Monday, August 29, 2011

:: Bukan Ucapan Hari Raya Yer..

Hari ini insyaAllah hari terakhir puasa bagi tahun 2011 ni. Hari ini seperti saya terlebih banyak masa pula yer, mengupdate di sini. Hohoho. Mood melebih pula hari ini untuk ber'blog'. :D




Oh, saya tidak berhajat ye, nak bagi ucapan hari raya ke ape. Ni update secara suka-suka okeh dan tiada cerita khusus untuk diceritakan. Seperti biasa, alasan sama, saya sudah tiada idea untuk bercerita dan menulis. Entry pun campur aduk. 


Gambar di atas, di Holiday Inn Glenmarie. Bersama kawan-kawan ofis hari tu berbuka puasa. 


Ini adalah Qu Auni yang semakin membesar

Ok la, sampai jumpa nanti!

:: Family, Berbuka Puasa

Tempat : Flaming Steamboat, Shah Alam
Tarikh : 27hb Ogos 2011
Masa : 7.08 pm - 9.08 pm






Kesimpulan : Tempat selesa, makanan macam biasa, sama dengan Flaming cawangan Sunway.

Ok, sampai jumpa nanti!


Friday, August 19, 2011

:: Saya Sedang Suka, Anda Pun...Jom..

Salam semua. Saya hanya nak berkongsi salah satu laman sesawang yang saya suka jenguk sekarang. Hohoho. Jangan gelak dan terkejut ye :D

Hobi baru saya sekarang adalah menjengah ke sini.

Agak terlambatkan tetapi saya tidak kisah. Walaupun saya belum mencuba, tetapi sekurang-kurangnya saya membaca dan tambah ilmu memasak saya.

Ok, jangan lupa jengah ke sini  ye. Sampai jumpa nanti!

Wednesday, August 17, 2011

:: Pengaruh Dari Bonda

Salam Ramadhan ye. Saja nak kongsi di sini. Tidak semena-mena saya ada masa pulak untuk membaca novel. Memang saya suka membaca dan gemar mengkaya kan kedai buku dekat IOI Mall dengan Jusco Taman Equin tu. Tapi bukan dengan membeli novel. Oh..tidak. Novel adalah jenis buku yang terakhir yang akan saya beli.

Tapi,disebabkan my mom, x pasal-pasal saya membeli novel hari tu. Bukan 1 tapi 2. Tengah-tengah banyak lagi keperluan lain yang lebih penting kena dulukan, saya boleh beli pula novel.Erm, cacat...


Ok, cerita yang agak dah basi kan? Baru terhegeh-hegeh nak beli. Saya x tau nak salahkan siapa tapi saya akan salahkan ASTRO lah. Mereka pandai buat strategi, tayangkan drama bersiri "Ketika Cinta Bertasbih" ni secara percuma selama sebulan, rasanya lah, lepas tu, after 1 month, kalau nak tahu kesudahan cerita ni kena langgan dan berbayar saluran Pelangi & Bintang. Jadi, surirumah sepenuh masa yang banyak masa di rumah like my mom adalah salah seorang penonton rancangan-rancangan ASTRO ni....

Jadi, bila dah saluran tu dah kena bayar, dan disebabkan saya yang membayar bil ASTRO rumah, mesti lah mom x dapat menghabiskan drama ni kan? hohohoo. Kejam nye anak..hahaha. Jadi, konon-konon ala2 win-win situation, saya berjanji akan membeli novel drama siri ni. Tu yang saya terbeli novel ni. Tapi, sebelum bagi dekat my mom novel ni, baiklah saya cuba baca buku ni dulu sebab dengar dari komen kawan-kawan, cerita ni best!

Kesimpulan awal yang saya boleh bagi...saya still lagi nak 'in' baca novel ni dan masih belum bosan lagi.  Jadi, saya akan teruskan membaca! 

Ketika Cinta Bertasbih

Sampai jumpa nanti!

Monday, August 15, 2011

:: 3 Ramadhan 2011

Tajuk entry pun dah membayangkan cerita yang dah lepas. Tapi masih mahu dikongsi di sini. Tiada yang istimewa just saya pergi berbuka puasa bersama kawan-kawan ofis. Hendak cerita banyak-banyak pasal hari tu tapi macam suasana x mengizinkan je. Cerita secara pendek dan pantas sahaja dan sambil tengok gambar.

Ok, hari tersebut saya berbuka puasa di sini;


Tempat : PICC Putrajaya
Harga : Diskaun 20%  daripada harga yang tertera. Sebab hari yang kitaorg ke sana adalah hari pertama untuk buffet Ramadhan di sini. Jadi price untuk early bird la.


Caterer adalah Eden Katering


Nama pun buffet Ramadhan kan jadi maksudnya macam-macam jenis makanan boleh jumpa di sini. Rasa nak makan semua je. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya mengawal nafsu makan. Tidak semua makanan saya mencuba. Orang cakap membazir makan secara buffet ni kalau x makan banyak. Tetapi pilihan masing-masing kan untuk makan buffet atau tidak. Ok lah, layan sahaja lah gambar....
























Ok, Sampai jumpa nanti!






Saturday, August 13, 2011

:: Random Facts

How many watches do you own?
Three

How many people of the same gender live in your house?
Just me and housemate

How many chairs are in the room you are in now?
No chair

So tell us, what room ARE you in?
My bedroom

Is there another room like this in your home?
Yes, my housmate's

Is it a house?
Of course

Is there wallpaper in the room you are in?
Nope, i prefer plain

Whats your favorite miscellaneous item you own?
Let me think first....

Do you have a thermometer?
Erm, what purpose me to have that thing....

Are you wearing shoes?
Right now..no..

Are you wearing the same clothes you were yesterday?
Hahaha. Yes because i'm still in pyjama

Are you wearing a ring?
Yes

Whats the last card our recieved?
Business card can ha?

Are you getting bored of this quiz?
A bit...

When was the last time you went outside?
Yesterday with officemate

Are you eating?
Nope lah because i'm fasting now

What color is your front door?
Wood color

Do you have a back garden?
I'm at strata now so how come i have back garden.

Do you own a car?
That car is my name but still bank still the owner

What time do you plan to have your next meal?
This Maghrib, break the fast

When was your last headache?
Now i get the headache to memorized when i got the headache

Are you listening to music now?
Yup

When did you have your latest drink?
During my sahur 

What was the last illness you had?
Last two weeks during bowling time


Finish ha? Oh, Thanks God! Time to washing...Daaa...See you later!


Me and sisters






Friday, August 12, 2011

:: What u expect from 'Steakhouse'

Hai, just a short update. InsyaAllah. Tapi kalau dah teroverbord tu bercerita, baca sahaja lah sampai habis ok. Hendak kongsi apa yang saya berbuka puasa hari ini. i'm not going to share the details about meals or price or suggesting the place. By the way, hari ni saya berbuka puasa with my UTM clicks. Hendak makan lamb chop ke apa ntah tapi yang pasti western food yang berunsurkan kambing.

We decided to go the restaurant that can grab western food there with affordable price. Actually bukan lah idea saya untuk memilih tempat tetapi idea kawan tersebut. So, we had Maghrib first then baru lah ke tempat makan. Saya tidak mahu menyebut secara detail di mana tempat saya berbuka dan solat sebab kalau sebut memang ramai yang akan tahu di mana.

Cerita dipendekkan, sampai sahaja di '.......Steakhouse', saya dah rasa macam 'oh, saya tidak akan ke sini lagi'. Even my first impression like that, that steak house still full house. Disebabkan kami ke sana selepas waktu berbuka puasa, jadi sudah ada meja yang kosong untuk duduk. Ok, boleh cuba sebab ramai orang walaupun suasana sudah tidak menyeronokkan.(maaf kawan, tempat makan hari ni x best).Selepas dipanggil, adalah pekerja restoran datang ambil order. Untuk orang kampung macam saya ni, sudah pasti lah akan bertanya apa hidangan yang ada dalam menu tu. But a bit disappointed  sebab pekerja restoran tu x tahu menu yang ditanya. Actually, saya x salahkan dia 100% la sebab dia bukan orang Malaysia. Ok, dengan x tahu apa yang di pesan saya pesan lah apa yang patut. Kasihan kawan saya ni, hajat untuk makan makanan berunsurkan kambing tiada di Steakhouse ini walaupun tertera dalam menu. 

Ok, tidak lama sangat menunggu, sampai lah air. Oh, saya ada pesan untuk air suam juga tetapi jawapan yang diberi 'x da air suam sini'. Erm...boleh ek macam tu? Agaknya air-air dibancuh tu guna air apa agaknye yer?***thinking???. Tidak lama selepas tu sampai lah makanan. Ok lah kan, sebab x ambil masa lama. Tetapi, lain yang dipesan, lain pula sampai. So, deny lah that meals sebab bukan kita yang order kan. Dalam 5 mnit kemudian, datang pula seorang lelaki.Malaysia.Tanya dah pesan ke belum dan apa yang kami pesan. Erm...dah sahih la, bukan lelaki bukan Malaysia yang ambil pesanan kami tadi tidak tulis apa yang kami pesan. Makanan lain pula yang ditulis.

Now, i'm thinking can they use 'steakhouse' for the restaurant name? First thing,saya  membayangkan sebuah kedai makan yang not too exclusive but still selesa and with smart crews. Ini bukan kali pertama saya makan di tempat makan yang menggunakan 'Steakhouse' untuk nama. But for my humble opinion, when heard or say 'steakhouse', saya dah membayangkan sebuah restoran yang ala-ala mewah dan tempat makan orang-orang berduit. Jadi orang-orang yang bebiasa macam saya ni think twice lah nak makan di sana.

Jadi, selepas hari ini,saya membuat kesimpulan, apa ada pada nama. Nama tidak melambangkan apa-apa. Tapi still juga nak cakap, when u put 'steakhouse' for your restaurant's name, so main dishes sudah tentulah steak. Jadi, sediakan lah yang terbaik untuk menu utama kalian. Jangan cantik pada nama sahaja.

Erm, merepek dah ni. Menu berbuka puasa hari ni saya bagi 1.8/5 je.Walaupun makanan tidak berapa menggembirakan tetapi jus nenas dia acceptable dan murahh!!!

Ok, sampai jumpa nanti.

Friday, August 5, 2011

:: Selamat Bekerja dan Berpuasa

Selamat berpuasa hari ke 4. 


Tapi kena siapkan kerja sebelum tengah bulan Ramadhan.Tu separuh masa Ramadhan ye. Belum lagi yang hendak kejar sebelum Aidilfitri. Macam tu lah setiap tahun.

Apa-apa pun, Selamat Berbuka Puasa di ofis nanti ye!

Sampai jumpa nanti!