Wednesday, August 17, 2011

:: Pengaruh Dari Bonda

Salam Ramadhan ye. Saja nak kongsi di sini. Tidak semena-mena saya ada masa pulak untuk membaca novel. Memang saya suka membaca dan gemar mengkaya kan kedai buku dekat IOI Mall dengan Jusco Taman Equin tu. Tapi bukan dengan membeli novel. Oh..tidak. Novel adalah jenis buku yang terakhir yang akan saya beli.

Tapi,disebabkan my mom, x pasal-pasal saya membeli novel hari tu. Bukan 1 tapi 2. Tengah-tengah banyak lagi keperluan lain yang lebih penting kena dulukan, saya boleh beli pula novel.Erm, cacat...


Ok, cerita yang agak dah basi kan? Baru terhegeh-hegeh nak beli. Saya x tau nak salahkan siapa tapi saya akan salahkan ASTRO lah. Mereka pandai buat strategi, tayangkan drama bersiri "Ketika Cinta Bertasbih" ni secara percuma selama sebulan, rasanya lah, lepas tu, after 1 month, kalau nak tahu kesudahan cerita ni kena langgan dan berbayar saluran Pelangi & Bintang. Jadi, surirumah sepenuh masa yang banyak masa di rumah like my mom adalah salah seorang penonton rancangan-rancangan ASTRO ni....

Jadi, bila dah saluran tu dah kena bayar, dan disebabkan saya yang membayar bil ASTRO rumah, mesti lah mom x dapat menghabiskan drama ni kan? hohohoo. Kejam nye anak..hahaha. Jadi, konon-konon ala2 win-win situation, saya berjanji akan membeli novel drama siri ni. Tu yang saya terbeli novel ni. Tapi, sebelum bagi dekat my mom novel ni, baiklah saya cuba baca buku ni dulu sebab dengar dari komen kawan-kawan, cerita ni best!

Kesimpulan awal yang saya boleh bagi...saya still lagi nak 'in' baca novel ni dan masih belum bosan lagi.  Jadi, saya akan teruskan membaca! 

Ketika Cinta Bertasbih

Sampai jumpa nanti!

1 comment:

  1. berhenti kejap kt traffic light pun nak baca. over! ;p

    ReplyDelete