hampir berlalu pun Syawal. Minggu-minggu terakhir ni. Masih juga terasa saki baki raya. Masih ada lagi jemputan rumah terbuka untuk saya. Bukanlah rasa macam 'hot' ke, glamour ke tetapi masih ada yang saya tidak berupaya untuk pergi. Tahun depan jemput lagi yer. InsyaAllah cuba sempatkan ye tahun depan! :D

Erm, saya juga tidak sempat menghabiskan puasa dalam bulan Syawal ni seperti tahun yang lepas-lepas. Kesihatan tidak berapa menggembirakan ketika Syawal kali ini. Bila sudah sihat sedikit, lumrah hidup seorang perempuan pula tidak mengizinkan berpuasa. Tapi x pe, saya mencuba mengganti balik puasa bila sudah selesai semuanya. InsyaAllah.

Kehidupan saya seperti biasa sahaja. Bangun pagi, pergi kerja, kerja luar dan balik ke rumah. Tiada yang istimewa tentang kehidupan saya. Menghabiskan aktiviti dengan kerja sahaja. Eh, tetapi saya sempat juga ya menonton wayang. Update juga lah saya movie2 baru ni. Heeeeee....pergi dengan siapa lah lagi kalau x dengan housemate. Nasib ada dia, kalau tidak redah sahaja tengok wayang sorang-sorang. Hahaha.

Kerja? Biasa lah kan, mana pernah sunyi. Ada sahaja yang bertambah setiap hari. Eh, saya mencuba untuk berkongsi di sini tentang kerja saya, kerjaya saya. Saya suka sebenarnya bercerita pasal kerja saya. Tapi saya tidak berapa lapang dan beridea untuk bercerita secara specific. Mungkin saya akan mencuba untuk berkongsi pengalaman kerja saya buat kawan-kawan yang sudah tidak involve dalam bidang ni. InsyaAllah..seperti biasa, saya tidak akan berjanji, tetapi saya mencuba menunaikan apa yang saya cakap :)

Ok, saya hendak sudahkan menonton movie di TV3 ni, nanti saya kongsi lagi di sini. InsyaAllah. Sampai jumpa nanti!

Monday, September 19, 2011

Monday, September 12, 2011

:: Meriah Juga Kuala Lumpur

Siapa cakap Kuala Lumpur kosong bila hari raya. X de lah kosong tapi kapasiti manusia mungkin  berkurangan sahaja daripada hari-hari biasa. Menyambut 1 Syawal di sini juga tidak kurang meriahnya. Layan sahaja gambar yer.





Gambar-gambar di atas adalah suasana di Istana Negara pada 1 Syawal yang lepas. Saya juga ke sana sebab sudah tidak tahu hendak beraya di mana. Penuh juga manusia di sana. Macam-macam bangsa ada. 



Ni keadaan parking yang di tepi jalan sahaja sebelum majlis bermula. Bila majlis dah habis, parking2 ni dah jadi 3 layer. X pasal2 kena tunggu org lain yang triple park kereta saya.


Saya dan bonda.


Bila malam, kami makan burger king sebab semua kedai makan termasuk kedai mamak tiada yang buka.

Sambut hari raya di mana-mana pun sama sahaja. Kita sendiri yang create kan nak jadi seronok ke tidak. Tidak mustahil tahun depan pun akan seperti tahun ini. Saya gembira, family gembira. Alhamdulillah. Ok, sampai jumpa nanti yer!



Wednesday, September 7, 2011

:: With Sister

Me and sister



30th August 2011
1 Syawal
Burger King Sec 13, Shah Alam