Thursday, July 14, 2011

:: Orang Konvo, Program Kurus dan Mee Sua

Sudah lama rasanya tidak bercerita secara panjang lebar. Asyik upload gambar saja. Konon2 seperti page ni sentiasa update la. Update secara pukal saja kali ni sebab memang sudah tidak berapa ada idea untuk mengupdate selalu. 

Mulakan dengan cerita, pergi konvokesyen orang lain. Maksudnya saya masuk dewan sebagai 'waris' dan lihat orang ambil sijil konvo. Perkara pertama dalam hidup saya la. Maaf lah kalau terlalu jakun je bunyi nya. 


Kakak yang diraikan. Beruntung dia dan seronok. Sudah tiga kali dia pengalaman sebegini. Saya? Masih mempunyai keinginan tapi sudah tanam dalam hati, kali ini bukan di Malaysia. Wah, berangan bukan ala kadar kan? hahaha. 


Mereka berdua..

dan ini,


Saya lah! 

Ok, lihat gambar saya di atas tu. Makin mengembangkan muka? Sepatutnya dalam keadaan sekarang ni, semakin mengecil. Ni terbalik pulak. Asyik makan dan makan sahaja, tu lah hasilnya. Jadi, cerita pasal program kurus, ada la pergi hari tu untuk pertama kali. Tapi sudah pancit. Konon2 mahu relax sehari dan excercise hari berikutnya,(maksudnya 2 hari sekali) tetapi sehingga hari ini sudah x terpergi2. Mahu juga sudah seminggu lebih. Kepancitan yang dialami tu, 2 hari sudah hilang tapi yang jadi tidak terpergi tu, ada saja tiba2 program yang membuatkan x terpergi dan terutamanya kena stayback di ofis. Terlalu banyak alasan kan saya? Kalau nak kurus, kena konsisten la kan sepatutnya.erm, saya cuba kembali untuk kembali ke program kurus saya. Mesti! Cute tau trainer saya. Tu yang masih ada semangat lagi untuk ke sana! :D

Pernah dengar mee sua? Saya terbaca di blog seseorang. Dia memberi resepi simple mee sua. Saya tidak pernah makan dan mom pun x pernah masak. Lihat kepada resepi yang dia bagi tu, mudah. Saya akan mencuba. Tapi..saya pun x berapa pasti macam mana bentuk mee sua tu..Erm, cari saja di pasaraya nanti.

Oh, kalau sebelum ni, saya pernah bercerita di sini pasal ingin makan puding jagung dan ingin cuba membuatnya. Jadi, saya dah pun mencubanya dan menjadi. hehe. Untuk resepi, tidak kongsi di sini yer sebab ini bukan page kongsi2 resepi ;D. Jadi, saya akan mencuba pula resepi mee sua. Nyum2. Macam mana lah nak kuruskan? asyik makan dan makan dan makan tanpa henti.

Ok, habis rasanya cerita kali ini. Sampai jumpa nanti!

1 comment:

  1. ehem2... nk kurus sbb trainer cute ke? lepas senaman terus pekena capati 2 apa kes. ngeh2... :p
    http://deqnoor.blogspot.com/

    ReplyDelete