Thursday, June 23, 2011

:: Tumpang Sekejap

Jom beli kerepek!


Sila contact nombor yang tertera ya

Sampai Jumpa Nanti!

Wednesday, June 22, 2011

:: Cipta Hidup Menjadi Lebih Suka

Pertama

Dekat office x seronok. Ada orang suka cari pasal dengan saya. Orang lain cakap orang tu kurang perhatian dan saja nak cari perhatian. Entah. Saya pun tidak pasti kenapa dia jadi begitu. Jadi baik saya tidak ambil tahu tentang dia. Sebab kerja saya tiada kena mengena dengan dia.

Untuk seronok pergi kerja, sebelum pergi kerja, saya pilih baju-baju yang saya suka hendak pakai. Saya macam2 kan match kemeja, blouse dan seluar (bila rajin). Setiap hari saya tukar2 kasut bila masuk office. Saya puas hati walaupun macam ada orang x puas hati dengan saya. Ekekeke.


Kedua

Bila dekat rumah saya tinggal sorang-sorang. Housemate tiada di rumah. Balik kerja, rumah gelap dan kosong. Tiada teman nak bercakap dekat rumah

Jadi, apa susah2, saya ada dua cara. Pertama, saya balik kerja malam, pergi makan dengan officemate, sampai rumah, saya mandi, solat dan terus tidur. Kedua, saya balik awal, dan terus pergi mana-mana tempat yang saya suka pergi. Salah satu adalah IOI Mall. Pergi Jusco di sana dan juga kedai buku Popular.

Ketiga

Entah.Nanti lah update. Maaf, entry semakin ntah ape2 hari ke hari. Sampai jumpa nanti!

Monday, June 20, 2011

:: Percaya Padaku

Percaya Padaku


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu


Thursday, June 16, 2011

:: Bukan Benci Tapi X Suka

Maaf.Jika ada x jumpa saya di facebook. Bukan saya membenci tapi saya x suka keadaan, bila susah dan tidak gembira, baru anda mencari saya. Bila anda  sedang gembira, bahagia, anda sombong dengan saya. Jadi, maafkan saya. Jika ada yang masih mahu berhubung dengan saya, menyimpan nombor saya, hubung sahaja saya di situ. Maaf, saya mula sedar, kegembiraan saya, kesedihan saya, anda tidak patut mengetahuinya.


Oh, entry agak beremosi. Maaf.Sampai jumpa nanti!

Tuesday, June 14, 2011

:: Cerita Secara Suka-suka

Post kali ini secara suka-suka yer. Tiada cerita khusus, tiada tajuk khusus, semuanya secara rawak sahaja. Ni sebab dah lama x bercerita secara panjang lebar. Rasa nye lah. Asyik2 tempek gambar ja. Konon2 macam blog ni sentiasa update lah. Secara jujur, tidak berapa banyak idea dah sekarang untuk menulis di sini. Entah ada ke lagi orang tengok page ni. Jangan terkubur sudah. Rasa sudah habis idea je....

Semalam, hari Isnin, berpuasa Rejab. Terliur pula hendak menjamah puding jagung. X tahu mana nak cari di sini. Wahhh..gaya macam bukan di Malaysia je. Ingin mencuba buat sendiri. Ada juga baca beberapa resepi. Belum tanya mom je lagi. Agak senang juga. Balik keja semalam x sempat hendak mencari bahan mentah. Traffic kurang menyeronokkan la di LDP. Hendak ke kedai makan lagi, beli lauk berbuka. Penyudahnya, x sempat ke Mydin Mart sebelah rumah nak cari bahan nak buat puding. Kehendak untuk makan tu masih lagi terasa jadi saya akan cuba juga dalam minggu ini. Tidak kira!


Ini saya pinjam gambar puding jagung orang lain :D

Agak lembab juga saya kan? baru terhegeh2 nak belajar masak itu dan ini. Tapi saya macam lebih teruja mencuba resepi-resepi macam kuih dan biskut lah. Lauk pauk belum sampai seru lagi. Nasib lah.....


Ok, masih bercerita pasal makan. Saya teringat sewaktu di Penang hari itu, mencuba apa yang orang kata pasembo (betul ke ejaan). Bukan x pernah makan cuma x pernah makan di Penang. Itu sahaja. Orang kata dekat sana yang popular makanan tu dan juga char kuew tiaw. Jadi, saya mencuba kedua-duanya. Erm, x tahu lah, mungkin kami x pandai cari kedai mana yang sedap, makan sahaja mana-mana kedai yang ada di Padang Kota. Disebabkan waktu itu ramai sangat orang pun iya juga. Malas hendak memilih dan terus duduk sahaja kerusi mana yang kosong. Jadi, pasembor kami tidak berapa menggembirakan. Nasib tidak ambil banyak. Sebab pengalaman kakak ipar dan kawan2 yang pernah cerita, jangan seronok sangat ambil bahan2, nanti harga mahu mencecah RM100++...Jadi, kakak ipar ambil secara simple sahaja sebab nafsu makan pun bukannya ada sangat. Lebih kepada hendak merasa.


Pasembo

x ingat pula saya berapa RM pasembo yang kami ambil ni. Kakak ipar lah yang pilih2. Tu pun tidak habis makan kami 3 beradik. Dan paling saya agak terkejut, char kuew tiaw saya berharga RM 8. Erm, bayar sahaja lah. Mungkin rate harga di sana begitu lah agaknya. Pun saya tidak habis makan. Sedap lagi kuew tiaw goreng di Radi Corner USJ 4. Setakat ni, dekat situ je yang boleh saya terima untuk makan kuew tiaw goreng. Jadi, char kuew tiaw saya yang harga RM 8 tu dihabiskan oleh abang.


Hendak tunjuk char kuew tiaw harga RM 8 tu. Pinggan di hadapan saya. Tapi muka kami yang possed lebih2. Maaf yer.

Kesimpulan yang saya dapat petang itu, walaupun tempat tu popular, x semestinya apa yang ada di situ semuanya indah. (ayat apa ni?) Kecewa dengan apa yang kami makan di Penang, pulang sahaja ke Kedah, terus ke Tg.Dawai, makan ikan bakar. Terbaik!!! Sedap dan murah. Terlupa langsung untuk captured gambar. Disember nanti mungkin saya akan ke Kedah lagi dan yang pasti saya akan ke Tg.Dawai lagi.Pasti!


Habis rasanya cerita pasal makan. Tapi tetap mahu letak gambar di atas ni. Di rumah waktu malam habis kenduri. Gambar ada saya dengan makanan. Konon-konon tema entry kali ini adalah pasal makan.

Ok lah, kering idea sudah untuk tambah lagi cerita. Lain kali sahaja lah. Jangan sunyi dari jenguk ke sini ya. Sampai jumpa nanti!

Saturday, June 4, 2011

:: Kan Ukir NamaKu, Di Awan Gunung Jerai

Ukir nama sendiri ye, x nak ukir nama orang lain. Ekeke. Saya sekarang berada di Kg.Pengkalan Kakap, Merbok, Kedah. Beberapa kilometer ja daripada Tg.Dawai. Tu yang ter'humming'2 lagu Cinta Pantai Merdeka tu. 

Belum pasti lagi agenda selepas ini. Masih berfikir-fikir ke mana destinasi. Ok, lah. Maaf la if too short update. Tiada idea sudah.



Sedang bermain agah2 dengan baby Auni. Seronok dia bila saya pasangkan lagu ummi daripada blog Umi Apat.

Ok, Selamat Bercuti Semua

Kan ukir namamu di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai

Sampai jumpa nanti!

Wednesday, June 1, 2011

:: The Best Real Scene Of Year.


Not a candid scene but unplanned captured. 


Then, me, up. Look at that boy in a blue. With a guilty face and scared his mama will scold him.

Ok, see you later!