Saturday, July 30, 2011

:: Sabtu.Letih.Puas

Ok, selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. 

Cerita kali ni tidak ada kena mengena dengan bulan Ramadhan. Cerita untuk hari ini. Sabtu. 30hb Julai 2011. Tiada apa pun yang istimewa.Hari ini program menghabiskan duit. Malas hendak fikir duit yang keluar tetapi saya puas hati. :D

Saya berjaya menghabiskan kesemua movie Harry Potter dan cerita terakhirnya saya tengok tadi. Unplanned tapi sebab jiwa memberontak hendak tahu ending (walaupun dah tahu), pergi saya mencari tiket dan untuk 2 orang. Dah beli tiket baru panggil orang ajak teman. Nasib adik, Iya x kisah untuk meneman. Jadi, secara kesimpulan, saya bagi 4/5 bintang untuk movie ini. Saya puas hati juga. Walaupun saya ada terbaca yang ramai hendak siri Harry Potter ni kalau boleh ada sambungan lagi, tapi bagi saya, x perlu lah. Penamat cerita ini still strong and acceptable. Kalau ada sambungan, saya dah terbayang-bayang jadi mengarut lagi ceritanya.

Ok, sudah berapa minggu movie ini ditayangkan tapi hall cinema tadi still penuh ye. Hall 3 at IOI Mall. 

Habis program menghabiskan duit yang itu, saya sambung pula dengan masuk dari satu outlet ke outlet yang ada di IOI Mall. Agak teruja sebab kebanyakannya ade SALE la, 50% la, 70% la, clearance stock la..Pelik la. Tengah ada jualan mega ke? Dan x pasal-pasal kami adik beradik terbeli baju. Bukan seorang sehelai tetapi 3 helai seorang. Erm, dah beli baru rasa, baru je shopping hari tu, ni beli lagi...erm...Jadi, jangan bising diri sendiri ye kalau duit lepas ni cukup-cukup hidung.

Ok, Sampai jumpa nanti!


Thursday, July 28, 2011

:: 52th


Happy 52th Birthday Mom

Hope your life more and more and more and more happiest ever after

Monday, July 25, 2011

:: Maraton Tidak Kesampaian

Hendak kata bengang, x da lah sangat. Geram pun x da lah berapa tapi ada sikit. Sebab, saya dalam proses hendak sudahkan cerita Harry Potter. Konon-konon hendak kejar part yang last tu di wayang. Erm, tapi, belum habis pun yang ke 5, laptop buat perangai pula. Dah x mahu menyala. Saja je tau. Mula lah tu nak jadi punca menghabiskan duit. Erm......

Bosan lah saya. Apa pun nak jadi, saya mesti habiskan jua cerita ni. Jadi, saya kena ambil adik saya punya laptop. Ok, sampai jumpa nanti!

Tuesday, July 19, 2011

:: Cerita Lazat

Sebut lazat bukan dekat makanan ye, semua benda yang best pun saya  panggil lazat. :D. Jadi, mahu cerita yang lazat-lazat sahaja kali ini.


Buku ni, baru baca sedikit. Baru berapa chapter sahaja. Suka dan seronok dan juga lazat. Ada 2 versi, BM dan BI. Yang di atas tu adalah versi BI. Mencari yang versi BM tapi sudah tidak jumpa. Tidak mengapa, versi BI pun boleh baca juga. Waktu beli  dapat 20% diskaun sebab buku di atas termasuk di dalam 10 senarai pilihan pembaca by Popular :D

Cerita lazat kedua, dalam last week, pergi ke Midvalley. Tengok wayang tetapi mahu mencari doughnuts cap Big Apple ataupun J-Co. Tidak jumpa. memang tiada di sana atau saya pusing-pusing dan tidak jumpa. Tidak pasti atau ada di Gardens.Erm. Last jumpa doughnuts jenama di bawah.... 


Erm, lazat juga. Tetapi saya tetap mengatakan Big Apple dan J-Co lagi lazat. Pertama kali cuba. Yang berperisa macam-macam tu ok dan tidak memualkan tetapi cuma dough dia tidak selembut yang lain. Tetapi masih juga lazat. Cuba lah ye!

Ok, sampai jumpa nanti!

Monday, July 18, 2011

:: Semakin Melayang-layang

Baca tajuk yer, jadi faham-faham sahaja. Ada rasa mahu menulis secara khusus tapi tiada idea nak cerita. Mahu sahaja yang lebih-lebih. Ada juga rasa hendak buat luahan perasaan. Tetapi rasa sahaja yer, tulisnya tidak juga. Malas lah, nanti semua orang tahu luahan hati saya. Hahahaha. Apa sebab saya berblog pun saya sudah tidak faham. Makin lama, makin kabur..dan akhirnya, page ini terbang melayang-melayang dengan sayap. Wahh...sungguh merepek kan? hahahaha.

Ok, sebelum mengarut entah apa-apa, rasa nak bubuh gambar ini di sini, gambar lama. Tapi saja mahu tampal di sini.


Rasa rindu sahaja waktu ini. Ini di Bukit Raja.

Ok, sampai jumpa nanti!



Thursday, July 14, 2011

:: Orang Konvo, Program Kurus dan Mee Sua

Sudah lama rasanya tidak bercerita secara panjang lebar. Asyik upload gambar saja. Konon2 seperti page ni sentiasa update la. Update secara pukal saja kali ni sebab memang sudah tidak berapa ada idea untuk mengupdate selalu. 

Mulakan dengan cerita, pergi konvokesyen orang lain. Maksudnya saya masuk dewan sebagai 'waris' dan lihat orang ambil sijil konvo. Perkara pertama dalam hidup saya la. Maaf lah kalau terlalu jakun je bunyi nya. 


Kakak yang diraikan. Beruntung dia dan seronok. Sudah tiga kali dia pengalaman sebegini. Saya? Masih mempunyai keinginan tapi sudah tanam dalam hati, kali ini bukan di Malaysia. Wah, berangan bukan ala kadar kan? hahaha. 


Mereka berdua..

dan ini,


Saya lah! 

Ok, lihat gambar saya di atas tu. Makin mengembangkan muka? Sepatutnya dalam keadaan sekarang ni, semakin mengecil. Ni terbalik pulak. Asyik makan dan makan sahaja, tu lah hasilnya. Jadi, cerita pasal program kurus, ada la pergi hari tu untuk pertama kali. Tapi sudah pancit. Konon2 mahu relax sehari dan excercise hari berikutnya,(maksudnya 2 hari sekali) tetapi sehingga hari ini sudah x terpergi2. Mahu juga sudah seminggu lebih. Kepancitan yang dialami tu, 2 hari sudah hilang tapi yang jadi tidak terpergi tu, ada saja tiba2 program yang membuatkan x terpergi dan terutamanya kena stayback di ofis. Terlalu banyak alasan kan saya? Kalau nak kurus, kena konsisten la kan sepatutnya.erm, saya cuba kembali untuk kembali ke program kurus saya. Mesti! Cute tau trainer saya. Tu yang masih ada semangat lagi untuk ke sana! :D

Pernah dengar mee sua? Saya terbaca di blog seseorang. Dia memberi resepi simple mee sua. Saya tidak pernah makan dan mom pun x pernah masak. Lihat kepada resepi yang dia bagi tu, mudah. Saya akan mencuba. Tapi..saya pun x berapa pasti macam mana bentuk mee sua tu..Erm, cari saja di pasaraya nanti.

Oh, kalau sebelum ni, saya pernah bercerita di sini pasal ingin makan puding jagung dan ingin cuba membuatnya. Jadi, saya dah pun mencubanya dan menjadi. hehe. Untuk resepi, tidak kongsi di sini yer sebab ini bukan page kongsi2 resepi ;D. Jadi, saya akan mencuba pula resepi mee sua. Nyum2. Macam mana lah nak kuruskan? asyik makan dan makan dan makan tanpa henti.

Ok, habis rasanya cerita kali ini. Sampai jumpa nanti!

Tuesday, July 12, 2011

:: Try Dan Error

Okeh, agak tiada kerja dan sifat menyebuk yang melampau, ini lah hasil nya..




















Bukan nak jual ye. Saja teruja tengok tudung2 orang lain yang banyak. Orang lain yang jual yer.

Okeh, sampai jumpa nanti!

Wednesday, July 6, 2011

:: Life is better of the line


Are you on or off the line?

Me: I know where to find what i want and i gonna keep on...

Sunday, July 3, 2011

:: Beri Makan Kelinci

Kelinci adalah arnab. Dalam bahasa Indonesia. 

Gambar tiada caption. Upload secara terabur.






Sampai jumpa nanti!