Saturday, July 30, 2011

:: Sabtu.Letih.Puas

Ok, selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. 

Cerita kali ni tidak ada kena mengena dengan bulan Ramadhan. Cerita untuk hari ini. Sabtu. 30hb Julai 2011. Tiada apa pun yang istimewa.Hari ini program menghabiskan duit. Malas hendak fikir duit yang keluar tetapi saya puas hati. :D

Saya berjaya menghabiskan kesemua movie Harry Potter dan cerita terakhirnya saya tengok tadi. Unplanned tapi sebab jiwa memberontak hendak tahu ending (walaupun dah tahu), pergi saya mencari tiket dan untuk 2 orang. Dah beli tiket baru panggil orang ajak teman. Nasib adik, Iya x kisah untuk meneman. Jadi, secara kesimpulan, saya bagi 4/5 bintang untuk movie ini. Saya puas hati juga. Walaupun saya ada terbaca yang ramai hendak siri Harry Potter ni kalau boleh ada sambungan lagi, tapi bagi saya, x perlu lah. Penamat cerita ini still strong and acceptable. Kalau ada sambungan, saya dah terbayang-bayang jadi mengarut lagi ceritanya.

Ok, sudah berapa minggu movie ini ditayangkan tapi hall cinema tadi still penuh ye. Hall 3 at IOI Mall. 

Habis program menghabiskan duit yang itu, saya sambung pula dengan masuk dari satu outlet ke outlet yang ada di IOI Mall. Agak teruja sebab kebanyakannya ade SALE la, 50% la, 70% la, clearance stock la..Pelik la. Tengah ada jualan mega ke? Dan x pasal-pasal kami adik beradik terbeli baju. Bukan seorang sehelai tetapi 3 helai seorang. Erm, dah beli baru rasa, baru je shopping hari tu, ni beli lagi...erm...Jadi, jangan bising diri sendiri ye kalau duit lepas ni cukup-cukup hidung.

Ok, Sampai jumpa nanti!


No comments:

Post a Comment