Tuesday, June 14, 2011

:: Cerita Secara Suka-suka

Post kali ini secara suka-suka yer. Tiada cerita khusus, tiada tajuk khusus, semuanya secara rawak sahaja. Ni sebab dah lama x bercerita secara panjang lebar. Rasa nye lah. Asyik2 tempek gambar ja. Konon2 macam blog ni sentiasa update lah. Secara jujur, tidak berapa banyak idea dah sekarang untuk menulis di sini. Entah ada ke lagi orang tengok page ni. Jangan terkubur sudah. Rasa sudah habis idea je....

Semalam, hari Isnin, berpuasa Rejab. Terliur pula hendak menjamah puding jagung. X tahu mana nak cari di sini. Wahhh..gaya macam bukan di Malaysia je. Ingin mencuba buat sendiri. Ada juga baca beberapa resepi. Belum tanya mom je lagi. Agak senang juga. Balik keja semalam x sempat hendak mencari bahan mentah. Traffic kurang menyeronokkan la di LDP. Hendak ke kedai makan lagi, beli lauk berbuka. Penyudahnya, x sempat ke Mydin Mart sebelah rumah nak cari bahan nak buat puding. Kehendak untuk makan tu masih lagi terasa jadi saya akan cuba juga dalam minggu ini. Tidak kira!


Ini saya pinjam gambar puding jagung orang lain :D

Agak lembab juga saya kan? baru terhegeh2 nak belajar masak itu dan ini. Tapi saya macam lebih teruja mencuba resepi-resepi macam kuih dan biskut lah. Lauk pauk belum sampai seru lagi. Nasib lah.....


Ok, masih bercerita pasal makan. Saya teringat sewaktu di Penang hari itu, mencuba apa yang orang kata pasembo (betul ke ejaan). Bukan x pernah makan cuma x pernah makan di Penang. Itu sahaja. Orang kata dekat sana yang popular makanan tu dan juga char kuew tiaw. Jadi, saya mencuba kedua-duanya. Erm, x tahu lah, mungkin kami x pandai cari kedai mana yang sedap, makan sahaja mana-mana kedai yang ada di Padang Kota. Disebabkan waktu itu ramai sangat orang pun iya juga. Malas hendak memilih dan terus duduk sahaja kerusi mana yang kosong. Jadi, pasembor kami tidak berapa menggembirakan. Nasib tidak ambil banyak. Sebab pengalaman kakak ipar dan kawan2 yang pernah cerita, jangan seronok sangat ambil bahan2, nanti harga mahu mencecah RM100++...Jadi, kakak ipar ambil secara simple sahaja sebab nafsu makan pun bukannya ada sangat. Lebih kepada hendak merasa.


Pasembo

x ingat pula saya berapa RM pasembo yang kami ambil ni. Kakak ipar lah yang pilih2. Tu pun tidak habis makan kami 3 beradik. Dan paling saya agak terkejut, char kuew tiaw saya berharga RM 8. Erm, bayar sahaja lah. Mungkin rate harga di sana begitu lah agaknya. Pun saya tidak habis makan. Sedap lagi kuew tiaw goreng di Radi Corner USJ 4. Setakat ni, dekat situ je yang boleh saya terima untuk makan kuew tiaw goreng. Jadi, char kuew tiaw saya yang harga RM 8 tu dihabiskan oleh abang.


Hendak tunjuk char kuew tiaw harga RM 8 tu. Pinggan di hadapan saya. Tapi muka kami yang possed lebih2. Maaf yer.

Kesimpulan yang saya dapat petang itu, walaupun tempat tu popular, x semestinya apa yang ada di situ semuanya indah. (ayat apa ni?) Kecewa dengan apa yang kami makan di Penang, pulang sahaja ke Kedah, terus ke Tg.Dawai, makan ikan bakar. Terbaik!!! Sedap dan murah. Terlupa langsung untuk captured gambar. Disember nanti mungkin saya akan ke Kedah lagi dan yang pasti saya akan ke Tg.Dawai lagi.Pasti!


Habis rasanya cerita pasal makan. Tapi tetap mahu letak gambar di atas ni. Di rumah waktu malam habis kenduri. Gambar ada saya dengan makanan. Konon-konon tema entry kali ini adalah pasal makan.

Ok lah, kering idea sudah untuk tambah lagi cerita. Lain kali sahaja lah. Jangan sunyi dari jenguk ke sini ya. Sampai jumpa nanti!

1 comment: