Tuesday, July 19, 2011

:: Cerita Lazat

Sebut lazat bukan dekat makanan ye, semua benda yang best pun saya  panggil lazat. :D. Jadi, mahu cerita yang lazat-lazat sahaja kali ini.


Buku ni, baru baca sedikit. Baru berapa chapter sahaja. Suka dan seronok dan juga lazat. Ada 2 versi, BM dan BI. Yang di atas tu adalah versi BI. Mencari yang versi BM tapi sudah tidak jumpa. Tidak mengapa, versi BI pun boleh baca juga. Waktu beli  dapat 20% diskaun sebab buku di atas termasuk di dalam 10 senarai pilihan pembaca by Popular :D

Cerita lazat kedua, dalam last week, pergi ke Midvalley. Tengok wayang tetapi mahu mencari doughnuts cap Big Apple ataupun J-Co. Tidak jumpa. memang tiada di sana atau saya pusing-pusing dan tidak jumpa. Tidak pasti atau ada di Gardens.Erm. Last jumpa doughnuts jenama di bawah.... 


Erm, lazat juga. Tetapi saya tetap mengatakan Big Apple dan J-Co lagi lazat. Pertama kali cuba. Yang berperisa macam-macam tu ok dan tidak memualkan tetapi cuma dough dia tidak selembut yang lain. Tetapi masih juga lazat. Cuba lah ye!

Ok, sampai jumpa nanti!

2 comments: